23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lapisan Serium Oksida boleh Melindungi Peranti Elektronik Angkasalepas dan Sel Hidup daripada Sinar UV

Editor by Editor
21/06/2016
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Dr. Aniszawati Azis

Terdapat banyak sinaran radiasi yang melimpah dari angkasa – berasal daripada matahari dan lain-lain objek astronomi – sehingga walaupun berada di bumi dan di bawah lindungan atmosfera, sinaran UV masih terlalu kuat dan berupaya memusnahkan DNA dalam sel badan kita.

Di angkasa, kesan kemusnahan akibat sinaran amat ketara. Hakikatnya, sinaran ialah tenaga yang mampu merubah sifat bahan dan mengakibatkan kerosakan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya sinaran menyebabkan banyak masalah pada kapal angkasa, bermula daripada kemerosotan prestasi secara berperingkat sehinggalah kepada kegagalan alat-alat peranti elektronik.

Perlindungan daripada keamatan sinaran yang begitu tinggi merupakan cabaran yang sangat besar dan menjadikan ikhtiar manusia seperti yang digambarkan dalam filem The Martian seolah-olah suatu kenyataan. Cabaran yang sama perlu dihadapi apabila melibatkan peralatan luaran yang sensitif termasuk peralatan elektronik yang dipasang pada kapal angkasa tanpa manusia.

 

Matahari aktif - Sumber NASA’s Solar Dynamics Observatory
Matahari aktif – Sumber NASA’s Solar Dynamics Observatory

Perkara ini menjadi sebab mengapa penyelidik di Zhejiang University dan South China University of Technology di China begitu teruja apabila mereka berjaya mencipta bahan komposit baharu berasaskan kaca yang mampu menyerap sinaran UV dengan baik.

Bahan lut sinar yang diperbuat daripada serium (IV) oksida itu mampu menghalang sinaran UV dan tegar terhadap kesannya untuk jangka masa panjang. Malah melangkaui kesesuaiannya dalam melindungi peralatan elektronik di angkasa, bahan ini juga boleh digunakan untuk melindungi sel hidup daripada sinaran UV di bumi.

[Baca – Aplikasi Grafin: Membran Penapis Sisa Nuklear]

Menurut laporan media yang dipetik daripada The Optical Society, yang kini diterbitkan dalam Optical Materials Express, seramik-kaca lut sinar itu mampu menghalang pemisahan elektron dan lohong yang biasanya terjadi dalam bahan apabila disinari cahaya, justeru memperlahankan kemusnahan bahan secara keseluruhan.

Para saintis tersebut menghasilkan bahan ini menggunakan kaedah sol-gel iaitu kaedah yang sama digunakan untuk menghasilkan penyerap UV lain daripada logam oksida termasuk yang mengandungi zink dan titanium oksida.

Untuk menghasilkan kaca, para saintis bermula dengan menghasilkan sol (larutan) yang kemudiannya dibiarkan kering secara perlahan – beberapa minggu – untuk mengubahnya menjadi gel. Kemudian gel dikeringkan lagi sehingga tiada lembapan lantas menjadi kaca. Akhir sekali, kaca yang terhasil diberikan rawatan haba.

Para penyelidik menyatakan bahawa kunci kepada keupayaan bahan ini menghalang sinaran terletak pada had penghabluran nano yang berlaku melalui kaedah ini.

“Had-diri (self limited) dalam proses penghabluran nano bagi kaca ini boleh dicapai dengan mengambil kira sekitaran tegar dalam matriks keadaan pepejal, berbanding keadaan konvensional cecair dan wap, untuk modulasi kinetik pergerakan ion,” kata penulis Shifeng Zhou dalam laporan OSA. “Pertimbangan ini membolehkan kami mencipta seramik-kaca dengan struktur nano CeO2:florin terbenam di dalamnya.”

Menurutnya lagi, “Matriks kaca yang likat menyediakan kekangan yang wajar untuk resapan ion oksida dan florida. Dengan itu, trifloroserium (CeF3) dalam matriks tersebut akan berubah secara berperingkat oleh ion oksida sehingga menghasilkan CeO2 dengan dop florida. Proses ini berlaku dalam aturan yang terkawal.”

[Baca: Google Failkan Jam Tangan Ujian Darah Tanpa Jarum Suntikan]

Paling penting, penyelidik menegaskan bahawa mereka menemui kaedah pemfungsian kaca melalui kejuruteraan struktur mikro, dan penyempurnaan ini bakal melahirkan bahan baharu untuk pelbagai aplikasi lain.

“Kaca yang kami peroleh menunjukkan kualiti optik yang cemerlang dan mudah dihasilkan sama ada dalam bentuk filem mahupun dalam bentuk pukal,” kata Zhou pada sidang media. “Bahan ini melindungi pewarna organik dan sel hidup daripada kemusnahan akibat sinaran UV.”

Dalam laporan, penulis memaklumkan bahawa selain menjadi pelindung kepada biologi dan peranti elektronik di angkasa, bahan kaca ini juga mampu memelihara barangan tinggalan sejarah.

“Kami akan terus mengkaji cara untuk menghasilkan filem seumpama ini pada skala besar memandangkan kepentingannya dalam aplikasi sebenar,” Zhou memberitahu lagi. “Kumpulan kami akan terus mengkaji pemfungsian kaca berpandukan kejuruteraan struktur mikro kerana kami percaya bahawa kajian asas ini akan menjadi penting dalam industri kaca.”

Kertas kerja yang diterbitkan dalam Optical Material Express bertajuk “Glass composite as robust UV absorber for biological protection”.

SUMBER: ceramic.org

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

50 Dalil Kenapa LTE Bukan Rangkaian 4G

Next Post

China Bina Superkomputer Terpantas Dunia

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

7 days ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
China Bina Superkomputer Terpantas Dunia

China Bina Superkomputer Terpantas Dunia

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In