23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, December 7, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ketum dari Perspektif Sains Kimia: Antara Ketagihan atau Rawatan Alternatif

Ketum dari Perspektif Sains Kimia: Antara Ketagihan atau Rawatan Alternatif

Editor by Editor
06/11/2023
in Berita & Peristiwa, Kimia, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: ChM. Dzulfadli Rosli
Pegawai Penyelidik Kanan
Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia

 

Apabila disebut ketum, secara tidak langsung kita akan mengaitkannya dengan isu air daun ketum yang disalah guna untuk ketagihan. Isu ini hangat diperdebatkan dan menjadi polemik di kalangan ahli-ahli politik, pengamal perubatan dan agensi penguatkuasa. Namun betulkah itu isunya dan adakah ketum ini bahaya seperti yang digembar gemburkan oleh segelintir masyarakat kita atau ia boleh dijadikan sebagai satu rawatan alternatif dalam perubatan tradisional. Malah, kajian-kajian lepas membuktikan ketum mempunyai potensi perubatan yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Gambar 1- Pokok Ketum, Sumber FMT

Pokok ketum atau biak-biak juga dikenali sebagai kratom dengan nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Penggunaan ketum oleh kebanyakan masyarakat di kampung banyak dikaitkan dengan kesan analgesik atau dalam kata lain sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan tradisional. Namun apa yang dikhuatiri adalah tahap atau dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan seperti candu atau ketagihan kepada seseorang yang mengambil ketum secara tidak terkawal. Beberapa kajian yang dibuat menunjukkan bahawa ketum juga boleh mempamerkan kesan yang sama seperti kokain dan candu pada tubuh manusia.

 

Sifat Kimia Dan Bahan Kimia Aktif Dalam Ketum

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal di bawah Akta Racun 1952 di bawah peraturan kawalan psikotropik. Formula kimianya ialah C23H30N2O4, dan ia mempunyai berat molekul 398.49 g/mol. Mitragynine mempamerkan struktur trisiklik, yang terdiri daripada nukleus pyrrolidinoindole yang bercantum dengan sistem cincin sikloheksena. Struktur kimianya memainkan peranan penting dalam aktiviti farmakologinya. Sebatian kimia utama dalam ketum ialah mitragynine dan 7-hydroxymitragynine. Alkaloid ini bertanggungjawab untuk banyak kesan Ketum.

Mitragynine adalah alkaloid yang paling banyak dalam daun ketum dan berinteraksi dengan reseptor opioid di otak. Ia mempamerkan kesan analgesik (menghilangkan kesakitan) dan merangsang. Aktiviti farmakologi mitragynine adalah kompleks, kerana ia bertindak pada pelbagai sistem reseptor di otak, termasuk reseptor opioid, adrenergik dan serotonergik.

7-hydroxymitragynine adalah satu lagi alkaloid penting yang terdapat dalam Kratom, walaupun ia berlaku dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding mitragynine. Ia adalah agonis reseptor opioid yang kuat dan menyumbang kepada sifat analgesik ketum.

Sebagai tambahan kepada alkaloid utama ini, ketum mengandungi beberapa sebatian lain dalam jumlah yang lebih kecil, termasuk speciociliatine, speciogynine, paynantheine, dan lain-lain. Walaupun alkaloid ini telah dikenal pasti dalam ketum, kesan khusus dan mekanisme tindakannya tidak dikaji dengan baik seperti mitragynine dan 7-hydroxymitragynine.


Struktur Kimia Mitragynine (Sumber: ACS Chemistry for Life)

Adalah penting untuk diketahui bahawa kesan ketum boleh berbeza-beza bergantung pada metabolisme dan sensitiviti tubuh badan seseorang individu. Penggunaan ketum dan alkaloidnya telah menimbulkan kebimbangan kerana potensi risiko, termasuk ketagihan dan kesan buruk, dan status undang-undangnya berbeza-beza merentasi negara dan wilayah yang berbeza. Ini kerana, negara jiran kita Thailand, telah membenarkan pemilikan dan penggunaan ketum sebagai perubatan tradisional setelah ia diharamkan sebagai bahan narkotik sebelum itu.

 

Penghasilan Air Daun Ketum Dan Potensi Salah Guna

Air daun ketum telah disalahgunakan oleh penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan. Rampasan terbesar sebanyak 7.9 tan daun ketum oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa COVID 19 membayangkan potensi untuk ketum disalah guna adalah tinggi. Penghasilan air daun ketum adalah sangat mudah dengan cara merebusnya dan diambil airnya dan diminum sebagai tonik di kalangan orang tua-tua.

Namun apa yang dikhuatiri adalah jumlah dos yang diambil adalah tidak diketahui dan ini boleh memudaratkan sistem tubuh badan manusia. Antara kesan-kesan sampingan yang diketahui adalah susut berat badan, insomnia, bibir menjadi kering, sukar membuang air besar, kurang selera makan dan kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada pipi. Manakala gejala-gejala ketagihan akan kelihatan seperti merasa sengal-sengal sendi, mudah marah, mata dan hidung berair serta berasa lemah untuk bekerja.

 

Undang-Undang Dan Kawalan

Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut. Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pengambilan mitragynine sejenis bahan aktif di dalam daun ketum perlu dikaji dengan lebih mendalam akan kesannya kepada sistem tubuh badan manusia. Walaupun kajian sains membuktikan ada kesan analgesik atau pengubatan namun ia masih tidak mencukupi untuk membendung penyalahgunaan ketum sebagai bahan ketagihan.

Pengambilan ketum sebagai rawatan alternatif terhadap penagihan dadah dan lain-lain pengubatan masih jauh dan perlu kepada kajian sains terkini terutamanya kajian terhadap kimia alkaloid. Kita masih banyak ruang untuk meneroka sifat-sifat farmako-kinetik dan sifat fito-alkaloid dari segi penyerapan, pengedaran dan metabolisme ketum terhadap tubuh badan manusia.

Maklumat sains ini sangat berguna untuk menjadikan ketum sebagai potensi perubatan pada masa akan datang. Justeru, kajian sains berkaitan ketum ini perlu diperhebat memandangkan negara ini adalah subur untuk penanaman ketum dalam skala besar sekiranya ia terbukti berkesan sebagai rawatan alternatif pada masa hadapan.

Catatan:

Penulis merupakan seorang Pegawai Penyelidik Kanan yang berkhidmat di Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: dadahdaun ketumkajianketagihanperubatan alternatif ketumpokok ketumsifat saintifik ketum
ShareTweetShare
Previous Post

Menjual Anak Pokok Secara Dalam Talian: Peluang dan Cabaran

Next Post

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

5 days ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

4 weeks ago
Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser
Berita & Peristiwa

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

4 weeks ago
Next Post
Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penderiaan Jauh & Aplikasi Dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In