23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 di ICU

Editor by Editor
14/04/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan
Pensyarah Perubatan Pelatih (Anaesthesiology)
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia masih belum berkesudahan. Di dalam negara, peratusan pesakit COVID-19 yang ada masih belum menunjukkan penurunan dengan jumlah kes keseluruhan melebihi 300,000 orang dan kadar kematian yang sudah melebihi 1000 kematian. Hal ini amatlah membimbangkan pelbagai pihak dan berharap pandemik ini berakhir dengan kadar segera. Pihak kerajaan telah bersikap proaktif dengan memperkenalkan program vaksinasi kebangsaan yang telah bermula 24 Februari 2021, melibatkan tiga fasa pemberian vaksin untuk kumpulan sasar. Pesakit yang menghidapi penyakit COVID-19 mempunyai 5 kategori iaitu kategori 1 sehingga 5 mengikut tanda dan simptom pesakit yang ada. Pesakit bagi kategori 4 dan 5 biasanya akan ditempatkan di unit rawatan rapi iaitu ICU.

Aspek emosi dan mental pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) merupakan satu entiti yang hampir dilupakan. Kebanyakan pesakit merasa trauma dan tertekan selepas berada dalam tempoh yang lama di hospital sepanjang tempoh kuarantin di hospital. Pesakit terpaksa hidup berasingan bersama insan tersayang, keluarga, bahkan rakan taulan. Keadaan ini bertambah teruk sekiranya pesakit mempunyai tanggungan yang besar seperti anak-anak atau ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka.

Mengikut data yang ada, pesakit kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sering dikaitkan dengan kadar psikologi negatif dan sering dikaitkan dengan sindrom pasca rawatan intensif atau menurut istilah perubatan sebagai post-intensive care syndrome (PICS). PICS ini merujuk kepada masalah gangguan kognitif, fizikal, dan psikologi yang banyak dialami oleh pesakit setelah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU). Kesihatan mental pesakit yang teruk terjejas adalah gangguan kognitif jangka masa panjang (long-term cognitive impairments), kemurungan (depression) sekitar 30% daripada pesakit, kegelisahan (anxiety) sekitar 70%, dan gangguan tekanan pasca trauma atau posttraumatic stress disorder (PTSD) (10% -50%). Delirium atau kecelaruan semasa menjadi pesakit kritikal yang disebut sebagai “psikosis ICU“, juga sering terjadi dan dikaitkan dengan PTSD. post-intensive care syndrome (PICS) ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pesakit dengan tahap kesakitan, penafasan, otot atau sendi disamping kecelaruan minda yang serius.

Walaupun terdapat banyak data berkaitan masalah ini, namun pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) sering dilupakan. Pandemik yang disebabkan oleh Covid-19 juga mempunyai kesan jangka panjang bagi pesakit. Selepas keluar dari hospital, pesakit akan kembali ke komuniti yang sangat berbeza. Kebanyakan mereka mungkin mengalami banyak komplikasi kesihatan fizikal, bahkan kesihatan mental yang akhirnya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti hidup dan hubungan sesama masyarakat pastinya terganggu. Oleh itu, pendekatan bio-psiko-farmakososial amat penting bagi pengurusan pesakit COVID-19, disamping sokongan positif daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan.

Situasi hospital di negara kita mungkin sangat berbeza dengan beberapa hospital di Amerika Syarikat yang mempunyai rawatan psikologi atau psikiatri yang sangat komprehensif sama ada semasa atau selepas kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU). Negara-negara di Eropah juga tidak ketinggalan daripada aspek mengutamakan keperluan kesihatan mental masyarakatnya. Bahkan negara mereka juga sangat terkehadapan daripada aspek penyelidikan dalam pelaporan hasil dan rawatan psikologi atau psikiatri untuk pesakit di unit rawatan rapi (ICU). Unit rawatan rapi (ICU) mereka mempunyai rangkaian pasukan yang holistik termasuk melibatkan ahli atau pakar rehabilitasi, fisioterapi, pakar diet, ahli terapi pertuturan termasuklah psikologis dan pakar psikiatri. ICU psikologis atau psikiatri ini akan membantu pesakit yang mempunyai kecelaruan (delirium), panik, mood atau emosi yang rendah.

