23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau

Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau

Editor by Editor
06/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0

Oleh: Dr. Nurulafifah Yahya, PhD
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Meredah hutan bakau demi mencari rezeki buat keluarga sudah menjadi resam kehidupan komuniti pesisir pantai. Hasil bumi yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.Jika tidak ke laut untuk menangkap ikan, mereka akan mencari spesis kerang-kerangan yang boleh didapati di ekosistem bakau.

Lokan antara yang dapat memberi pulangan lumayan kepada si pemburunya. Lokan yang segar iaitu yang masih bercengkerang dijual pada harga RM4 – RM7 per kilogram dan harga isi lokan sahaja boleh mencecah RM30 per kilogram. Lokan bukan sahaja dijual di pasar-pasar awam, malah pasaran lokan sudah mula memasuki penjualan dalam talian dan mula dijual melalui media sosial.

Hebatnya pemburu haiwan bercengkerang adalah ini kerana mereka menggunakan pancaindera mereka untuk mengenalpasti lokasi si haiwan. Tidak seperti kerang darah yang kaedah penangkapannya menggunakan alat khas dan dapat mengutip dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Pencari lokan menggunakan deria pendengaran mereka untuk mengesan bunyi “pop” yang dihasilkan oleh lokan apabila menutup cengkerangnya.

Penglihatan mereka juga tajam kerana boleh mengesan kelibat lokan ini disebalik celahan akar pokok bakau semasa air surut. Sebelum air surut sepenuhnya mereka mencari lokan dengan melihat pada pusaran air yang dihasilkan oleh lokan semasa menapis makanan. Ibarat sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Begitu la hebatnya komuniti pencari lokan ini.

Namun begitu, untuk golongan amatur seperti saya dan rakan-rakan, kaedah itu kelihatan sukar bagi kami. Penglihatan dan pendengaran kami juga tidak setajam mereka. Walau bagaimanapun, untuk aktiviti penyelidikan, kami perlu mendapatkan sendiri sampel-sampel lokan ini di habitatnya kerana ada faktor-faktor persekitaran yang perlu diambil kira.

Kami bertuah kerana Encik Kamaruddin atau mesra disapa Pok Din, salah seorang nelayan di Kuala Setiu tidak lokek untuk berkongsi pengalaman beliau. Beliau mengajar kami mencari lokan menggunakan pisau atau parang dengan melorekkan alat tersebut pada permukaan tanah. Hasil lorekan yang membuahkan hasil akan menghasilkan bunyi seperti ketukan. Kaedah ini lebih mudah tetapi mengambil sedikit masa

Di bawah seliaan Prof. Dr. Zainudin Bachok dan Dr. Izwandy Idris, saya bersama rakan-rakan penyelidik telah memulakan kajian ke atas lokan di Tanah Bencah Setiu. Kajian yang dilakukan meliputi aspek biologi dan ekologi lokan di hutan bakau di Tanah Bencah Setiu. Hasil dapatan kajian kami bersama rakan-rakan penyelidik (Puan Shaharul Suhaila Ismail, Muhammad Arif Samshuri, dan Nor Azri Shah Norhan) terhadap morfologi dan genetik lokan di Setiu mendapati lokan di sini terdiri daripada satu spesis iaitu Geloina expansa (sebelum ini dikategorikan kepada dua spesis). Taburan spesis ini terdapat di wilayah Indo Pasifik Barat, dari India ke Australia. Di Malaysia, lokan boleh dijumpai di hutan bakau Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

Lokan dikenali sebagai spesis yang tahan lasak kerana lokan boleh hidup di kawasan bakau yang mempunyai julat saliniti yang tinggi iaitu 13 – 30 ppt. Bahkan lokan juga mampu hidup di dalam saliniti 0 dan 40 ppt tetapi hanya untuk beberapa hari. Lokan juga boleh hidup beberapa hari tanpa air selepas dikeluarkan dari habitatnya. Bahkan kajian membuktikan lokan mampu hidup dalam tempoh 14 hari tanpa air.

Lokan yang telah mati akan terbuka cengkerangnya dan berbau busuk. Lokan boleh dijumpai di dalam pasir yang bercampur dengan lumpur. Di Tanah Bencah Setiu, lokan banyak terdapat berdekatan spesis bakau seperti Rhizophora apiculata (bakau minyak) dan Nypa fruticans (pokok nipah).

Lokan adalah spesis haiwan yang mendapatkan makanannya dengan menapis air dari persekitaran. Lokan boleh menapis air dalam kuantiti yang banyak dan membantu menjernihkan air di kawasan sekeliling. Pergerakan lokan yang perlahan dan kebolehan menapis air dari persekitaran menjadikan lokan salah satu haiwan yang digunakan sebagai penunjuk biologi untuk menentukan kualiti persekitaran sesuatu kawasan.

