23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Koya Nanas : Perosak Tanaman Nanas di Malaysia

Info Entomologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
27/07/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Mohammad Azizi Abdullah1,2, Dr. Izfa Riza Hazmi1 & Dr. Nurul Fatihah Abd Latip2

1Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.
2Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau, 02600, Arau, Perlis.

 

Pengenalan

Nanas merupakan antara buah-buahan tempatan yang popular di Malaysia. Nanas boleh diperolehi dalam pasaran sepanjang tahun dan tidak bermusim. Tempoh jangka masa pengeluaran nanas adalah antara 13 hingga 15 bulan selepas penanaman bergantung kepada varieti nanas yang ditanam. Merujuk kepada Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN), penanaman nanas kini dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara, dengan permintaan pasaran sekitar 100,000 setiap bulan. Namun begitu, kebelakangan ini sumbangannya kian menurun terhadap pasaran global. Penurunan ini sedikit sebanyak terkait dengan serangan serangga perosak dari spesies Dysmicoccus brevipes.

 

 

Dysmicoccus brevipes (Hemiptera: Pseudococcidae) atau juga dikenali sebagai Koya Nanas Merah Jambu merupakan antara perosak utama bagi tanaman nanas dan juga merupakan perosak penting bagi beberapa tanaman pertanian yang lain (Lopes et al. 2019). Kepentingannya sebagai perosak tanaman nanas sangat terkait dengan kemampuannya untuk menyebarkan virus yang berkaitan dengan penyakit layu koya. Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 2000 spesies koya di seluruh dunia, dan merupakan antara serangga perosak yang utama pada kebanyakan tumbuhan dan tanaman.

 

Ciri badan Koya Nanas

Koya dicirikan dengan serangga bertubuh lembut dengan badannya dilitupi lilin halus berwarna putih. Bentuk badannya memanjang dan bujur serta mempunyai pembahagian badan yang jelas antara kepala, toraks dan abdomen. Koya nanas mempunyai mulut berbentuk kon yang membantunya menghisap sap tumbuhan untuk mendapatkan makanannya. Kajian oleh Basavaraju et al. (2013) mendapati populasi koya lebih besar serta pembiakkannya adalah tinggi sepanjang musim panas berbanding musim sejuk. Walau bagaimanapun, pada musim hujan atau sejuk, populasinya kekal rendah.

 

Koya nanas merah jambu dewasa. Sumber : Pestnet

Biologi Koya Nanas

Koya nanas jantan dan betina menjalani kitar hidup yang berbeza. Koya nanas jantan menjalani kitar hidup lengkap, bermula dari peringkat telur, nimfa (3 peringkat), pupa (1 peringkat) dan dewasa. Manakala, koya nanas betina menjalani kitar hidup separa lengkap bermula dengan peringkat telur, nimfa (3 peringkat) dan dewasa (Basavaraju et al. 2013). Kebanyakan koya nanas mempunyai kitar hayat sekitar 95 hari, namun bergantung kepada kelembapan dan cuaca persekitaran, ia boleh berubah dalam julat antara 78 hingga 111 hari (Dey et al. 2018). Koya nanas betina boleh menghasilkan hingga 600 biji telur dalam satu-satu masa bergantung kepada spesiesnya.

 

Kerosakan oleh Koya Nanas

Berdasarkan kajian, serangan koya nanas ke atas tanaman nanas boleh mengurangkan hasil tanaman sehingga 20% sehektar (Husain 2021; Sarpong, Asare-Bediako & Acheampong 2017). Secara umumnya, terdapat dua spesies utama koya nanas yang dikenal pasti sebagai perosak kepada tanaman nanas iaitu Koya Nanas Merah Jambu (Dysmicoccus brevipes) dan Koya Nanas Kelabu (Dysmicoccus neobrevipes). Kedua-dua spesies koya ini menyerang di semua bahagian pokok, akan tetapi Koya Nanas Merah Jambu kebiasaannya berada di bahagian pokok yang terlindung. Selain itu, Koya Nanas Merah Jambu ini selalunya berkumpul di bahagian pangkal pokok di atas permukaan tanah yang dilindungi oleh daun-daun nanas.

Lazimnya, semut selalu dikaitkan dengan kehadiran koya sebagai agen penyebar yang perlu dikawal (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2020). Koya mengeluarkan madu sebagai makanan kepada semut, manakala semut pula menyediakan perlindungan dan pengangkutan kepada koya. Justeru, hubungan simbiosis ini menyebabkan penyebaran koya bertambah pantas.

