23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, November 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kurangkan Gula – Hindari Diabetes

Editor by Editor
25/10/2013
in Perubatan & Kesihatan, Rencana
0 0
0

Diabetes

Oleh : Lee Kuan Yee
Mahasiswa Sains Pembangunan UKM

 

Bajet yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri hari ini ( 25/10/2013) memansuhkan subsidi gula. Ia bertujuan untuk mengekang masalah kencing manis atau diabetes. Pengumuman tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana mereka bimbang berlaku peningkatan harga barang utama dan lazimnya disusuli kenaikan harga makanan lain pula. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula.

 

Diabetes ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. Akibatnya, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat. Terdapat dua jenis kencing manis iaitu jenis satu yang mana pesakit bersandarkan insulin dan jenis dua yang tidak bersandarkan insulin. Diabetes pertama berlaku akibat kerosakan pankreas dan biasanya dihidapi oleh orang muda. Diabetes kedua pula sering berlaku di kalangan mereka yang berusia kerana hormon insulin yang dihasilkan oleh badan tidak berfungsi sepenuhnya atau tidak mencukupi untuk keperluan tubuh. Diabetes kedua selalunya dikaitkan dengan obesiti dan boleh dikawal dengan mengubah cara hidup.

 [Baca: Sedap atau Sihat – Pilihan di Tangan Anda]

Seseorang penghidap diabetes akan mengalami simptom-simptom seperti kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini. Orang yang gemuk, obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

 

Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki. Hal ini bermakna terdapat banyak kesan yang dialami oleh seseorang penghidap diabetes. Antaranya adalah strok, kerosakan mata, penyakit darah tinggi, kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf, kekerapan kencing, haus, pengurangan berat badan dan mudah berasa letih-lesu.

 [Baca: Gelatin & MSG – Pastikan Halal]

Sehingga kini, masih tidak terdapat ubat yang spesifik untuk penyakit diabetes. Dengan itu, seseorang penghidap diabetes haruslah menjaga kesihatan mereka sebaik-baiknya dengan mengikut panduan yang diberikan iaitu mengambil makanan mengikut waktu, pelbagaikan jenis makanan, mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, pilih makanan tinggi serat seperti oat, jangan mengambil buah semasa perut kosong, jangan menambah gula dalam minuman dan kurangkan jumlah lemak tepu dalam diet. Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, mereka haruslah mengambil hidangan dalam masa 30 minit selepas suntikan. Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia. Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar Pemakanan.

 

Selain itu, pesakit diabetes juga harus mengelakkan makan makanan seperti gula, coklat, susu pekat, minuman ringan dan lain-lain lagi. Mereka juga harus mengurangkan makanan seperti daging kambing, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu. Tambahan pula, mereka juga harus menjaga berat badan, sentiasa melakukan senaman, mengelakkan jangkitan dengan sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa perlu menjaga kaki mereka bagi memastikan peredaran darah di bahagian kaki dapat mengalir dengan sempurna.

 

Secara umumnya, penyakit diabetes ini merupakan salah satu penyakit kronik. Dengan itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan diri daripada penyakit ini. Kawalan diabetes yang baik adalah kita boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh dicapai melalui mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah. Kita juga haruslah sentiasa melakukan senaman kerana senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu kita mengurangkan berat badan.

 

Secara tuntasnya, kita haruslah sentiasa menjaga kesihatan bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cergas seperti pepatah ‘badan cergas, otak cerdas’. Dengan ini, barulah kita dapat menjalankan kehidupan seharian dengan lancar dan hidup bahagia memandangkan benda yang paling berharga di dunia ini adalah kesihatan kita.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: diabetes insipidusdiabetes melitusgula berlebihan punca kencing maniskencing manispenyakit diabetesSubsidi gula dihapuskan
ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidikan UKM - Barah Payudara

Next Post

Teknologi Fabrik - Nyahbau Kentut

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

2 weeks ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

2 weeks ago
Kaedah Baharu membantu Penyembuhan Luka Kronik dengan lebih cepat
Berita & Peristiwa

Kaedah Baharu membantu Penyembuhan Luka Kronik dengan lebih cepat

2 weeks ago
Next Post
Teknologi Fabrik – Nyahbau Kentut

Teknologi Fabrik - Nyahbau Kentut

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In