23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kewartawanan Data dan Masa Depan Kewartawanan

Kewartawanan Data dan Masa Depan Kewartawanan

Editor by Editor
13/07/2022
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr Siti Suriani Othman
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Kemunculan internet dan kewartawanan digital mengubah keseluruhan landskap kewartawanan di seluruh dunia. Jika dahulu, produk media seperti akhbar dan majalah dicetak dan dijual serta keuntungan diperoleh daripada pengiklanan, hari ini, pelbagai bentuk penulisan seperti berita dan rencana yang terdapat dalam media boleh diperoleh secara percuma dalam talian. Jika boleh diakses secara percuma, pastinya tidak ramai yang masih mahu membayar kecuali untuk kualiti penulisan yang luar biasa.

Maka, tiadalah lagi legasi organisasi media sehebat sebelum ini, dengan keuntungan berjuta-juta serta menjadi ruang rezeki bagi begitu ramai jurnalis naungannya. Hai ini, pengiklanan tidak lagi menjadi punca pendapatan utama media, model perniagaan tradisional itu tidak lagi seutuh dahulu, lalu meminta kreativiti dan solusi tuntas dalam keadaan mengecilnya hampir semua organisasi media di dunia ini.

Maka, ada yang melihat masa hadapan kewartawanan semakin malap. Hakikatnya jika dilihat dari segi pengoperasian secara formal, mungkin ada benarnya. Ini kerana, di banyak negara di dunia, organisasi media ada yang terpaksa ditutup, mengecil dan membuang pekerja. Namun, dari segi praktisnya, penghasilan produk produk kewartawanan adalah lebih meriah dari segi kuantiti kerana semua orang sudah boleh menulis dan menerbit. Semua orang boleh menulis misalnya dalam media sosial dan menerbit tanpa banyak kawalan daripada penyunting dan peraturan organisasi. Baik buruknya banyak, dan antara yang jelas pastinya penyebaran berita palsu yang jauh lebih rancak berbanding dahulu.

Apabila disebut berita palsu atau fake news, definisinya secara ilmilah masih didebatkan sarjana. Secara mudahnya, berita palsu adalah maklumat salah yang direka dan dikongsikan dengan ramai dalam bentuk teks, video atau imej. Di peringkat awalnya, berita palsu kelihatan sangat realistik dan kadang kala lebih benar daripada berita yang benar, maka ia boleh menyebabkan salah faham dengan cepat kepada ramai orang. Berita palsu boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk termasuklah keseluruhan berita yang dilaporkan palsu, melaporkan peristiwa yang tidak wujud, berita yang menggunakan sumber berita palsu atau tidak wujud, berita yang separa benar dan separa palsu kandungannya, dan berita yang menggunakan tajuk berita palsu. Namun, ada juga artikel berbentuk satira (berunsur lawak) yang ditulis dalam bentuk berita palsu untuk tujuan hiburan namun kelihatan begitu benar sehingga ada pembaca yang tidak dapat membezakannya dengan berita yang benar. Bentuk berita sebegini juga boleh membawa bencana.

Untuk mengatasi pelbagai dugaan dalam dunia moden kewartawanan hari ini, satu cabang kewartawnan muncul untuk memberikan maklumat yang tepat dan berlandaskan data. Kewartawanan data atau data journalism merupakan satu genre dalam kewartawanan yang menggunakan data sebagai asas penghasilan dan penulisan dalam penghasilan produk media. Selain penghasilan, persembahan produk media juga semakin menarik dan mudah difahami dengan memasukkan elemen-elemen infografik yang dibina berasaskan data yang sahih. Dengan itu, cerita yang kompleks dapat ditulis dengan mudah dan dipersembahan dalam bentuk grafik yang mudah difahami pembaca.

Kewartawanan data sudah agak maju di Amerika dan United Kingdom (UK). WikiLeaks misalnya adalah antara contoh bagaimana data digunakan untuk menyiasat sesuatu isu dan dikongsikan dengan ramai. Di UK, akhbar Guardian adalah antara akhbar yang banyak menghasilkan penulisan berasaskan data dan menjadi antara akhbar perintis yang memajukan kewartawanan menerusi praktis kewartawanan data.

