23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Editor by Editor
01/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nur Hannah Abd Rahim,
Insitut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu

Bagaimanakah ketam yang sering dipandang serong kerana “mengajar anaknya berjalan lurus” mampu menjadi jurutera bagi salah satu ekosistem paling produktif di dunia? Jawapannya terletak pada sumbangannya yang sangat besar dalam mengekalkan pelbagai fungsi ekosistem paya bakau itu sendiri. Sebelum mendalami tentang tugasnya sebagai jurutera, apakah itu ketam bakau? Adakah berbeza dengan ketam laut?

Gambar 1: Parasesarma indiarum, antara spesis ketam yang sering dijumpai di paya bakau di Malaysia

 

Ketam bakau diklasifikasikan di bawah subphylum, Krustasea, sama seperti ketam laut, udang, teritip, isopod and banyak lagi. Kedua-dua ketam bakau dan ketam laut juga tergolong di bawah infraorder yang sama iaitu Brachyuran (Linnaeus, 1758), dan terdiri daripada pelbagai famili, malah terdapat spesis ketam bakau dan ketam laut yang berada di bawah famili yang sama. Perbezaan mereka adalah pada habitat, diet, dan fungsi dalam sesebuah ekosistem. Famili ketam bakau yang seringkali dijumpai di hutan paya bakau terutamanya di Malaysia adalah Sesarmidae, Ocypodidae, Camptandriidae, Varunidae, dan Portunidae. Ketam bakau mempunyai pelbagai morfologi, warna, dan saiz.

Antara perbezaan morfologi ketam bakau yang paling ketara ialah ketam bakau di bawah family Ocypodidae yang digelar fiddler crab. Fiddler crab jantan sangat mudah dikenali kerana keunikan morfologinya yang mempunyai sepasang sepit yang berlainan saiz Jolokan nama fiddler crab yang bermaksud ‘ketam biola’ terbit apabila ia menggunakan sepitnya yang halus untuk menyuap makanan kelihatan seperti sedang menggesek biola. Sepit yang besar ini akan digunakan dalam aktiviti mengawan. Fiddler crab jantan akan melambai-lambaikan sepitnya yang besar untuk menarik minat fiddler crab betina. Sepit yang besar dan unik ini juga digunakan untuk bersaing dengan fiddler crab jantan yang lain. Fiddler crab jantan yang tewas dalam pertarungan akan kehilangan sepitnya yang besar. Walaupun sepit tersebut akan tumbuh semula, ianya tidak akan segagah sepitnya yang asal.

Gambar 2: Antara spesis ketam bakau (Austruca annulipes) yang digelar fiddler crab.

Dari segi warna pula, kebanyakan ketam bakau mempunyai warna yang sangat cantik dan menarik. Selain itu, warna ketam bakau juga boleh membantu para saintis dan orang awam dalam mengenalpasti spesis ketam bakau. Sebagai contoh, nelayan di salah satu kawasan kajian penulis iaitu di Setiu wetlands membezakan tiga spesis ketam bakau daripada genus yang sama iaitu genus Scylla mengikut warna sepit dan badannya. Scylla sp. atau lebih dikenali sebagai ketam nipah yang boleh ditemui di kawasan tersebut adalah Scylla olivacea yang digelar ketam sepit merah, Scylla paramamosain digelar ketam sepit biru manakala Scylla serrata digelar ketam sepit oren. Namun begitu, warna bukanlah ciri utama yang digunakan untuk identifikasi spesis kerana warna ada kalanya dipengaruhi oleh faktor lain seperti usia mahupun diet ketam.

Ketam bakau juga terdiri daripada pelbagai saiz. Dalam kepelbagaiaan morfologi, warna dan saiz ini, kesemuanya bermain peranan penting terhadap ekosistem paya bakau, daripada spesis ketam bakau yang bersaiz lebih kecil daripada duit syiling lima sen seperti Paracleistostoma sp. daripada famili Varunidae sehinggalah ketam bakau yang mampu melebihi kelebaran wang kertas 50 Ringgit Malaysia seperti Scylla sp. daripada famili Portunidae. Gelaran ketam bakau sebagai jurutera ekosistem adalah disebabkan oleh beberapa aktiviti yang dilakukan oleh ketam bakau yang telah meningkatkan produktiviti dan memelihara kesihatan ekosistem paya bakau.

Pertama, aktiviti burrowing atau mengorek tanah. Tanah bakau dikorek untuk dijadikan tempat tinggal yang melindunginya daripada haiwan pemangsa seperti mengkarung, biawak, dan memerang serta panas terik matahari yang boleh mengakibatkan dehidrasi. Aktiviti mengorek tanah ini merupakan satu proses bioturbasi dalam tanah yang menggalakkan pemindahan oksigen ke kawasan yang anoksik. Pemindahan oksigen ini terjadi apabila lapisan tanah yang anaerobik di bawah akan naik ke atas ketika tanah dikorek. Proses pengoksidaaan ini membantu meningkatkan kadar penguraian bahan-bahan organik dalam paya bakau. Proses penguraian ini amat penting untuk membekalkan nutrien yang cukup kepada hidupan di paya bakau.

Bioturbasi ini juga menggalakkan proses nitrifikasi yang akan megubah komposisi nitrogen daripada ammonia kepada nitrat yang diperlukan oleh pengeluar primer seperti tumbuh-tumbuhan termasuklah pokok bakau. Aktiviti mengorek tanah yang dilakukan oleh ketam bakau ini juga dapat mengurangkan kandungan ferum dalam tanah. Ferum merupakan zat yang diperlukan oleh tumbuhan namun begitu kandungan ferum yang terlalu tinggi yang mudah berlaku di kawasan yang menakung air seperti di paya bakau boleh mengakibatkan kondisi toksik yang mengekang penyerapan nutrient lain yang diperlukan oleh tumbuhan. Justeru, aktiviti mengorek tanah yang dilakukan oleh ketam bakau ini memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mengekalkan ciri-ciri biogeokimia dalam sedimen paya bakau.

