23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ketoksikan Parasetamol Kepada Kucing

Info Veterinar

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/08/2020
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr Mohd Farhan Hanif bin Reduan
Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan

 

Adakah anda tahu memberi parasetamol atau panadol boleh menyebabkan ketoksikan kepada kucing ?

Gambar 1: Parasetamol: Sumber: theguardian

 

 

Anda pernah lihat kucing yang bengkak buka setelah diberi makan parasetamol atau panadol ?

Gambar 2: Bengkak pada bahagian muka dan kaki akibat ketoksikan parasetamol.
Sumber 9gag

 

Apakah Itu Parasetamol ?

Parasetamol ialah ubatan yang diberikan untuk merawat demam atau sakit pada manusia. Ianya juga dikenali sebagai acetaminophen atau popular di negara kita sebagai panadol. Namun, kejadian ketoksikan parasetamol pada kucing selalu berlaku apabila pemilik kucing ingin merawat sendiri haiwan mereka yang demam mahupun sakit tanpa merujuk kepada doktor veterinar. Doktor veterinar mudah untuk membuat diagnosis setelah melihat tanda-tanda klinikal dan mendapatkan sejarah / maklumat daripada pemilik haiwan sekiranya mereka ada memberi parasetamol kepada kucing. Untuk pengetahuan semua, kucing lebih terdedah untuk mengalami ketoksikan parasetamol berbanding haiwan lain seperti anjing.

 

 

Gambar 2: Panadol, Sumber : shop

 

 

Bagaimana Kucing Mudah Mengalami Ketoksikan Parasetamol ?

Kucing mempunyai defisiensi genetik pada laluan metabolik di dalam hati yang memproses parasetamol dikenali sebagai “laluan konjugat glukoronida”. Kajian menunjukkan kucing kekurangan enzim glukuronil transferase dalam mengkonjugat parasetamol kepada asid glukoronik untuk pengumuhan di dalam badan. Defisiensi ini menyebabkan kucing sangat terdedah kepada ketoksikan parasetamol.

 

Apakah Tanda-Tanda Kucing Menghidapi Ketoksikan Parasetamol ?

Tanda-tanda ketoksikan parasetamol pada kucing akan terbentuk dalam tempoh masa 1-4 jam setelah diberi makan parasetamol. Kucing akan mengalami depresi yang berterusan, muntah dan tanda pernafasan pantas. Selain itu, kucing juga boleh mengalami kesakitan pada bahagian abdomen dan loya yang menyebabkan air liur meleleh daripada mulut. Mukosa membran pada gusi atau pada sklera mata juga boleh kelihatan biru, yang mana keadaan ini dipanggil sianosis. Sianosis terjadi apabila molekul methemoglobin yang terbentuk di dalam darah menganggu kemampuan sel darah merah untuk membawa oksigen keseluruh badan. Sianosis ini boleh terbentuk dalam tempoh masa 3- 12 jam pengingesan. Dalam sesetengah keadaan, cecair edema boleh terkumpul pada bahagian muka, tapak kaki dan kaki beberapa jam selepas diberi makan parasetamol. Selain itu, warna urin atau air kencing menjadi gelap disebabkan kehadiran methemoglobin. Dalam kes ketoksikan yang teruk, kucing boleh terus mati dalam tempoh masa yang singkat disebabkan paras methemoglobin yang tinggi di dalam darah terutamanya dalam tempoh kurang dari 48 jam.

 

Gambar 3: Warna air kencing menjadi gelap kerana kandungan methemoglobin yang tinggi di dalam darah. Sumber : ncbi

 

Adakah Terdapat Rawatan Untuk Ketoksikan Parasetamol Kepada Kucing?

Paras methemoglobin di dalam darah memerlukan diagnosis dan perhatian yang segera. Kucing perlu ditahan wad dan diberi rawatan yang intensif. Bergantung kepada tempoh masa selepas pengingesan (ingestion) parasetamol, doktor veterinar akan mencetuskan pemuntahan dan menjalankan cucian (flushing) pada bahagian perut. Walaubagaimanapun, prosedur ini hanya berkesan untuk tempoh masa 4-6 jam selepas pengingesan. Jumlah sel darah merah yang rendah (anemia), darah di dalam air kencing (hematuria) atau hemoglobin dalam darah (hemoglobinuria) memerlukan transfusi darah yang segera. Terapi bendalir (fluid therapy) melalui salur darah akan dilakukan untuk mengimbangi hidrasi dan imbangan elektrolit di dalam badan. Selain itu, kekuningan pada kulit dan mukus membran atau jaundis juga memerlukan perhatian dan rawatan segera. Terapi oksigen juga harus diberikan kepada kucing yang mengalami sesak nafas yang teruk.

Arang teraktif (Activated charcoal) perlu diberi segera setelah proses pemuntahan dilakukan atau selepas perut dicuci. Arang teraktif ini akan menarik saki baki molekul parasetamol dan menghalang parasetamol daripada diserap di dalam salur pencernaan. N-acetylcysteine iaitu sejenis ubat dikenali sebagai antidot bagi ketoksikan parasetamol, juga boleh diberikan kepada kucing. Selain itu, vitamin c juga dipercayai boleh mengurangkan kadar methemoglobin di dalam darah.

 

Gambar 4: Arang teraktif dan N-acetylcysteine

 

Selepas Membuat Rawatan, Apakah Ada Langkah Susulan?

Paras methemoglobin di dalam darah perlulah dikawal. Selain itu, kadar enzim hati juga perlu diperhatikan untuk menilai kerosakan hati yang terjadi akibat ketoksikan parasetamol. Paras jirim glutation di dalam darah membantu dalam menilai keberkesanan rawatan. Kerosakan hati akibat ketoksikan parasetamol boleh menganggu fungsi hati untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya kepekatan methemoglobin di dalam darah melebihi 5-%, prognosis genting akan terjadi. Selain itu, jika enzim hati terus meningkatkan selepas 24 jam pengingesan, perhatian khusus haruslah diberikan. Apabila tanda-tanda klinikal berterusan sehingga 12 hingga 48 jam, kematian boleh berlaku akibat kepekatan methemoglobin yang tinggi.

 

Apakah Langkah Terbaik Untuk Mengelak Daripada Ketoksikan Parasetamol ?

Pencegahan ialah kunci untuk ketoksikan parasetamol, oleh itu jangan sesekali memberi kucing anda parasetamol. Sila bawa haiwan anda segera ke klinik veterinar sekiranya demam atau sakit!

 

Rujukan

  1. https://www.addl.purdue.edu/newsletters/1998/spring/acet.shtml
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC340185/

 

Kredit Foto : urgentpet

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Mohd Farhan Hanif bin ReduanFakulti Perubatan VeterinarInfo VeterinarKetoksikan ParasetamolKucingUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Kelumpuhan Sewaktu Tidur: Adakah Saya ‘Ditindih’ Hantu?

Next Post

Bioplastik Berasaskan Jagung

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

17 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Bioplastik Berasaskan Jagung

Bioplastik Berasaskan Jagung

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In