Di bahagian lain di dunia pula seperti China, kewartawanan data berkembang tetapi dengan lebih perlahan kerana asas kewartawanan China yang disekat oleh kerajaan dari segi kebebasan bersuara. Namun hari ini, kewartawanan data digunakan sebagai asas kepada pemberitaan penyiasatan dan membantu untuk menyelesaikan isu-isu tertentu menerusi data.

Di Eropah sendiri pula, tidak semua negara maju dalam kewartawanan data, dan landskap media dan sejarah media di negara tersebut juga menentukan perkembangan ini. Misalnya, media yang dikawal seperti di Itali lebih lambat perkembangan kewartawanan datanya sebagaimana di China. Negara-negara Skandinavia seperti Sweden, Denmark dan Finland pula agak maju dari segi perkembangan kewartawanan datanya kerana kebolehan akses data yang tinggi dan memudahkan tugas wartawan menganalisis dan menghasilkan berita.

Di Malaysia, kewartawanan data masih baharu dan tidak banyak organisasi media yang mempraktiskannya. Beberapa organisasi yang dalam pengetahuan saya sudah mengamalkannya ialah Bernama, The Star dan MalaysiaKini. Ada juga satu dua buah lagi organisasi swasta lain yang khusus menjalankan pemberitaan dengan pendekatan kewartawanan data seperti DataN yang dipelopori oleh Kuang Keng Kuek Ser, wartawan Malaysia yang giat memperjuangkan dan memberi latihan kewartawanan di dalam dan luar negara. Keseluruhannya, di Asia Tenggara, negara-negara yang lebih maju praktis kewartawanan datanya berbanding kita adalah Indonesia, Filipina dan Singapura.

Lalu, apakah yang istimiewanya dengan kewartawanan data? Mengapakah kewartawanan data dikatakan sebagai antara nadi utama atau penentu masa hadapan kewartawanan? Penulisan yang berorientasikan data adalah jawapannya dan jurnalis harus mempunyai data yang sahih dan digunakan untuk menulis berita dan rencana. Maka hasil penulisan juga adalah tepat dan jauh daripada unsur unsur berita palsu.

Untuk mencapai tahap ini, beberapa kemahiran diperlukan sebagai persediaan menghadapi lonjakan ini termasuklah penguasaan dalam matematik, subjek-subjek komputer sains serta penguasaan statistik. Di beberapa negara lain di dunia, tidak dinafikan, inilah adalah hambatan dalam kalangan pelajar kewartawanan iaitu ketidaksediaan menguasai ilmu-ilmu ini yang dikatakan jauh daripada pembelajaran ilmu kewartawanan sedia ada. Kewartawanan data dilihat sebagai satu bentuk “sains” manakala kewartawanan dilihat sebagai satu bentuk “seni”.

Kajian rintis saya sendiri ke atas kumpulan pelajar kelas kewartawanan saya memperlihatkan keputusan yang sama. Lebih 200 pelajar dijemput menyertai tinjauan secara dalam talian tentang kesedaran berkaitan kewartawanan data dalam kalangan pelajar komunikasi dan Bahasa di USIM menerusi google form. Daripada jumlah itu, hanya 34 pelajar yang menjawab secara sukarela, dan yang lainnya saya anggap kurang berminat walaupun peluang dibuka beberapa kali. Mungkin juga apabila melihat tajuk tinjauan adalah tentang kewartawanan data, sesuatu yang asing kepada mereka, ramai terus memilih mendiamkan diri walaupun yang terpilih secara rawak akan mendapat hadiah buku daripada saya.

Harapannya, semoga kewartawanan data akan lebih maju dan berkembang di negara ini dengan sokongan institusi pengajian tinggi serta pendedahan-pendedahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar kewartawanan. Diharapkan juga dengan kesedaran dan keupayaan menganalisis, menulis dan mempersembahkan berita berasaskan data akan membentuk warga Malaysia yang menerima maklumat tepat dan sentiasa curiga dengan berita palsu yang memudaratkan minda dan membutakan hati masyarakat kita.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kewartawanan sainsKomunikasi sainsSains DataSTEM
ShareTweetShare
Previous Post

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

Next Post

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 days ago
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 weeks ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 weeks ago
Next Post
Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In