23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kitar Semula Plastik; Kurangkan Sisa, Selamatkan dunia

Proses kitar semula plastik mampu selamatkan bumi dari pencemaran

Editor by Editor
20/06/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Ts. ChM Dr. Azizah Baharum

Pusat Penyelidikan Polimer (PORCE) & Jabatan Sains Kimia (JSK),
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Apa itu plastik?

Plastik adalah sejenis polimer, dalam bahasa mudahnya sejenis bahan yang sangat kuat dan akan memakan masa beratus tahun untuk hancur dan terurai secara semulajadi. Oleh itu bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya sisa plastik yang digunakan seharian di rumah, pejabat, kedai-kedai, sekolah dan industri berterusan dibuang ke tempat pembuangan sampah. Maka suatu hari nanti, bumi ini akan dicemari dengan lambakan sisa plastik yang menggunung dan tidak lagi selamat didiami bukan sahaja oleh manusia malahan oleh haiwan dan tumbuhan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan segala sisa plastik, terutamanya daripada barangan seharian di rumah untuk dikitar semula. Langkah bijak ini akan dapat menyelamatkan dunia kita yang telah terlalu tua ini untuk terus bertahan dan menjadi tempat yang selamat untuk semua. Ini kerana sisa plastik yang dibuang di sekitar tempat tinggal kita bukan hanya akan mencemarkan taman atau bandar kita,  malahan sisa-sisa tersebut apabila pecah menjadi serpihan kecil atau dikenali sebagai mikroplastik akan dibawa oleh hujan memasuki sistem saliran dan mengalir ke sungai – sungai sehingga ke laut. Andai diletakkan sensor pada mikroplastik tersebut, tidak hairan sekiranya kita dapat menjejaki perjalanan sisa plastik tersebut sehingga beribu batu dari tempat asalnya dibuang selepas satu jangka masa tertentu.

Bilakah plastik mula dikitar semula?

Menelusuri sejarah penggunaan plastik, ia bermula sejak abad ke – 18 selari dengan revolusi perindustrian yang mengubah perjalanan sejarah manusia, menyebabkan berlaku lambakan sampah – sarap di serata dunia.

Bakelite adalah plastik sintetik pertama dihasilkan oleh seorang ahli kimia bernama Leo Baekeland pada 1907. Pada 1950, plastik sampah pertama dihasilkan daripada polietilena dicatatkan. Pada 1959 beg plastik mula diperkenalkan oleh Sten Gustaf Thulin menyebabkan penggunaan beg kertas menjadi kurang popular.  Sejak itu bermulalah era lambakan sisa daripada beg plastik  sehinggalah orang ramai mula menyedari akan risiko daripada penggunaan plastik pada 1960-an. Menuju ke penghujung 1960-an mereka mula merasakan keperluan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul daripada norma baharu penggunaan plastik. Pada 1972 kilang kitar semula plastik pertama telah dibina di Consshocken, Pennsylvania dan menjadi titik tolak kepada semua plan kitar semula plastik selepas itu. Pada masa yang sama juga bandar –bandar utama di Amerika juga telah memulakan program kitar semula mereka sendiri. Pada 1984 sejumlah hampir 50 juta kilogram sisa plastik telah berjaya dikumpul buat pertama kalinya di serata dunia yang menjadi titk tolak dalam sejarah kitar semula plastik pada hari ini.

Bagaimana plastik dikitar semula?

Pelbagai kaedah dan teknik boleh dilakukan dalam proses kitar semula iaitu  secara fizikal/mekanikal atau secara kimia. Secara fizikal kitar semula boleh dilakukan seperti berikut:

i – Pengadunan: Plastik dileburkan dan diadun semula untuk menghasilkan bahan baharu seperti botol minuman.

ii – Peleburan, peregangan dan penenunan: Penghasilan fabrik yang lembut dan tahan lama daripada  plastik.

iii – Pengekstrudan: Menghasilkan komposit dan lain-lain.

iv – Pengacuanan suntikan: Menghasilkan bahan baru melalui acuan yang tertentu.

Secara kimia pula, plastik dikitar semula dengan menukar kembali plastik tersebut kepada bahan asalnya yang dikenali sebagai monomer. Secara kimia, plastik boleh dikitar semula melalui 3 cara iaitu pirolisis menghasilkan minyak mentah, proses tindakbalas kimia  dalam penghasilan polimer tulen baharu contohnya plastik yang dikenali sebagai PET boleh dirawat dengan alkohol dan mangkin tertentu menghasilkan dialkil tereftalat. Monomer tersebut boleh digunakan dengan etelina glikol menghasilkan poliester iaitu sejenis polimer yang tulen. Proses kimia ketiga ialah penghasilan gas iaitu dalam penjanaan menghasilkan tenaga.

Selalunya sebelum dikitar semula, sisa plastik akan dikumpul, dipilih mengikut kategori berdasarkan kandungan bahan dan juga warna. Seterusnya sisa plastik itu dibasuh untuk membuang segala kekotoran yang ada. Plastik yang telah bersih akan dihancurkan untuk memudahkan pembuangan bahan lain yang hadir seperti logam dan lain-lain. Seterusnya plastik akan dikenalpasti dan dipisahkan berdasarkan ketumpatan, ketebalan, tahap lebur, atau warna. Setelah itu barulah proses kitar semula secara kimia atau fizikal akan dilakukan.