Para penyelidik oseanografi kimia UMT menganalisis akumulasi logam dalam tisu lokan dengan menggunakan kepekatan logam yang berbeza pada tempoh pendedahan yang berbeza. Hasil kajian mendapati kepekatan logam di dalam sedimen menurun manakala kepekatan logam di dalam tisu lokan bertambah. Ini menunjukkan bahawa lokan mengakumulasi logam di dalam sedimen tersebut ke dalam tisunya.

Lokan boleh didapati sepanjang tahun. Akan tetapi pada musim tengkujuh pencari lokan tidak dapat turun ke lapangan untuk mencari lokan atas faktor hujan lebat ditambah pula fenomena air pasang menyebabkan paras air yang tinggi dan tidak sesuai untuk mencari lokan. Disebabkan lokan mudah didapati dan dicari, maka timbullah isu apakah status populasi haiwan ini di Tanah Bencah Setiu. Kajian ini penting agar kita dapat menentukan sama ada status populasi haiwan ini berada dalam keadaan normal atas sudah mula terjejas. Sekumpulan penyelidik di Teluk Marudu, Sabah telah merekodkan kadar eksploitasi lokan yang tinggi iaitu 0.7 (>0.5 diklasifikasikan sebagai eksploitasi berlebihan). Angka ini melebihi angka yang direkodkan di Palawan, Filipina (0.62). Namun, status di Tanah Bencah Setiu masih tidak diketahui.

Kerja-kerja mengumpul data ini tidak begitu sukar, tetapi memakan masa sehingga 18 bulan untuk mendapatkan data yang baik. Aktiviti mencari lokan dilakukan dengan santai tetapi pantas dengan adanya bantuan daripada rakan-rakan (Noor Shahida, Nur Najwa, Nurul Ain, Nur Amalina, Raveena Kim, dan Fadzli). Lokan-lokan dicari secara rawak dengan menggunakan teknik yang diajar oleh Pok Din tanpa mengira perbezaan saiz. Semua sampel dibawa ke makmal untuk proses mengukur, menimbang, dan seterusnya dikeringkan di dalam oven. Proses ini mengambil masa 2 hari untuk diselesaikan dan proses tersebut berulang setiap bulan. Data yang direkodkan setiap bulan akan dianalisis menggunakan FAO-ICLAM stock assessment tool (FiSAT II).

Lokan yang berjaya dikumpulkan bersaiz antara 1.05 – 7.25 cm dan mempunyai berat di antara 0.25 – 92.87 g. Hasil analisis menggunakan FiSAT II, saiz lokan boleh mencapai saiz sehingga 7.36 cm. Walau bagaimanapun, saiz lokan sebenarnya boleh melebihi 10 cm tetapi sangat sukar dijumpai. Saiz yang biasa dijumpai adalah dalam lingkungan 7 cm. Lokan matang dan mula menghasilkan telur pada saiz 3.6 cm. Eksploitasi berlebihan berlaku apabila nilai eksploitasi melebihi 0.5 seperti yang berlaku di Teluk Marudu dan Palawan. Namun nilai eksploitasi direkodkan di Tanah Bencah Setiu adalah 0.47 dan nilai ini masih di dalam kategori optimum. Ini adalah berita baik kerana kominiti setempat berjaya menjaga kelestarian haiwan ini agar boleh dinikmati dalam jangkan masa panjang. Sungguhpun nilai tersebut tidak diklasifikasikan sebagai ekploitasi berlebihan, namun nilai kesedaran harus terus dipupuk untuk generasi akan datang.

Gambar1. Lokan yang boleh dilihat dengan mata kasar di celah-celah pokok bakau ketika air surut.
Gambar 2. Tanah dilorekkan dengan menggunakan parang atau pisau untuk mencari lokan yang berada di dalam sedimen
Gambar 3. Lokan yang dikumpulkan dibawa ke Makmal Oseanografi Biologi dan Biodiversiti INOS untuk diukur, ditimbang, dan dikeringkan.

#LiterasiLautanUntukSemua

ARTIKEL BERKAITAN

Ketam Bakau, Jurutera Ekosistem Paya Bakau
Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu
Pembinaan Indeks Darah Penyu Pertama Negara
Peranan Angin Monsun Dalam Kelansungan Populasi Penyu
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Potensi Produk Kecantikan Daripada Ubur-ubur
Ketahui cara Hipnosis Anak Penyu
Sains Huraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup
Ego Manusia yang Sering Menyalahkan Biawak
Pengeraman Telur Penyu dicemari Plastik
Manusia dan Ikan Yu; Siapa yang Lebih Rakus
Kemunculan Populasi Ubur-ubur Beracun di Pantai Perairan Terengganu

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kajian UMTlokanpaya bakau
ShareTweetShare
Previous Post

Hiperhidrosis, Gejala Peluh Berlebihan: Bolehkah dirawat?

Next Post

Sifar Sisa: Model Terbaik Dalam Urus Tadbir Sisa Buangan Industri Sawit

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Sifar Sisa: Model Terbaik Dalam Urus Tadbir Sisa Buangan Industri Sawit

Sifar Sisa: Model Terbaik Dalam Urus Tadbir Sisa Buangan Industri Sawit

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In