23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kumpulan Darah & Risiko Covid-19

Info Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/10/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

 

Kajian kini tertumpu kepada idea individu dengan kumpulan darah jenis O mungkin mempunyai kelebihan sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Dua kajian yang telah diterbitkan pada awal bulan Oktober mencadangkan individu dengan darah jenis O mempunyai risiko rendah dijangkiti koronavirus.

Salah satu kajian itu melaporkan pesakit Covid-19 dengan kumpulan darah jenis O atau B menerima rawatan singkat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding individu kumpulan darah jenis A atau AB.  Mereka juga didapati kurang mengalami kegagalan buah pinggang atau memerlukan bantuan pernafasan

 

Pesakit Covid-19 dengan Kumpulan Darah Jenis O atau B

Kajian berkaitan yang diterbitkan oleh Blood Advances melaporkan secara puratanya pesakit Covid-19 kumpulan darah jenis A atau AB menerima rawatan di ICU selama 13.5 hari. Manakala pesakit Covid-19 kumpulan darah jenis O atau B menerima rawatan 4.5 hari lebih singkat berbanding pesakit kumpulan darah jenis A atau AB. Walaubagaimanapun, penyelidik tidak menemui sebarang hubung kait antara jenis darah dan masa rawatan pesakit di hospital.

Namun begitu, penyelidik mendapati hanya 61 % pesakit kumpulan darah jenis O & B memerlukan alat bantuan pernafasan berbanding 84 % pesakit kumpulan darah jenis A & AB.  Data rawatan dialisis juga menunjukkan pesakit kumpulan darah jenis A & AB lebih cenderung memerlukan dialisis berbanding pesakit kumpulan darah jenis lain-lain.

Penulis kajian tersebut menyimpulkan pesakit kumpulan darah jenis A & AB mengalami peningkatan risiko disfungsi atau kegagalan organ disebabakan jangkitan koronavirus berbanding pesakit kumpulan jenis darah O atau B.

Kajian bulan Jun melaporkan penemuan hampir serupa di Itali dan Sepanyol, penurunan risiko jangkitan koronavirus berat / teruk sebanyak 50 % diperhatikan ke atas  Pesakit kumpulan darah jenis O (masih memerlukan sokongan oksigen atau intubasi) berbanding pesakit dengan kumpulan darah jenis lain.

 

Pesakit Kumpulan Darah Jenis O & Kerentanan Jangkitan

Kajian Kedua bulan Oktober  melaporkan individu kumpulan darah jenis O mempunyai risiko rendah dijangkiti koronavirus berbanding individu lain.

Kumpulan penyelidik tersebut telah melakukan pemeriksaan Covid-19 ke atas hampir setengah juta individu di Belanda sejak Februari sehingga Julai. 4600 individu telah disahkan positif dan hanya 38.4 % individu didapati mempunyai kumpulan darah jenis O.

“Kumpulan darah O secara signifikan dikaitkan dengan kerentanan jangkitan”, ulas penulis kajian tersebut.

 

Kajian Lain Jenis Darah & Risiko Covid-19

Umumnya, jenis darah bergantung kepada kehadiran atau ketiadaan protein ( antigen A & B) pada permukaan sel darah merah (trait genetik diwarisi daripada induk).  Individu dengan darah jenis O tidak mempunyai sebarang antigen tersebut.

Kajian yang diterbitkan pada bulan Julai mendapati individu darah jenis O kurang diuji positif Covid-19 berbanding individu lain.  Kajian bulan April (dalam penilaian editor)  pula mendedahkan individu kumpulan darah jenis O merupakan peratusan minoriti daipada sejumlah 1559 individu yang disahkan positif koronavirus di Bandar New York.

Pada bulan Mac, satu laporan memetik lebih 2100 pesakit Covid-19 dikesan di sekitar Wuhan dan Shenzen.  Seperti dijangka, kadar jangkitan rendah dikesan pada individu dengan darah jenis O.

Kajian lepas juga melaporkan individu darah jenis O kurang dijangkiti SARS, yang mana berkongsi hampir 80 % kod genetik koronavirus baru. Kajian pada tahun 2005 di Hong Kong pula menunjukkan individu bukan darah jenis O yang telah dijangkiti SARS.

 

Kajian Lanjut Jenis Darah & Risiko Covid-19 

Pakar dan ahli perubatan tidak sependapat mengenai hubungan jenis darah dan risiko jangkitan koronavirus.

“dapatan kajian adalah tentatif…ia masih tidak mencukupi untuk menjadi isyarat pasti” ulas Dr. Eric Topol, Pengarah Scripps Research Translational Institute.

Kebanyakkan kajian genetik melibatkan kumpulan peserta besar berbanding kajian yang dilaporkan (hubungan jenis darah & risiko Covid-19). Maka penyelidik perlu melakukan kajian secara holistik ke atas semua kumpulan pesakit untuk menentukan hubung kait jenis darah & risiko jangkitan Covid-19.

Mypinder Sekhon (penulis bersama Vancouver study) mengulas, “kenyataan ini masih samar”. Beliau tidak setuju dengan idea jenis darah menggantikan risiko jangkitan lain seperti umur dan tahap kesihatan pesakit.  “Jika anda individu darah jenis A, anda tidak perlu panik. Jika anda individu darah jenis O, anda tidak bebas untuk ke pub atau bar” tambah beliau lagi.

 

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah diterbitkan, masih belum dapat diputuskan hubung kait jenis darah dan risiko jangkitan Covid-19 secara kualitatif mahupun kuantitatif.

Memetik pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ” Menyeru kepada semua masyarakat agar tidak leka dan kekal mematuhi SOP. Kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini.”

 

Kredit Foto : Edward Jenner daripada Pexels

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Info COVID-19Kumpulan Darah
ShareTweetShare
Previous Post

Kepelbagaian Spesies Cendawan Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Next Post

Peranan Statistik dalam Politik Negara

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Peranan Statistik dalam Politik Negara

Peranan Statistik dalam Politik Negara

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In