23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kimia Pusat Segala Sains

Editor by Editor
29/01/2010
in Kimia
0 0
0

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM Jabatan Kimia, Universiti Malaya

[ http://www.kimia.um.edu.my/]

Dalam tamadun manusia sekarang – pergi ke sekolah adalah penting kerana di sana tempat melatih dan membina sahsiah seseorang insan untuk menjadi manusia terpelajar atau sekurang-kurangnya berpelajaran. Terpelajar kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan tertinggi (terbanyak atau terluas) yang memperluaskan lagi ruang pengetahuan. Mereka menjadi serikandi (master) ilmu tersebut.

Seseorang berpelajaran adalah mereka yang mempunyai ilmu yang membantu mereka dalam kehidupan seharian. Pengetahuan seseorang individu seharusnya menyeluruh, tidak dogmatik dan membolehkannya berfikiran kritikal. Thomas Friedman dalam bukunya Lexus and the Olive Tree, mengulas bahawa untuk mempunyai daya saingan yang hebat dalam era globalisasi, seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan menyeluruh atau menjadi seorang generalist (menyeluruh).

Tiga ilmu yang tersangat penting dan menjadi tunjang utama ialah ilmu matematik, pengetahuan tentang sejarah dan kebolehan berkomunikasi (oral dan penulisan). Tidak kira untuk siapa, matematik melengkapkan seseorang dengan daya fikiran numerik iaitu memberinya deria berangka (number sense). Tanpa asas numerik semua penilaian hanya sekadar agak-agak atau lebih kurang. Matematik memberi kaedah kuantitatif yang lebih jelas dan bermakna. Kuasa sedemikian memberi ramalan yang lebih tepat justeru boleh digunakan untuk membuat pilihan yang bijaksana. Inilah kunci kejayaan masyarakat Barat.

Dalam buku Life by Numbers, Keith Devlin menghuraikan kaedah matematik yang digunakan untuk pelbagai aktiviti kehidupan seharian, daripada membuat filem di Holywood sehinggalah untuk berjaya dalam kejohanan Olimpik seperti luncur ais. (Lihat juga buku The Number Sense yang ditulis oleh Stanislas Dehaene). Matematik menjadi lebih utama kepada saintis.

Ilmu sains adalah kaedah mengkaji fenomena alam semula jadi secara rasional. Matematik adalah asas sains yang menjadi alat untuk mengupas ilmu alam. Di zaman moden, matematik dan sains saling bergandingan dan sangat mempengaruhi hidup manusia dan kemanusiaan. Walaupun sains dan matematik amat penting dari segi memberi pemahaman, tetapi keputusan yang diperoleh daripada pemahaman sains dan matematik biasanya tidak memihak.

Untuk memanfaatkan sains dan matematik, seseorang itu harus membuat keputusan yang betul dari segi sosial dan budaya masyarakat tersebut. Maka pengetahuan tentang sejarah menjadi amat penting demi membantu membuat pemilihan yang arif. Pengetahuan sejarah tidak terhad kepada aspek antropologi tetapi lebih menyeluruh. Ini bermakna apa yang penting adalah pengetahuan tentang latar belakang sesuatu isu.

Komunikasi berkesan membolehkan seseorang menyampai ideanya supaya difahami orang lain secara logikal dan rasional. Sahsiah orang berpengetahuan dan terpelajar mesti lengkap dengan kebolehan berkomunikasi sama ada lisan (oral) mahupun penulisan. Dewasa ini sama ada suka atau tidak, kita terpaksa akur bahawa bahasa utama digunakan di seluruh dunia ialah bahasa Inggeris yang wajar dikuasai tanpa mengabaikan bahasa ibunda.

Yang sebenarnya banyak lagi kebolehan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh orang terpelajar. Pengetahuan ilmiah, pengkhususan cetek dan terpencil tidak begitu berguna. Sistem pelajaran tinggi di luar negara menggalakkan graduan mengambil dwiijazah. Ini sangat berguna kerana pengetahuan termoden adalah pelbagai disiplin ilmu. Kurikulum di universiti biasa mengandungi komponen kursus dipanggil Transferable Skill yang melatih seseorang bukan sahaja kebolehan berfikir tetapi juga kebolehan menjadikan apa yang difikirkan itu kepada realiti. Beberapa komponen Transferable Skill yang ditawarkan kepada penuntut ijazah tinggi yang menjalankan penyelidikan termasuklah kemahiran komunikasi dan persembahan, sains intergriti dan penyelidikan, sains dan media, sains dan etika, pengenalan pemikiran, statistik, penyelidikan komersialisasi, harta intelek, visual dan komputer grafik, teknik penulisan dan sebagainya.

Di Barat program pengkhususan sains dwiijazah biasanya dijalankan dalam jangka masa sekurang-kurangnya empat tahun. Malaysia harus mencontohi hal serupa, tetapi apa yang dilihat sejak beberapa tahun lalu program sarjana muda sains dipendekkan daripada empat ke hanya tiga tahun. Sebab-sebab yang diberikan termasuklah untuk mengeluarkan lebih ramai graduan bagi menampung pasaran pekerjaan dan pada umur mereka yang lebih muda. Sekarang pula terdengar ada program jalan pantas untuk memperoleh ijazah dalam jangka masa pendek di IPTS bagi menjimatkan kos pengajian. Ini menggusarkan sekiranya diguna untuk memupuk kepakaran saintifik yang tidak ada jalan pintas. Interaksi di antara bidang-bidang sains boleh dilihat dengan menggunakan kimia sebagai contoh.

Bidang kimia bukan sekadar membuat ubat. Ia sangat luas, termasuk yang tradisional seperti kimia organik, fizikal dan tak-organik dan ia sering disebut the central science iaitu pusat kepada semua sains. Interaksi dan pertindihan kimia dengan disiplin sains lain telah lama berlaku seperti bidang biokimia (kimia dan biologi), kimia fizik dan kejuruteraan kimia. Kini kimia menjadi lebih penting dalam pelbagai disiplin kerana ia memberi pemahaman terhadap molekul dan atom iaitu asas bagi semua jirim.

Pada asasnya ilmu kimia menerokai pelbagai perihal atom dan molekul. Contohnya, struktur fizik atom dan molekul boleh dielusidasikan dengan lengkap menggunakan kaedah spektroskopi (NMR, IR, MS, UV dan sebagainya). Manakala perwakilan fizikal atom dan molekul dari segi visualisasi kini boleh dilakukan menggunakan pelbagai model daripada yang termudah seperti bola dan batang (ball and stick model), model CPK hinggalah kepada pelbagai model yang tercanggih terbitan dari teori kuantum. Kita sekarang mempunyai kaedah untuk melihat atom dan molekul.

Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. Pihak MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan Prof Rauzah Hashim.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: KimiaMalaysiaSaintis Melayusaintis muslim
ShareTweetShare
Previous Post

Nanoteknologi Melampaui Kesediaan Pengguna

Next Post

Sains dan Pergantian Musim

Editor

Editor

Related Posts

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

1 week ago
Bakteria Kecil yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan
Alam Semulajadi

Bakteria Kecil yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

2 weeks ago
Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan
Berita & Peristiwa

Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan

2 months ago
Pengalaman menghadiri Lindau Nobel Laureate Meeting 2025
Berita & Peristiwa

Pengalaman menghadiri Lindau Nobel Laureate Meeting 2025

4 months ago
Next Post
Sains dan Pergantian Musim

Sains dan Pergantian Musim

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In