Kesukaran untuk mengatasi masalah penyakit mental semasa krisis COVID-19 ini adalah disebabkan beberapa masalah seperti isolasi pengasingan, sakit yang kritikal dan sebagainya. Masalah ini boleh menyebabkan potensi untuk meningkatnya kadar bunuh diri, pengambilan ubat dengan dos berlebihan, trauma, dan gangguan mood atau perasaan. Kebimbangan ini mungkin lebih utama berlaku kepada pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU), memandangkan penyakit fizikal dan mental mereka yang lebih teruk. Sebagai langkah pencegahan, kita mesti bersedia untuk memberikan rawatan penjagaan kesihatan mental kepada pesakit kritikal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana COVID-19. Keperluan penjagaan kesihatan mental ini melibatkan pelbagai pihak khususnya para doktor, jururawat, kakitangan hospital, pentadbir hospital, dan juga masyarakat sekeliling.

Sebagai contoh, doktor yang berkerja di unit rawatan rapi (ICU) secara berkala harus memeriksa tahap kecelaruan (delirium) pesakit. Bagi pesakit kanak-kanak, jururawat terlatih perlu menggunakan saringan delirium setiap sesi. Pihak hospital pula boleh menumpukan sumber untuk melatih kakitangan, terutamanya jururawat, untuk lebih mengenali dan menguruskan delirium. Aspek saringan dan penilaian serta kaedah bukan farmakologi seperti meningkatkan tidur dan kitaran bangun serta mengorientasikan pesakit dijangka mempu mengurangkan kesan delirium. Mobilisasi awal atau rehabilitasi adalah inisiatif lain yang semakin banyak dilaksanakan di unit rawatan rapi (ICU).

Pihak pengurusan hospital juga harus proaktif dengan memperuntukkan sumber manusia bagi meningkatkan perkhidmatan perundingan psikiatri dan penjagaan psikososial standard bagi pesakit. Sebagai contoh, unit rawatan rapi (ICU) perlu mempunyai pasukan dedikasi di bidang psikologi atau psikiatri untuk merawat pesakit kritikal, semasa berada di unit rawatan rapi (ICU) COVID-19. Begitu juga adalah satu keperluan untuk membangun dan melaksanakan sistem saringan untuk keresahan (anxiety), kemurungan (depression), PTSD atau trauma, dan gangguan kognitif semasa kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU). Fasiliti unit rawatan rapi (ICU) yang kondusif juga merupakan faktor yang membantu daripada aspek pengurusan.

Penjagaan susulan pasca-ICU juga perlu diambil perhatian. Hospital dan klinik di negara-negara Eropah mempunyai klinik multidisplin bagi bekas pesakit COVID-19. Mereka meletakkan penjagaan kesihatan masyarakat sebagai isu sejagat. Klinik susulan yang bersifat multidisplin ini akan menilai pemulihan fizikal dan psikologi bekas pesakit. Mereka akan membincangkan dan memberikan kaunseling khusus bagi bekas pesakit ini. Sekiranya masalah dikesan, rujukan pesakit kepada pakar-pakar berkaitan akan dipanjangkan. Oleh yang demikian, usaha untuk mewujudkan klinik rawatan pasca-COVID untuk memantau dan menguruskan pesakit post-intensive care syndrome  (PICS) amatlah digalakkan.

Keluarga dan masyarakat juga tidak ketinggalan dalam membantu pesakit COVID-19 khususnya pasca-COVID. Sokongan moral yang tinggi kepada pesakit disamping memenuhi keperluan mereka merupakan salah satu bentuk penjagaan kesihatan mental pesakit COVID-19. Ini secara tidak langsung akan membentuk suasana yang kondusif kepada mereka dan merapatkan jurang komunikasi yang ada. Semoga usaha-usaha ini mampu menambah baik  aspek penjagaan kesihatan mental pesakit COVID-19 dan membentuk masyarakat yang harmoni.

Foto kredit-psychiatryadvisor.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: CoronavirusCovid-19ICUKesihatan Mentalmental health
ShareTweetShare
Previous Post

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

Next Post

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian I

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

7 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian I

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian I

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In