23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Malaysia Kurang Pakar Astronomi

Editor by Editor
20/08/2015
in Astronomi & Kosmologi, Bicara Saintis
0 0
0

Oleh Laupa Junus

Prof. Dato Dr. Mohd Zambri Zainuddin bukan asing dalam penyelidikan astronomi semasa berkhidmat di Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Malaya. Justeru beliau mahu supaya bidang tersebut diperhebatkan meskipun berdepan dengan kekangan. Ikuti luahan beliau dalam temuramah di bawah.

Apakah kepakaran Datuk? Jelaskan secara ringkas?

Secara ringkas kepakaran saya adalah dalam bidang astronomi dan astrofizik. Saya mengkaji mengenai perilaku bintang ketika ia dilahirkan sehingga mati. Maknanya mengkaji kitaran hidup dan kematian bintang yang pelbagai jenis melalui kaedah spektroskopi astronomi. Selain itu, saya juga mendalami ilmu berkaitan Astronomi Islam iaitu bidang astronomi yang berkaitan dengan kenampakan hilal (anak bulan)- yang menentukan takwim hijrah, waktu solat dan penentuan arah kiblat dan akhir sekali ialah memberi pendedahan tentang pentingnya pendidikan dan penyelidikan astronomi di Malaysia.

IIUM-majalahsains                                             Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin
Area of Specialization:Islamic Astronomic, Astrophysics and Astronomy Education (Sumber-ISTAC)

Secara peribadi, saya masih lagi belum berpuas hati dengan pencapaian dari segi penyelidikan mengenai astronomi ini kerana peruntukan penyelidikan adalah amat terhad. Ini adalah kerana bidang ini lebih kepada penjanaan ilmu bukan untuk tujuan komersial. Oleh itu, ia boleh dikatakan bukan menjadi keutamaan dalam peruntukan kewangan penyelidikan. Mungkin juga negara kita belum mempunyai bilangan kepakaran yang mencukupi dalam bidang ini membuatkan permohonan peruntukan kecil.

Apakah perkara yang paling membanggakan dan paling mengecewakan Datuk sejak penglibatan dalam bidang kepakaran astronomi?

Perkara yang paling membanggakan adalah kejayaan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) membina balai cerap negara di Langkawi (Observatori Negara Langkawi) pada tahun 2006. Beberapa objektif pembinaan balai cerap ini memudahkan penyelidikan astronomi dijalankan mereka yang meminati astronomi dan melengkapkan infrastruktur asas di Malaysia.

Ia juga bertujuan meningkat dan menarik ramai rakyat Malaysia untuk memahami sains angkasa yang memberi manfaat kepada negara dan untuk ahli astronomi seluruh dunia menggunakan balai cerap tersebut bagi tujuan kajian berkaitan jasad-jasad samawi yang berada di langit khatulistiwa.

Di samping itu, beberapa balai cerap juga telah dibina oleh negeri-negeri iaitu Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi di Melaka, Kompleks BaitulHilal Telok Kemang, N. Sembilan, Balai Cerap Negeri Selangor di Sabak Bernam, Selangor.

Universiti pula membina Balai Cerap UniSZA di Merang Terengganu, Balai Cerap Pantai Acheh, Pulau Pinang, Balai Cerap UKM dan Balai Cerap UM. Paling membanggakan ketika pembinaan Balai Cerap Telok Kemang apabila saya dan rakan-rakan terlibat dalam rekabentuk teleskop dan pembinaannya.

Apa yang paling mengecewakan saya ialah, kita masih lagi kurang tenaga pakar terlatih dalam bidang astronomi. Hari ini yang ramai di Malaysia adalah peminat atau hobi astronomi yang bukan mempunyai kelayakan khusus dalam bidang astronomi. Mereka ini dikenali sebagai astronomi amatur. Cuma saya ingin membuat saranan untuk memajukan bidang astronomi di Malaysia diharapkan semua pengendali balaicerap yang ada di negara ini perlulah mempunyai kelayakan dalam bidang astronomi ataupun wajib menghadiri kursus jangka pendek yang berkaitan dengan astronomi untuk melengkapkan mereka denga ilmu tertentu supaya objektif pembinaannya tercapai.

Apakah kepentingan astronomi pada masa ini dititikberatkan?

Kepentingan astronomi pada masa ini memang dititikberatkan tetapi boleh dipertingkatkan lagi. Maksud saya ialah peruntukan kewangan dalam penyelidikan astronomi perlu ditambah.

Negara kita sudah mempunyai beberapa balai cerap yang dari segi infrastruktur adalah baik untuk menjalankan penyelidikan dalam astronomi. Di samping itu, kita juga mempunyai beberapa planetarium yang canggih untuk tujuan menanam minat dan galakkan kepada pelajar terhadap bidang astronomi. Namun begitu, dari segi statistik penggunaan balai cerap untuk penyelidikan astronomi di negara ini sangat mengecewakan. Sebagai contoh, penggunaan Balai Cerap ONL (Langkawi National Observatory), hanya pasukan penyelidikan dari Universiti Malaya yang kerap menggunakannya.

