23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 11, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

LESTARI Budayakan Pengurusan Alam Sekitar

Editor by Editor
05/01/2010
in Bicara Saintis
0 0
0

ASIA PACIFIC GEOPARKS

Oleh : Profesor Dato' Dr Ibrahim Komoo [ Biografi ringkas ]

Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

http://www.lestari.ukm.my

PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia. Dua tahun berikutnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mewujudkan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan atau dikenali Lestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi kebangsaan dan serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari melalui penyelidikan dan latihan. Selepas sekian lama dibangunkan, pada  1 Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15. Marilah kita ikuti perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan awam. Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu kelestarian dalam konteks ekosistem bandar, ekosistem persisiran, kepelbagaian biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar. 1

 

Bagaimanapun, pencapaian paling menyerlah ialah apabila Lestari bersama rakan strategiknya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor berjaya menghasilkan dokumen polisi dan implementasi ‘Agenda 21 Selangor’. Cadangan ini diterima pakai kerajaan Selangor untuk melaksanakan agenda pembangunan lestari peringkat negeri, menjadikan Selangor negeri pertama di Malaysia menyahut tuntutan global melaksanakan pembangunan secara lestari. Salah satu komponen penting Agenda 21 Selangor ialah keperluan mewujudkan dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Pembangunan yang pesat di Selangor, diikuti permintaan untuk membangun di kawasan berbukit dan tadahan air memerlukan dasar yang kukuh untuk mengawal pembangunan di kawasan sensitif. Hari ini, dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar bukan saja digunakan di Selangor, malah diguna pakai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia sebagai dasar pembangunan lestari kebangsaan, khususnya untuk merancang pembangunan di kawasan bukit. Kajian oleh penyelidik Lestari mengenai Status Alam Sekitar dan Keupayaan Tampungan Pulau Sipadan pula, membuka lembaran baru kepada Lestari. Penyelidikan bagi pihak Bahagian Keselamatan Negara meletakkan Lestari berada pada kedudukan kritikal sebagai penasihat saintifik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Sabah untuk menentukan hala tuju pembangunan Sipadan. Sipadan penting untuk Kerajaan Pusat dalam konteks keselamatan negara kerana isu tuntutan bersama Malaysia-Indonesia dan kedudukannya paling selatan di Sabah. Bagi kerajaan negeri Sabah pula, Sipadan adalah permata untuk pelancongan selam skuba yang boleh menjana ekonomi tempatan. Pada masa sama, pulau paling sensitif daripada perspektif alam sekitar sedang menuju kemusnahan. Input akademik berjaya membawa kesepakatan antara Kerajaan Pusat dan negeri untuk melaksanakan perancangan pembangunan Sipadan secara lestari. Pembabitan Lestari dengan beberapa agensi Kerajaan Pusat, khususnya beberapa jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membolehkan hasil penyelidikan disalurkan terus kepada pembuat dan pelaksana dasar. Projek Sekolah dan Bandar Lestari bersama Jabatan Alam Sekitar membolehkan idea kelestarian diserapkan dalam pelbagai program dan aktiviti sekolah dan bandar terpilih secara berterusan. Projek berasaskan kepada penyediaan garis panduan untuk anugerah sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian ini telah menjadi pencetus inisiatif kebangsaan untuk kebanyakan sekolah dan bandar merancang aktiviti ke arah pembangunan lestari. Kejayaan paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan global ialah apabila Lestari bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk membangun kepulauan Langkawi sebagai Geopark Global. Penyelidikan saintifik secara berterusan mengenai sumber warisan geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di Langkawi dibangunkan dengan menggunakan sumber warisan alam. Pencapaian ini membolehkan Jaringan Geopark Global yang dipelopori Unesco mengangkat Langkawi sebagai satu-satunya Geopark Global di Asia Tenggara. Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark, dan kini sering dirujuk dan dijemput untuk membantu beberapa negara di Asia, terutama China, Jepun dan Korea, membangunkan geopark mereka. Usaha berterusan menjalin hubungan berasaskan konsep menang-menang, meletakkan Lestari sebagai rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi kerajaan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini Lestari sering diundang untuk menerajui atau bersama merangka dasar dan pendekatan baru, khususnya yang berkaitan dengan inisiatif pembangunan lestari. Lestari terbabit bersama Majlis Keselamatan Negara merangka pelan tindakan kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana berasaskan Kerangka Tindakan Hyogo; terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memperkemas isu berkaitan tadbir urus bahan kimia berbahaya; pengurusan sumber air secara terintegrasi (IWRM) dan menyediakan dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim. Bersama Unit Perancangan Ekonomi, penyelidik lestari diberi penghormatan merangka Penunjuk Pembangunan Lestari (SDI) yang bakal digunakan untuk memantau pembangunan negara masa depan secara lestari. Lima belas tahun adalah masa singkat untuk membangun sebuah institusi penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak pantas dan kini berada pada kedudukan dihormati. Apakah ramuan kejayaan ini? Sebagai orang dalam, saya melihat gabungan kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah faktor yang menentukan kejayaannya. Bagaimanapun, strategi menyediakan sekitaran bekerja sebagai satu pasukan dan penekanan kepada aktiviti jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu mencapai kejayaan. Alam sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat dengan pembangunan pada peringkat tempatan. Isu asas, bukan untuk memilih sama ada alam sekitar atau pembangunan, tetapi ia membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan kedua-dua secara bersama daripada perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini bukan untuk kepentingan alam sekitar atau pembangunan, tetapi untuk memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini untuk terus hidup. Bagaimanapun, saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani isu ‘alam sekitar dan pembangunan’. Melihat kepada beberapa isu genting seperti pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai, degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap kepenggunaan dan pengurusan sampah-sarap, gejala sosial, kita masih belum jauh bergerak daripada takuk lama. Sekiranya kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan keprihatinan mengenai kesejahteraan komuniti meningkat – mengapa gagasan pembangunan lestari masih belum menyerap ke dalam urat dan nadi seluruh jentera pembangunan negara? Mengapa negara yang proaktif dalam banyak perkara, dan memegang slogan ‘Malaysia Boleh’ sukar menyerahkan jiwa dan raga untuk melaksanakan gagasan pembangunan lestari? Inilah persoalan yang masih belum dijawab oleh Lestari. Persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Malaysia – individu, komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.

 

Catatan Editor:// Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM yang juga Pengarah Bersekutu Pengasas Lestari. Artikel ini pernah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2009. Pihak editorial  mengambil inisiatif untuk memuatkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan bertulis dari Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Alam Semulajadibudaya saintifikKemusnahanMalaysiaPusat PenyelidikanSaintis Melayusaintis muslim
ShareTweetShare
Previous Post

Gerard’t Hooft : Menyusun Teka-teki Alam Semesta Dengan Fizik Partikel

Next Post

Bahasa, Budaya dan Khazanah Ilmu Pengetahuan

Editor

Editor

Related Posts

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

4 days ago
Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik
Berita & Peristiwa

Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik

6 months ago
Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor
Alam Semulajadi

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

8 months ago
Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

1 year ago
Next Post
Bahasa, Budaya dan Khazanah Ilmu Pengetahuan

Bahasa, Budaya dan Khazanah Ilmu Pengetahuan

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In