 

Koya nanas merah jambu pada buah nanas dengan semut cenderung ke atasnya. Sumber : Projects.au

Mengikut penelitian yang telah dijalankan, kerosakan disebabkan oleh koya nanas boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Secara langsungnya koya menyerang tanaman dengan cara menghisap cairan sel pada pangkal daun, akar dan buah. Daun pokok yang diserang bertukar warna menjadi merah dari hujung hingga keseluruhan pokok menjadi layu kekeringan (Palma-jiménez & Blanco-meneses 2018). Selain itu, majoriti koya betina dewasa dan nimfa menghasilkan lebihan air dan gula sebagai madu. Bahan ini kemudiannya jatuh pada daun dan buah serta berfungsi sebagai substrat untuk pertumbuhan kulat jelaga. Cetakan jelaga berkenaan boleh menghalang proses fotosintesis, kualiti dan kebolehpasaran buah nanas (Qin et al. 2011). Manakala, serangan secara tidak langsung oleh koya nanas pula ialah dengan bertindak sebagai vektor (penyebar) dalam menyebarkan beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan masalah kepada pokok nanas seperti penyakit layu koya dan penyakit merah nanas. Penyakit yang disebabkan oleh virus ini boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan pengeluaran nanas serta boleh menyebabkan kematian pada tanaman nanas.

 

Kerosakan pada buat nanas disebabkan oleh koya nanas. Sumber : Projects.au

 

Langkah Pengawalan Koya Nanas

Merujuk kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (2020), beberapa langkah pengawalan koya telah disyorkan. Langkah pertama adalah dengan menggunakan sulur nanas sebagai bahan tanaman yang bebas daripada penyakit. Kedua, para pengusaha nanas juga perlu menjalankan kaedah amalan pertanian baik bermula dari fasa penyediaan kawasan. Ketiga, bahan tanaman yang akan digunakan perlu dicelup terlebih dahulu dengan menggunakan racun serangga (malathion) dan kulat (benomyl) sebelum ditanam. Akhir sekali, kehadiran semut sebagai agen penyebaran koya perlu dikawal selepas penanaman nanas dengan menggunakan umpan atau racun serangga. Selain daripada langkah-langkah yang disyorkan, penggunaan racun serangga organik juga merupakan pilihan yang baik. Penggunaan estrak daun semambu atau jatropha sebagai alternatif kawalan kepada koya mampu menggantikan racun sintetik dengan aplikasi penggunaan setiap 15 hingga 30 hari (Moniruzzaman et al. 2017). Manakala penggunaan minyak semambu juga berpotensi mengawal populasi koya di kawasan tanaman (Basavaraju et al. 2013).

 

Rujukan

Basavaraju, S.L., Revanappa, S.B., Prashant, K., Rajkumar, Kanatti, A., Sowmya, H.C., Gajanan, K.D. & Srinivas, N. 2013. Bio-ecology and management of arecanut scale, Parasaissetia Nigra (Neitner) and mealybug, Dysmicoccus Brevipes (Cockerell). Indian Journal of Agricultural Research 47(5): 436–440.

Dey, K., Green, J., Melzer, M., Borth, W. & Hu, J. 2018. Mealybug Wilt of Pineapple and Associated Viruses. Horticulturae 4(4): 52.

Husain, S.H. 2021. Personal communication (personal interview), Chief Agronomist Officer, Presica Sdn. Bhd. hlm. agronomist@presicaconnect.com.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. 2020. Pengurusan Tanaman Nanas.

Lopes, F.S.C., Oliveira, J.V. de, Oliveira, J.E. de M., Oliveira, M.D. de & Souza, A.M. de. 2019. Host plants for mealybugs (Hemiptera: Pseudococcidae) in grapevine crops. Pesquisa Agropecuária Tropical 49: 1–8.

Moniruzzaman, Zahira Yaakob, Rahima Khatun & Nadhirah Awang. 2017. Mealybug (Pseudococcidae) infestation and organic control in fig (<em>Ficus carica</em>) orchards of Malaysia. Biology and Environment: Proceedings of the Royal Irish Academy 117B(1): 25.

Palma-jiménez, M. & Blanco-meneses, M. 2018. Morphological and molecular identification of Dysmicoccus brevipes ( Hemiptera : Pseudococcidae ) in Costa Rica. Journal of Entomology and Zoology Studies 2(February 2017): 1211–1218.

Qin, Z., Wu, J., Qiu, B. li, Ren, S. & Ali, S. 2011. Effects of host plant on the development, survivorship and reproduction of Dysmicoccus neobrevipes Beardsley (Hemiptera: Pseudoccocidae). Crop Protection 30(9): 1124–1128.

Sarpong, T.M., Asare-Bediako, E. & Acheampong, L. 2017. Perception of Mealybug Wilt Effect and Management among Pineapple Farmers in Ghana. Journal of Agricultural Extension 21(2): 1.

 

Kredit Foto : lucidcentral

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Izfa Riza HazmiDr. Nurul Fatihah Abd LatipInfo EntomologiKoya NenasMohammad Azizi Abdullah
ShareTweetShare
Previous Post

Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

Next Post

Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian, Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan & Status Halal

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian, Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan & Status Halal

Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian, Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan & Status Halal

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In