23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keunikan Liken Sebagai Penanda Pencemaran Udara

Editor by Editor
03/10/2016
in Alam Semulajadi
0 0
0
Oleh: Dr. Suganthi a/p Appalasamy
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Bumi
Universiti Malaysia Kelantan

Pengenalan

Ramai yang tidak mengetahui apa itu ‘liken’ sebenarnya. Liken merupakan organisma komposit yang banyak tumbuh di atas permukaan pokok kayu dan kawasan tanah tinggi. Liken terdiri daripada dua komponen: dua spesies kulat dan beberapa spesies alga hijau dan hubungan simbion antara dua organisma ini yang membentuk liken. Dalam hubungan simbion ini, kulat memainkan peranan sebagai asas struktur dan sebagai perlindungan untuk alga yang kemudiannya membekalkan nutrien dan tenaga kepada kulat. Liken ini memperoleh hampir kesemua nutriennya daripada atmosfera.
Struktur liken yang wujud tanpa akar dan daun seperti pokok vaskular yang lain menyebabkan liken mengunakan air dan gas bebas daripada persekitarannya. Liken boleh dijumpai tumbuh di atas pokok hidup, mati, di permukaan tanah dan kawasan tinggi dan rendah. Terdapat juga liken yang dijumpai hidup subur di atas permukaan bangunan dan kereta terbiar.
Sejarah
Kepentingan liken ini mula diketahui ramai apabila pada tahun 1866, seorang pakar botani bernama William Nylander memerhatikan di Jardin du Luxemburg yang merupakan satu taman bunga yang besar di tengah bandar Paris bahawa liken secara umumnya tidak dapat tumbuh di kawasan bandar. Kepelbagaian liken yang tinggi dijumpai di taman bunga Jardin du Luxemburg menjadikan ianya suatu senario yang cukup berbeza dengan jumlah liken yang ditemui di kawasan urban. Beliau juga memerhatikan liken mempunyai pertumbuhan dan pembesaran sel yang tidak sempurna dalam keadaan urban. Melalui pemerhatian ini, Nylander mencadangkan liken boleh dijadikan sebagai satu penanda ataupun ‘meter kesihatan’ kepada kualiti udara berdasarkan kekerapan dan spesies liken yang dijumpai di sesuatu kawasan.
Sejurus daripada penerbitan ulasan saintifik Nylander, penyelidik botani dari benua Eropah mula mengendalikan eksperimen untuk mengenali diversiti liken dan kepentingannya sebagai penanda kualiti udara di kawasan bandar. Penyiasatan ini yang diketuai oleh Nylander megemukakan satu permerhatian utama: kepelbagaian liken semakin berkurangan apabila habitatnya semakin berdekatan dengan kawasan urban.
Walaubagaimanapun, kumpulan penyiasat juga memerhatikan bahawa liken banyak terdapat di kawasan yang teduh, sama ada pada bangunan ataupun tanah yang terlindung dari cahaya matahari. Pokok renek, kawasan semak dan tanah boleh dijadikan mikrohabitat oleh liken tanah ini. Pencemar udara, sulfur dioksida adalah salah satu molekul yang amat berpolar dan mempunyai kebolehan untuk menyerap dalam semua jenis permukaan.
Pokok renek yang wujud di kawasan yang tercemar berfungsi sebagai penapis udara apabila ianya menggunakan sulfur dioksida untuk aktiviti metaboliknya. Sulfur dioksida ini kemudiannya ditapis dan disalurkan keluar kepada tanah sebagai udara bersih dan pada masa sama juga memulihkan tanah yang tercemar di sekitarnya. Liken yang hidup di bawah kawasan lindungan pokok renek ini menggunakan udara bersih ini. Kewujudan liken di kawasan terlindung ini membuktikan kawasan itu mempunyai kualiti udara yang baik.
Sulfur dioksida merupakan molekul yang bertoksik dan berbahaya kepada liken. Walaubagaimanapun, bukan semua spesies liken sensitif pada sulfur dioksda. Liken berkrustos seperti Lecanora conizaeoides mampu hidup di kawasan yang mempunyai kandungan sulfur dioksida yang tinggi dalam udara.
Penyelidik liken pada akhir tahun 1890an dan 1900an memerhatikan liken spesies ini tumbuh dengan subur di kawasan yang dekat dengan industri yang mengunakan arang batu sebagai bahan api. Sulfur dioksida yang dibebaskan ke udara hasil bahan terbakar ini digunakan oleh liken. Aktiviti penapisan udara oleh liken bermanfaat kepada persekitaran di mana ianya mengurangkan sulfur dioksida bebas dalam udara dan pada masa sama memulihkan kualiti udara di sesuatu kawasan.
Penyelidikan
