23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Malaysia Berpotensi Proses Nadir Bumi

Editor by Editor
03/02/2013
in Berita & Peristiwa
0 0
0


                                                    Unsur nadir bumi dalam Jadual Berkala


Malaysia berpotensi menjadi sebuah negara yang mampu memproses unsur nadir bumi sendiri dalam tempoh sepuluh tahun akan datang dengan mengambil kira beberapa faktor sebelum ia berjaya direalisasikan.
Pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Radzali Othman berkata, nadir membawa maksud jarang ditemui dan unsur nadir bumi adalah unsur kimia yang wujud dalam peratusan kecil di muka bumi termasuk di kawasan lombong bijih timah, tanah liat dan lain-lain.
Katanya, nadir bumi kebiasaannya hadir bersama-sama sumber atau bijih tertentu yang boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai bahan termaju, termasuk dalam industri automotif seperti pembuatan kereta hybrid, pemacu dalam komputer dan sebagainya.

[Baca : Wawancara Isu Lynas Bersama Pengerus AELB]

“Jika melihat kepada situasi semasa, masyarakat cenderung melihat pemprosesan nadir bumi dalam perspektif negatif dengan anggapan kesemua unsur nadir bumi mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada keselamatan dan kesihatan.
“Hakikatnya, tidak semua unsur nadir bumi berbahaya dan mengandungi bahan radioaktif tinggi, misalnya nadir yang diekstrak dari sumber yang berasaskan tanah liat. Sebenarnya ia jauh lebih selamat dan tidak memudaratkan,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena penganjuran Persidangan Serantau Kejuruteraan Bahan ke-5 (RCM5) dan Persidangan Serantau Sumber Asli dan Bahan ke-5 (RCNRM5) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Dekan PPKBSM, Prof. Hanafi Ismail dan dua pembentang ucaptama, Pengerusi Pengasas Texchem Group, Tan Sri Dato’ Seri Fumihiko Konishi serta Profesor Ahmad Fauzi Mohd. Noor (USM).
Radzali yang turut berperanan sebagai pengerusi persidangan berkata, teknologi dan pengetahuan dalam pengurusan serta pemprosesan nadir bumi telah wujud di negara ini, termasuk tenaga pakar yang dihantar melanjutkan pengajian dan latihan di luar negara.
“Tapi ia juga turut disertai dengan beberapa cabaran termasuk keperluan kos yang tinggi untuk menguruskan nadir bumi ekoran daripada sifatnya yang jarang ditemui dan hanya terdapat di lokasi-lokasi tertentu.
“Para pelabur juga melihat perkara ini dengan terperinci kerana ia melibatkan kos serta perlu melalui satu proses yang panjang,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, persidangan dua hari itu yang melibatkan penyertaan lebih 150 peserta dari dalam dan luar negara memberi penekanan ke atas pelbagai isu semasa yang menjadi tumpuan serantau dan global.
Antara isu yang dilihat termasuk bahan dalam kegunaan perubatan, bahan untuk alam sekitar, tenaga baru dan boleh diperbaharui, sains dan kejuruteraan bahan, bahan elektronik dan bahan nano dalam RCM5.
Sebaliknya, dalam RCNRM5 tumpuan akan diberikan ke atas kejuruteraan geologi dan persekitaran, perlombongan dan pemprosesan mineral, sumber asli/bahan, dan juga pemprosesan serta kegunaan unsur nadir bumi dalam bahan termaju.
Sumber : www.usm.my
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: apa itu nadir bumibicara saintis tentang lynaskepentingan logam nadir bumilogam nadir bumi
ShareTweetShare
Previous Post

UTM-MIT Lancar Projek Blossom

Next Post

Bakteria Baru Untuk Perangi Aedes di Sarawak

Editor

Editor

Related Posts

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

1 hour ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

2 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

3 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

4 days ago
Next Post
Bakteria Baru Untuk Perangi Aedes di Sarawak

Bakteria Baru Untuk Perangi Aedes di Sarawak

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In