23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, April 11, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesedaran Kanser Kolon

Info Rawatan Kanser

Saiful Bahari by Saiful Bahari
28/05/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Aishah Mahat
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
UiTM Pasir Gudang

 

Pesakit yang mengalami simptom berulang seperti cirit birit atau pendarahan di bahagian dubur, keluar cecair putih dari dubur, kelesuan yang berpanjangan, sakit perut yang berterusan, muntah, penurunan berat badan dan anemia merupakan antara petanda awal menghidapi kanser kolon. Sekiranya tidak mendapat rawatan dengan segera, akan menyebabkan berlaku gangguan terhadap sistem penghadaman. Antara punca lain yang menyebabkan kanser kolon adalah daripada faktor genetik, umur, pemakanan yang tidak sihat serta gaya hidup. Analisa yang dijalankan oleh Malaysia National Cancer selama lima tahun bermula dari tahun 2012 hingga 2017 mendapati kanser kolon merupakan kanser yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 13.2% selepas kanser payudara. Kanser kolon ini didapati semakin meningkat di kalangan lelaki dan perempuan apabila telah mencapai peningkatan umur 65 tahun dan ke atas. Kebanyakan kes kanser kolon ini dikesan pada peringkat yang lewat iaitu pada tahap ketiga dan keempat. Walaubagaimanapun, kanser kolon ini boleh dicegah dan dirawat sekiranya ia dikesan pada peringkat awal melalui ujian saringan atau pemeriksaan kolonoskopi yang dilakukan di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terpilih atau hospital swasta. Pemeriksaan sangat penting bagi memperoleh pengesanan simptom yang lebih awal dan peluang bagi merawat kanser adalah sangat tinggi.  Justeru itu, Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal disambut pada setiap tahun iaitu pada bulan Mac bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat agar peka tentang perubahan diri.

 

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengelak berlakunya kanser kolon, antaranya adalah:

Mendapat rawatan dan nasihat doktor
Pemeriksaan awal melalui ujian saringan perlu dilakukan apabila usia mencapai 50 tahun dan ke atas bagi mengetahui sama ada mempunyai simptom mahupun tidak. Masyarakat perlu peka tentang tanda dan gejala awal mengenai penyakit kanser kolon serta mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan seterusnya sekiranya terdapat tanda-tanda kanser kolon.

 

Gaya pemakanan sihat
Gaya pemakanan seimbang perlu diberi perhatian sewajarnya seperti mengamalkan diet rendah lemak, tinggi serat, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta mengelakkan pengambilan daging merah secara kerap.  Oleh itu, pemilihan makanan berdasarkan piramid makanan Malaysia melalui Portal Myhealth harus diikuti berdasarkan keperluan kuantiti makanan yang dicadangkan bagi memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh badan serta mengurangkan risiko kanser kolon.

 

Pengawalan berat badan
Penjagaan berat badan yang ideal perlu dititikberatkan serta elakkan obesiti.  Dengan pelbagai aplikasi terkini berkaitan Indeks Jisim Badan, seseorang boleh memuat turun aplikasi tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan.

 

Bergiat aktif dalam aktiviti fizikal
Mengamalkan aktiviti fizikal seperti berenang, berbasikal, berjalan kaki serta berkebun secara konsisten pada setiap hari. Dengan melakukan aktiviti fizikal, ia dapat memperbaiki tahap kesihatan di samping dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Seperti kata peribahasa badan sihat, otak cerdas!

 

Kualiti tidur yang sihat
Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan. Sebaliknya, jika keperluan tidur tidak mencukupi, ia bukan sahaja dapat menjejaskan kesihatan mental dan emosi, malah turut mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.

 

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengurangkan tekanan
Tekanan boleh dikawal melalui pemikiran serta bertindak secara positif. Tekanan dapat dihindarkan dengan melakukan hobi yang digemari, meluangkan masa bersama ahli keluarga serta pengamalan bersikap lebih tenang. Dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, kesihatan akan lebih terjamin. Menerusi sudut pandangan Islam, tekanan yang dihadapi oleh seseorang adalah berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati dengan merasakan kehidupan ini terlalu sempit dan tiada jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi. Bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal, penjaga, ahli keluarga, dan sahabat – sahabat perlu mengambil sikap saling bantu – membantu dan memberi sokongan moral, galakan serta kekuatan kepada pesakit termasuk ahli keluarga pesakit.

 

Menghindari pengambilan ubatan tradisional berasaskan herba yang tidak berdaftar serta produk detoks secara berlebihan
Terdapat banyak produk tradisional yang tidak berdaftar serta penjualan detoks secara berleluasa dan meluas di pasaran. Oleh itu, disarankan agar mengambil ubatan tradisional berasaskan herba yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan detoks juga tidak perlu kerana badan manusia mempunyai sistem detoks semulajadi yang terdiri daripada hati, usus dan ginjal.  Perkara ini wajar dititikberatkan agar ia tidak mendatangkan kesan yang serius serta komplikasi yang lebih teruk terhadap kesihatan bagi jangka masa panjang.

 

ARTIKEL BERKAITAN – Penemuan Baharu Rawatan Kanser oleh Saintis Wanita Muda Memenangi Anugerah Antarabangsa & Tempatan
ARTIKEL BERKAITAN – Tumor dan Kanser: Apakah Perbezaannya?
ARTIKEL BERKAITAN –Simptom, Pengesanan dan Rawatan untuk Kanser Pankreas
ARTIKEL BERKAITAN – Cabaran Penjagaan Pesakit Kanser Warga Emas

Rujukan

Norhafizah Musa, Azahar Yaakub @ Ariffin, Zaharah Mustafa & Mohd Hambali Rashid. (2019). Kesan Tekanan Terhadap Pesakit Kanser Menerusi Pandangan Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 2(2): 21-28.

http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/

www.moh.gov.my

 

Kredit Foto : everydayhealth

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aishah MahatFakulti Sains Komputer dan MatematikInfo Rawatan KanserKanser KolonUiTM Pasir Gudang
ShareTweetShare
Previous Post

Rawatan COVID-19 Menggunakan Ubat Tradisional : Permasalahan dan Potensi

Next Post

Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar
Berita & Peristiwa

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar

2 days ago
Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental
Alam Semulajadi

Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental

2 days ago
Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan
Berita & Peristiwa

Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

3 days ago
Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia
Alam Semulajadi

Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia

7 days ago
Next Post
Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In