Kepentingan liken mula disedari ramai melalui penerbitan dan perkongsian maklumat di kalangan pencari dan penyelidik liken. Amerika Syarikat, England dan Perancis adalah antara negara yang mempunyai garis panduan dalam penggunaan liken sebagai penanda kualiti udara di persekitaran.
Di Malaysia, keunikan dan kepelbagaian liken kurang diterokai terutamanya kegunaan liken sebagai penanda biologi dalam pengawasan kualiti udara. Sebagai negara yang kaya dengan sumber asli, kepelbagaian liken dan kegunaannya patut diterokai. Liken boleh dikategorikan kepada tiga kelas utama yang biasa ditemui berdasarkan ciri luarannya iaitu fruktikos, folios, dan krustos (Gambar rajah 1). Kehadiran liken yang berkrustos di sesuatu persekitaran boleh digunakan sebagai penanda kawasan tersebut mempunyai kandungan sulfur yang tinggi manakala liken berfolios pula selalu dijumpai di kawasan yang mempunyai kualiti udara yang sederhana. Kehadiran liken berfruktikos boleh dijadikan penanda kepada kualiti udara yang sihat dan tidak tercemar.
Baru-baru ini satu ekspedisi sains telah diadakan oleh sekumpulan pencinta alam ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Ekspedisi ini telah memberikan peluang untuk mencari dan mendokumentasikan liken yang terdapat di kawasan tersebut. Hasil pemerhatian mendapati kawasan ini dipenuhi dengan liken yang unik dan berbeza dengan spesies yang kerap dijumpai di tanah kawasan rendah.
Antara spesies liken yang kerap dijumpai di tempat ini adalah Cladonia, Usnea dan Hypogymnia (Gambar rajah 2, 3, 4). Terdapat beberapa spesies liken yang dijumpai bukan sahaja tumbuh subur pada pokok, ianya juga tumbuh meliputi tanah dan batu batuan besar yang terdapat di tepi jalan.
Terdapat juga beberapa bukit batu kecil yang dilitupi penuh dengan liken Lecanora conizaeoides yang menarik perhatian (Gambar rajah 5). Liken ini yang berwarna hijau dan mempunyai bentuk bulat berwarna merah lembut mampu hidup di kawasan yang mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Kandungan sulfur ini mungkin dibebaskan ke udara hasil daripada penggunaan baja di kawasan pertanian yang berhampiran.
Penemuan liken di kawasan tanah tinggi ini boleh dijadikan sebagai penanda untuk mengambarkan kualiti udara di tempat tersebut. Kegunaan liken sebagai penanda kualiti dan pencemaran udara bukan sahaja membantu pengawasan udara persekitaran malah membantu untuk memulihkan kualiti udara di tempat tersebut. Kepelbagaian dan kepentingan liken ini patut diterokai secara meluas lagi di Malaysia.
gr1
Gambar rajah 1: Batang pokok yang dilitupi dengan tiga jenis liken yang kerap dijumpai. A: Frutikos; B: Folios; C: Krustos.
gr2
Gambar rajah 2: Liken Gincu Cladonia (Cladonia macilenta) yang boleh dijumpai tumbuh di kawasan tanah tinggi amat menarik perhatian disebabkan oleh warnanya yang merah kejinggaan.
gr3
Gambar rajah 3: Liken Ragged Beard (Usnea ubfloridana) boleh dijumpai tumbuh subur pada batang pokok kayu.
gr4
Gambar rajah 4: Liken Hypogymnia physodes mudah dikenali disebabkan oleh bentuknya seakan daun hijau.
gr5
Gambar rajah 5: Liken Lecanora conizaeoides berwarna hijau dan merah lembut ini mampu hidup di persekitaran yang mempunyai kandungan sulfur dioksida yang tinggi.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Pengalaman di European Organization for Nuclear Research (CERN)

Next Post

Hadiah Nobel Fizik 2016: Di antara Matematik Bentuk dan Sains Bahan

Editor

Editor

Related Posts

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi
Alam Semulajadi

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi

3 months ago
Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian
Alam Semulajadi

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

4 months ago
Sains dan Kelapa Sawit
Alam Semulajadi

Sains dan Kelapa Sawit

4 months ago
Antartika Kembali Menjadi Hutan Tropika : Apa Kerisauan Kita?
Alam Semulajadi

Antartika Kembali Menjadi Hutan Tropika : Apa Kerisauan Kita?

5 months ago
Next Post
Hadiah Nobel Fizik 2016: Di antara Matematik Bentuk dan Sains Bahan

Hadiah Nobel Fizik 2016: Di antara Matematik Bentuk dan Sains Bahan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In