Di samping itu, mungkin ramai yang mengetahui antara fungsi vital ekosistem paya bakau iaitu menjadi sumber utama bahan organik dan nutrien kepada ekosistem persisiran pantai yang berdekatan seperti mudflat, rumput laut dan batu karang. Sumber nutrien ini terhasil daripada daun-daun pokok bakau yang pada asalnya sukar diurai kerana kandungan tannin yang tinggi, menjadi lebih mudah terurai melalui proses memakan dan pencernaan yang dilakukan oleh ketam bakau. Justeru, proses memakan daun-daun serta buangan lain dari pokok bakau ini juga merupakan tugas ketam bakau sebagi jurutera ekosistem.

Namun begitu, ketam bakau kini diancam bahaya apabila ekosistem paya bakau itu sendiri sedang menghadapi kesan-kesan negatif urbanisasi dan perubahan iklim. Aktiviti antropogenik seperti penambakan tanah, penebangan hutan bakau, aktiviti akuakultur dan agrikultur yang tidak terkawal, dan peningkatan paras laut akibat perubahan iklim menyebabkan ekosistem paya bakau diambang bahaya termasuklah makrofauna yang paling dominan dan sensitif yang menghuni ekosistem ini iaitu ketam bakau. Ciri-ciri ketam bakau yang dominan, sensitif, dan berperanan penting ini juga menjadikannya sebagai bioindikator yang sangat sesuai untuk mengenalpasti keadaan ekosistem paya bakau.

Gambar 3: Sampah-sarap yang ditemui di celah-celah akar pokok bakau
Gambar 4: Mikroplastik yang ditemui dalam perut ketam nipah

Kajian penulis tentang kesan-kesan gangguan antropogenik terhadap paya bakau dengan menggunakan ketam bakau sebagai bioindikator bersama kumpulan penyelidik dari Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu di bawah seliaan Prof Madya Dr Behara Satyanarayana dan Dr. Izwandy Idris, dengan kerjasama penyelidik dari Microplastics Research Interest Group (MRIG) yang diterajui Dr Yusof Ibrahim telah menemui mikroplastik dalam perut ketam bakau termasuklah ketam nipah yang gemar dimakan oleh penduduk setempat malah turut dibekalkan ke kawasan sekitar. Lebih merisaukan apabila, sesetengah penduduk percaya bahawa dengan memakan ketam nipah yang dimasak tanpa dibuang perut dapat menyembuhkan penyakit Covid 19. Hendak sembuh Covid, padahnya termakan plastik!

Manakala kajian penulis ketika menjalankan penyelidikannya di peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia bersama kumpulan penyelidik Ekologi Paya Bakau dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat di bawah seliaan Dr Shuhaida Shuib dan Dr Nurul Salmi Abdul Latip pula telah mengesan kesan urbanisasi terhadap kelimpahan dan kepelbagaian spesies ketam bakau serta kandungan nisbah karbon dan nitrogen dalam ketam bakau. Di samping itu, penulis juga dapat melihat sendiri ancaman-ancaman lain yang dihadapi oleh ketam bakau melalui pemerhatiannya di kawasan kajian seperti ketam-ketam bakau yang terperangkap pada jala-jala ikan yang dibuang merata-rata. Kerosakan alam akibat tangan-tangan manusia ini bukan sahaja mengancam ketam bakau malah organisma dan seterusnya ekosistem lain termasuklah manusia itu sendiri.

Firman Allah s.w.t dalam surah ar-Rum, ayat 41: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ternyata, kerosakan akibat aktiviti manusia akhirnya akan membahayakan kita kembali. Sunnatullah ini tidak lain tidak bukan adalah “supaya mereka kembali insaf” iaitu agar kita sedar akan kesilapan kita. Maka, semua pihak sama ada penyelidik mahupun orang awam dan pihak bertanggungjawab harus sedar akan kemusnahan ekosistem yang sedang terjadi seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi penyelidik, seperti penulis sendiri, kajian tentang kesan-kesan dan cara mengatasi ancaman terhadap ketam bakau yang menjadi indikator kepada kondisi paya bakau akan dipergiat supaya orang awam serta pihak berkuasa terutamanya dapat mengambil langkah untuk memelihara ekosistem paya bakau yang amat berharga ini.

Gambar 5: Penulis bersama rakan-rakan terdiri daripada pelajar siswazah INOS di kawasan kajian untuk aktiviti persampelan

#LiterasiLautanUntuk Semua

ARTIKEL BERKAITAN

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu
Pembinaan Indeks Darah Penyu Pertama Negara
Peranan Angin Monsun Dalam Kelansungan Populasi Penyu
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Potensi Produk Kecantikan Daripada Ubur-ubur
Ketahui cara Hipnosis Anak Penyu
Sains Huraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup
Ego Manusia yang Sering Menyalahkan Biawak
Pengeraman Telur Penyu dicemari Plastik
Manusia dan Ikan Yu; Siapa yang Lebih Rakus
Kemunculan Populasi Ubur-ubur Beracun di Pantai Perairan Terengganu

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ketam nipahLiterasi Lautan Untuk Semuapaya bakaupenyelidikanUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Next Post

Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In