23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama

Editor by Editor
22/02/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Penulis: Dr. Shalinawati binti Ramli1 , Siti Adriana Ismail2
Pensyarah Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)1
Pelajar Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia2

 

 

“Kita adalah apa yang kita makan” merupakan peringatan yang tidak asing apabila membicarakan tentang makanan dan sikap pemakanan kita. Namun, tidak mudah juga bagi kita untuk memastikan makanan yang dimakan adalah baik untuk badan. Dalam masa yang sama, kita juga jarang menfokuskan perihal keselamatan makanan jika hendak dibandingkan dengan keseimbangan makanan. Dalam hal ini, elemen selamat dan seimbang perlulah seiring dalam pengambilan makanan seharian bagi menjamin kesihatan yang baik.Selain itu, kita juga maklum bahawa pencemaran makanan boleh berlaku di mana-mana peringkat rantaian makanan termasuk pembelian, pengangkutan, penyimpanan, penyediaan dan penyajian makanan. Maka, pengetahuan tentang pencemaran makanan amat penting untuk mengelakkan keracunan makanan di mana-mana peringkat dalam masyarakat.

Misalnya, pada 2022, media melaporkan sebanyak 93 kes keracunan makanan direkodkan di Terengganu hanya pada hari pertama Ramadan yang berpunca daripada juadah terbuka jualan sesetengah peniaga tepi jalan. Dalam satu laporan lain, secara umum sejak 2020 hingga 2022, sebanyak 113 kes keracunan makanan sepanjang Ramadan direkodkan KKM dan kes terus meningkat setiap tahun.

Malah, kejadian keracunan makanan terburuk juga berlaku di Terengganu pada 2020 yang melibatkan 99 orang mangsa daripada 20 keluarga dan mengorbankan satu nyawa kesan keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada memakan puding buih yang dijual secara dalam talian. Dalam kes ini, hasil ujian makmal mendapati penggunaan telur yang melebihi dua minggu menjadi punca utama kes keracunan makanan tersebut.

Statistik menunjukkan bahawa sekolah adalah penyumbang tertinggi kepada kes keracunan makanan diikuti rumah persendirian. Misalnya pada Ogos tahun ini, 32 pelajar sebuah sekolah di Melaka menerima rawatan setelah makan ayam masak lemak cili padi dari dapur asrama sekolah berkenaan. Muntah dan cirit-birit merupakan gejala utama keracunan makanan yang menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Program “Safe Food Today for A Healthy Tomorrow”

Justeru itu, promosi kesihatan yang bertemakan kepentingan keselamatan makanan di sekolah perlulah giat dilakukan sama ada program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-mana badan bukan kerajaan. Hakikatnya, kebanyakan program kesedaran keselamatan makanan sering melibatkan pengeluar dan pengendali makanan dan jarang sekali melibatkan pengguna atau pembeli makanan. Dalam hal ini, kelab pelajar perubatan One Health Students Club (OHSC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah telah mengambil insiatif menganjurkan satu program kesukarelawan iaitu program “Safe Food Today for A Healthy Tomorrow” untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang keselamatan makanan. Program ini telah mendapat pembiayaan daripada Malaysia One Health University Network (MyOHUN) dan telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Melalui program ini, pelajar sekolah didedahkan dengan cara pengendalian makanan yang betul, jenis-jenis pencemaran makanan dan komplikasi keracunan makanan melalui aktiviti yang dirancang seperti  permainan kesihatan, pameran dan demonstrasi. Selain itu, pengetahuan berkaitan dengan keselamatan makanan juga turut diberi penekanan bagi membantu mengurangkan kes keracunan makanan dan komplikasinya. Aktiviti tayangan video juga mengajar pelajar untuk mengamalkan konsep Lihat, Hidu, dan Rasa sebelum makan dan makanan yang dibeli atau dibawa dari rumah perlulah di makan serta-merta atau dalam tempoh empat jam daripada waktu penyediaan.

Demonstarasi penyediaan makanan seperti penggunaan papan pemotong yang perlu diasingkan dalam memotong bahan mentah, cara penyimpanan bahan mentah dan makanan yang sudah dimasak turut dipamerkan bagi melatih pelajar mengenalpasti risiko-risiko persekitaran yang mengundang kedatangan haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat yang menyumbang kepada keracunan makanan.

Dalam hal ini, pihak sekolah dan penyedia makanan perlulah cakna dengan isu keselamatan makanan dan pencegahan daripada keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar juga perlu mempunyai kesedaran tentang makanan yang selamat dan tidak selamat dimakan. Kes keracunan makanan perlu dipandang serius kerana ada komplikasinya yang mungkin tidak boleh dipulihkan.

 

Gambar-gambar aktiviti

Gambar 1: Tayangan video
Gambar 2: Aktiviti mengklasifikasikan makanan yang berisiko tinggi dan rendah kepada pencemaran
Gambar 3: Demonstrasi penyediaan makanan dan aktiviti berkumpulan
Gambar 4: Demonstrasi penyediaan makanan dan aktiviti berkumpulan
Gambar 5: Demonstrasi penyediaan makanan dan aktiviti berkumpulan
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Perubatan USIMkeselamatan makananShalinawati binti RamliUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

Next Post

Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

22 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In