Apakah jenis – jenis plastik yang dikitar semula?

Kebanyakan plastik yang digunakan dalam kehidupan harian kita boleh dikitar semula.

 

i – PET: Polietilena tereftalat ialah sejenis termoplastik yang banyak dijumpai dalam penghasilan botol minuman dan pakaian.

ii – PVC: Polivil klorida juga termoplastik yang banyak digunakan di dalam penghasilan wayar, paip, botol dan lain-lain.

iii – HDPE: Polietilena berketumpatan tinggi, termoplastik yang lebih lembut dan fleksibel berbanding PVC. Digunakan dalam pembuatan paip dan gelen.

iv – LDPE: Polietilena berketumpatan rendah, bahan asas dalam pembuatan beg plastik. Boleh dikitar semula namun agak sukar.

v – PS dan PP: Polistirena dan Polipropilena masing – masing digunakan sebagai peralatan makanan dan PP yang lebih tahan lasak sebagai kotak, perabut, penutup balang juga boleh dikitar semula namun agak sukar

Barangan daripada plastik kitar semula.  

Apakah yang boleh dihasilkan daripada kitar semula sisa plastik barangan kegunaan harian?

Pelbagai jenis barangan dapat dihasilkan apabila plastik sikitar semula melalui kaedah – kaedah yang disebutkan sebekum ini. Ilustrasi berikut dapat memberikan gambaran jelas tentang bagaimana usaha kecil kita dapat menyelamatkan dunia daripada terus dicemari.

Botol Air

 

Penutup Botol


Botol-botol plastik kegunaan harian


Beg dan plastik pembungkus

Gabus

Faedah kitar semula

Botol air mineral, botol-botol pelbagai guna seperti bekas syampu, bekas sabun, penutup botol pelbagai warna, beg plastik pembungkus serta  gabus penyerap hentakan dalam pembungkusan adalah antara contoh sisa plastik yang paling banyak dijumpai di mana-mana. Jadi kitar semula sisa barangan tersebut dapat menghasilkan pelbagai barangan berguna atau barangan yang sama dan sekaligus dapat mengurangkan jumlah sisa plastik yang dibuang. Berikut antara faedah lain kitar semula plastik:

i – Selamatkan alam sekitar dan hidupan daripada lambakan dan pencemaran sisa plastik.

ii – Menghasilkan peluang pekerjaan.

iii- Menjana pendapatan tambahan.

iv- Mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan gas beracun ke udara, kesan rumah hijau dan pemanasan global.

v- Mengurangkan penggunaan tenaga dalam penghasilan produk baharu.

vi-Mengurangkan penggunaan petroleum dalam pembuatan plastik dan memelihara sumber tersebut daripada kehabisan.

vii -Mengurangkan tapak pelupusan sampah yang boleh digunakan untuk faedah yang lain.

viii- Memupuk sikap sayangi alam sekitar dan sekaligus sifat tanggungjawab sesama manusia.

Berdasarkan pelbagai faedah tersebut amalan pengasingan sisa plastik haruslah dipupuk sedari kecil agar proses kitar semula menjadi lebih mudah dan lancar serta mengekalkan kehijauan bumi kita ini.

 

Masa depan teknologi kitar semula

Perkembangan kesedaran dalam kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar secara global menyebabkan pelbagai garis panduan, saranan dan strategi dalam proses kitar semula plastik digubal oleh pelbagai pihak. Jadi masa depan teknologi kitar semula adalah amat bergantung kepada pengguna, industri dan pihak berwajib untuk mengambil langkah yang wajar dalam memastikan proses kitar semula plastik dijadikan norma baharu dalam kehidupan harian. Keperluan infrastruktur kitar semula perlu dimodenkan agar lebih mudah dijejaki, efektif dan mesra pengguna. Kesedaran terhadap kitar semula plastik ini juga haruslah diterap bermula dari bangku sekolah, dimasukkan ke dalam silibus dan dipraktikkan setiap masa agar menjadi satu tabiat yang boleh diamalkan sehingga dewasa. Industri juga patut memainkan peranan dalam menghasilkan barangan yang boleh dikitar semula agar sejajar dengan keperluan sejagat.

 

Rujukan

Farah Hannan Anuar dan Azizah Baharum. 2021.. Kitar Semula dlm. 5R Praktis dan Peluang sunt. Muhamad Azry Khoiry, Noorezlin Ahmad Basri, Nurul Nazli Rosli: Penerbit UKM.

Trevor M. Letcher. 2020. Plastic waste recycling. Academic Press.

https://www.recycleandrecoverplastics.org/consumers/kids-recycling/plastics-can-become/

https://www.aaapolymer.com/history-of-plastic-recycling/

https://www.plasticsmakeitpossible.com/about-plastics/history-of-plastics/the-history-of-recycling-plastic/

https://www.conserve-energy-future.com/recyclingplastic.php

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Kimiakitar semulaPlastikPORCE UKM
ShareTweetShare
Previous Post

PENYU: Transisi Nilai bagi Masyarakat Kepulauan di Terengganu

Next Post

Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan

Umpun Bakau: Bukan Sekadar Umpan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In