23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lesu Upaya Digital Akibat Pandemik yang Berpanjangan

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
24/10/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh :  Dr. Anis Shahirah Abdul Sukur1 & Dr Siti Suriani Othman2
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia1 & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia2

 

Pandemik COVID-19 bukan sahaja memperkenalkan istilah seperti Delta dan Lambda, malah mengakibatkan perkataan lesu upaya mula meniti di bibir pelbagai lapisan masyarakat. Pada mulanya, lesu upaya sering dikaitkan dengan petugas barisan hadapan yang berjuang menentang virus COVID-19.

Lesu upaya berlaku akibat tekanan berlebihan yang berlaku dalam jangka masa panjang. Gejala ini bukan sekadar melibatkan mental manusia, malah memberi kesan terhadap fizikal dan emosi. Tambah merunsingkan apabila lesu upaya bukan sekadar berlaku dalam kalangan individu yang berprestasi rendah, sebaliknya turut melibatkan golongan profesional seperti kakitangan perubatan akibat tekanan dan keletihan berpanjangan.

Misalnya, isu kekurangan dan kebajikan petugas kesihatan, kemudahan perubatan yang terhad dan pertambahan luar biasa bilangan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sememangnya membawa keletihan kepada petugas barisan hadapan. Ramai yang mengalami lesu upaya apabila terpaksa berjuang dalam tempoh masa yang panjang yang bagaikan belum ada penghujungnya ini.

Gejala lesu upaya bukan sahaja berlaku dalam kalangan barisan hadapan negara. Bagaikan kesan domino, sektor pendidikan negara turut terjejas. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan telah mengakibatkan landskap pendidikan negara berubah 360 darjah.

Suasana pembelajaran yang dahulunya dijalankan secara bersemuka telah berubah wajah menjadi dalam talian sepenuhnya. Pelajar yang dahulunya aktif menghadiri kuliah dan latihan praktikal di universiti, kini terpaksa menyiapkan kesemua tugasan di dalam bilik secara bersendirian.

Perbincangan tugasan secara berkumpulan di kafeteria atau restoran makanan segera adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan semasa PKP. Kemudahan asas di universiti seperti perpustakaan dan pusat sukan juga tidak boleh dikunjungi secara bebas. Setiap pergerakan manusia mula menjadi terkekang dan segala-galanya semakin beralih arah kepada teknologi.

 

Sumpahan atau Nikmat Kemudahan?

Ungkapan “kini segala-galanya di hujung jari” bagaikan satu sumpahan pada era pandemik ini. Teknologi yang dahulunya berperanan membantu meningkatkan produktiviti dan memudahkan tugasan telah bertukar menjadi talian hayat dalam pembelajaran. Pastinya itu satu nikmat kemudahan kepada semua tetapi dalam waktu yang sama, kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi boleh membawa kepada fenomena lesu upaya digital.

Lesu upaya digital berlaku akibat penggunaan peranti digital secara berpanjangan dan berterusan tanpa kawalan. Dalam masa yang sama, ada golongan yang ketagih menggunakan peralatan digital yang turut memberi kesan pada emosi, mental dan fizikal. Bagi golongan pelajar, akses berpanjangan terhadap portal pendidikan juga mengakibatkan pelajar mengabaikan masa untuk diri sendiri dan keluarga

Keperluan pengajaran dan pembelajaran pula kadang kala memaksa sesetengah pelajar mengurung diri di bilik untuk menyiapkan tugasan dan menghadiri kuliah secara dalam talian.

Malah, tidak dinafikan berlaku pergaduhan sesama ahli keluarga juga tercetus apabila wujud keperluan mendesak untuk menggunakan peranti elektronik untuk tujuan pembelajaran sehingga menyebabkan adik-beradik saling berebut telefon bimbit untuk menghadiri sesi kuliah dalam talian dan sesi pembelajaran lain yang semuanya memerlukan peranti.

Tahap kebergantungan ini dapat dilihat apabila ada yang seakan-akan hilang pedoman apabila mengalami gangguan Internet atau kerosakan pada komputer riba dan telefon bimbit yang dimiliki. Pengalaman salah seorang penulis ketika mengajar di China pada 2015 agak mengejutkan kerana seorang pelajar menyatakan sebab lewat menghantar tugasan adalah kerana kerosakan telefon bimbit. Rupa-rupanya di China, hampir semua kegiatan dalam talian dibuat menerusi telefon pintar. Tahap kebergantungan terhadap telefon pintar seperti ini masih belum di tahap ini di Malaysia.

 

Kawalan Kendiri

Dengan kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi, tidak dapat dinafikan lesu upaya digital sememangnya mula membarah dalam masyarakat. Namun, masih belum ada penyelesaian secara mutlak bagi isu ini selagi manusia masih bergantung pada teknologi. Keterbatasan dalam pergerakan seharian dan pandemik COVID-19 yang semakin mengganas dengan pelbagai varian baharu hanya menambah luka kepada kecederaan mental, emosi dan fizikal yang sedang dialami sesetengah daripada kita.

Namun, sungguhpun belum ada kaedah khusus untuk menanganinya, ada inisiatif yang boleh diambil untuk mengurangkan lesu upaya digital. Antaranya adalah dengan mengamalkan kawalan kendiri dengan mengelakkan ketagihan teknologi. Penggunaan media sosial dikawal dan menetapkan jadual penggunaan Internet. Matikan notifikasi e-mel pada waktu malam atau waktu rehat. Kitalah yang mempunyai kuasa untuk menentukan waktu e-mel dibaca dan bukannya e-mel yang mengawal waktu kita bekerja.

Memang tidak dinafikan, dalam era digital ini manusia bekerja merentas waktu siang dan malam. Namun, harus kita meletakkan hak ditempat sewajarnya. Misalnya, waktu malam dan hujung minggu adalah waktu untuk berehat dan meluangkan masa bersama ahli keluarga. Asingkan antara kenalan maya dengan kehidupan sebenar supaya hidup lebih teratur dan tidak begitu banyak masa yang tercurah dengan kegiatan dalam talian yang pastinya tidak semuanya bermanfaat.

Dalam pada itu, manusia juga memerlukan rehat yang bukan sekadar diertikan sebagai tidur. Rehatkan mata dengan mengelak daripada memandang skrin komputer riba atau telefon bimbit terlalu lama.  Itupun berehat. Rehatkan minda daripada perkara negatif sepanjang pandemik dan amalkan gaya hidup sihat. Itupun berehat. Bersama-samalah kita berusaha mengurangkan lesu upaya digital agar kita kekal sihat dan sejahtera, kerana pandemik kita sendiri belum pasti bila penghujungnya dan apa pengakhirannya.

 

Kredit Foto: Karolina Grabowska & Pexels

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Siti Suriani OthmanDr. Anis Shahirah Abdul SukurInfo KesihatanLesu Upaya
ShareTweetShare
Previous Post

Warna-Warni Hidrogen

Next Post

Ilmu Odontologi Forensik: Pengecaman Identiti Manusia Melalui Gigi

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

22 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Ilmu Odontologi Forensik: Pengecaman Identiti Manusia Melalui Gigi

Ilmu Odontologi Forensik: Pengecaman Identiti Manusia Melalui Gigi

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In