Mampukah kita melahirkan ramai pakar dalam bidnag astronomi dan angkasa seperti Datuk?

Sudah pasti negara boleh melahirkan ramai pakar dalam bidang astronomi dan angkasa. Kita perlu faham bahawa kemajuan teknologi pada masa akan datang bergantung kepada penguasaan kita dalam ilmu sains angkasa, salah satunya.

Adalah wajar untuk negara kita melahirkan ramai pakar dalam bidang astronomi dan angkasa supaya kita tidak ketinggalan.

Malah, jika negara mempunyai ramai pakar dalam bidang astronomi dan angkasa, kita juga boleh menyumbang kepada dunia dalam bidang pertahanan angkasa iaitu mengenalpasti ancaman asteroid atau komet ke atas planet bumi.

Bidang yang Datuk ceburi sepatutnya mendatangkan keseronokan. Apa komen Datuk?

Bidang astronomi dan angkasa ini sebenarnya menyeronokkan kerana ia memberikan kita kepuasan melihat bagaimana alam semesta ini ditadbirkan dengan begitu teliti tanpa sebarang kecacatan oleh kuasa Allah. Keseronokan dapat dilihat terpancar daripada muka pengunjung kepada program seperti ‘Jom Teropong Angkasa’ anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam, memerhati langit anjuran ANGKASA ataupun program berkaitan dengan fenomena astronomi seperti gerhana matahari dan bulan, hujan meteor dan lain-lain.

Rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada astronomi kerana adanya angkasawan. Mengapa?

Negara kita boleh dikatakan bertuah kerana inisiatif kerajaan yang begitu bersungguh-sungguh untuk menghantar seorang angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ini langkah yang baik untuk merangsang minat rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dan pelajar untuk meminati bidang sains angkasa termasuk astronomi.

Program angkasawan ini sebenarnya telah membuka minda rakyat Malaysia betapa pentingnya ilmu sains angkasa, termasuk astronomi untuk dipelajari dan dikuasai. Program Angkasawan telah melibatkan banyak pihak terutamanya pelajar sekolah yang boleh berinteraksi secara lansung dengan angkasawan di ISS.

Beberapa kajian sains yang telah direncanakan oleh pakar-pakar tempatan dapat dilaksanakan di ISS.

Apa yang lebih menarik lagi ialah buku panduan beribadah di angkasa telah dapat dihasilkan oleh JAKIM. Buku panduan beribadah di angkasa telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Ini adalah sumbangan besar Malaysia kepada umat Islam di seluruh dunia. Berasaskan kepada program-program yang diatur berkaitan dengan program angkasawan negara secara lansung dapat membuatkan rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada astronomi.

Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena astronomi?

Fenomena astronomi ialah agregat jirim di angkasa lepas, seperti bintang-bintang, planet, komet dan lain-lain, dengan sifat-sifat dan ciri-ciri dan proses-proses yang mereka alami. Contoh fenomena astronomi ialah gerhana penuh matahari, gerhana penuh bulan, kemunculan komet, hujan meteor, okultasi bulan ke atas bintang dan lain-lain lagi.

BIODATA
Nama: Prof. Datuk Dr. Mohd. Zamri Zainuddin

Tempat Lahir: Ipoh, Perak

Institusi: Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), UIA (Kampus Kuala Lumpur)

Jawatan: Profesor

Pendidikan:1983- PhD (Astronomy Instrumentation), University of Durham

                          1979-Sarjana Muda Kepujian (Fizik), Universiti Malaya


Keahlian dalam badan profesional dan persatuan

-Fellow Royal Astronomical Society, United Kingdom

-Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), Paris

-Felo Institut Fizik Malaysia

-Wakil Malaysia ke Jawatankuasa South East Asia Astronomical Network (SEAAN)

-Ahli kluster sains dan matematik Majlis Profesor Negara (MPN)

-YDP Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor

 

Sumber – Utusan Malaysia
Foto – eastsideastro.org

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Spokojan – Lingkaran Pembunuh Nyamuk Ciptaan UM

Next Post

Rokok Elektronik (Vape)- Bahaya atau Membantu Perokok?

Editor

Editor

Related Posts

Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

6 months ago
Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang  “Tidak Dingin”
Astronomi & Kosmologi

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang “Tidak Dingin”

7 months ago
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71
Berita & Peristiwa

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

7 months ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

9 months ago
Next Post
Rokok Elektronik (Vape)- Bahaya atau Membantu Perokok?

Rokok Elektronik (Vape)- Bahaya atau Membantu Perokok?

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In