23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mampukah E-reader Ganti Buku konvensional?

Editor by Editor
11/11/2013
in Rencana, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0
e-book

Oleh: Siti Nurul Ain Binti Mohd Yusof
ooyu_m3x@yahoo.com

Dalam perkembangan dunia yang semakin pesat, di mana kita melihat dunia pantas berputar, teknologi kerap kali bertukar wajah, trend membaca juga mula menampakkan titik  perubahan. Dahulu, generasi muda mungkin berbangga dengan kecanggihan kaset yang menggantikan piring hitam sebagai halwa telinga, kemudian digantikan pula dengan pemain CD, namun masa sekali lagi mengambil alih peranan teknologi. MP3 menjadi pilihan terutama bagi generasi muda, lantas hampir menunjukkan jalan keluar kepada pemain CD. Persoalannya, mungkin kah buku yang mana kita kenal, kita baca dari seawal kita mengenal A-B-C dan 1-2-3 juga akan mengalami situasi yang sama?

Penulis dilahirkan di dalam era generasi Y, yang mana penulis percaya sebahagian besar generasi ini yang merupakan remaja dan belia pada hari ini lebih tertarik kepada setiap inovasi yang baru dan canggih berbanding nilai sentimental. Tidak dinafikan, terdapat segelintir golongan muda yang menyanjung tinggi nilai estetika dan sejarah yang tersimpan, terutamanya pada barangan antik yang nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit, namun realitinya dalam kehidupan hari ini, gadget (alat-alat elektronik) yang baru dan canggih nampaknya lebih mendominasi perhatian masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia. Malah sudah terang lagi bersuluh pada hari ini, komputer telah pun mengambil alih sepenuhnya peranan mesin taip.

E-book (buku elektronik) mungkin kedengaran agak asing bagi sesetengah pihak, namun percaya atau tidak, di Barat buku elektronik telah mendahului jualan buku sebenar buat pertama kali dalam carta Amazon.com (gudang jualan buku dalam talian terbesar dunia) selama tiga bulan berturut-turut pada penghujung 2010 (jualan di seluruh Amerika Syarikat)*. Fakta ini telah mengejutkan ramai pihak dan membuka mata banyak pihak penerbitan akan peningkatan mendadak populariti pembacaan melalui buku elektronik. Namun di Malaysia, trend ini masih belum lagi menampakkan impak. Menyingkap kembali sejarah, e-book pertama kali diperkenalkan oleh Michael S. Hart, seorang pelajar dari Universiti Illinois pada tahun 1971*, dan di kenali sebagai Project Gutenberg. Matlamat utama penubuhannya adalah sebagai sebuah platform bagi menggalakkan penubuhan dan pengedaran buku elektronik yang boleh dimuat turun dan dibaca secara terus melalui skrin komputer. Kini, setelah lebih empat dekad penubuhannya, Project Gutenberg telah menjadi salah satu laman sesawang terbesar dunia yang menyediakan e-book secara percuma dan dianggarkan mempunyai lebih daripada 42,000 buah koleksi buku dalam simpanan (Februari 2013*).

Namun, batu loncatan sebenar yang menjadikan e-book lebih popular adalah disebabkan oleh pengumuman pengeluaran e-reader (pembaca elektronik) yang dikenali sebagai Amazon Kindle pada tahun 2007*. Dengan menggunakan teknologi e-ink (dakwat elektronik), dalam navigasi dakwat elektronik hitam dan putih, pembaca mampu merasai pengalaman membaca seperti membaca buku sebenar. Bertitik-tolak daripada populariti mendadak Amaozon Kindle, maka beberapa pengeluar lain seperti Barnes & Noble mula mengeluarkan Nook sebagai e-reader, Toronto-based Kobo Inc memperkenalkan Kobo e-reader dan tidak ketinggalan juga Sony mula mengeluarkan PRS sebagai e-reader mereka, mulai menerjah pasaran.

E-reader yang terdapat di pasaran kian mendapat tempat di hati pembaca apabila menawarkan pelbagai tawaran eksklusif termasuk harga buku yang jauh lebih murah berbanding buku sebenar, malahan pembaca boleh memuat turun berjuta-juta sampel, artikel, atau buku yang boleh didapati secara percuma. E-reader yang terkenal dengan kelebihannya yang nipis dan ringan mampu membawa beribu-ribu buku di dalamnya. Seolah-olah pembaca membawa seluruh perpustakaan bersama mereka. Hari ini dalam pasaran terkenal Android platform – gedung play (Google) dan i-Apps (Apple), pengguna yang memiliki tablet dan telefon pintar juga mampu merasai pengalaman yang sama. Beberapa pengeluar mengeluarkan e-reader software yang boleh di muat turun secara percuma seperti i-Reader, Cool Reader, Moon+Reader, dan Aldiko meluaskan lagi alternatif bagi bacaan tanpa sempadan. Namun, umum mengetahui, i-Pad, tablet dan telefon pintar mempunyai jangka hayat bateri yang terhad.

Di sini penulis melihat e-reader yang menggunakan e-ink sebagai medium utamanya mempunyai kelebihan yang ketara berbanding tablet. Bagi setiap kali cas, bateri mampu bertahan sehingga dua bulan. Satu kelebihan yang sangat ketara berbanding dengan i-Pad atau tablet yang mungkin paling lama bertahan selama 10-12 jam sahaja. Tambahan lagi, teknologi e-ink itu sendiri (yang pada dasarnya menggunakan teknologi yang hampir sama digunakan pada kalkulator elektronik) mempunyai kelebihan berbanding skrin LCD/LED yang digunakan pada kebanyakan tablet. Pengguna akan merasai pengalaman membaca seperti membaca buku sebenar, walaupun di bawah sinaran matahari dan di tempat terbuka. Ini berbeza dengan tablet, yang mana akan menimbulkan pantulan pada skrin apabila berada di kawasan terang dan terdedah kepada cahaya. Malahan, dengan teknologi e-ink, pengguna tidak akan merasai eye strain (kelesuan mata) apabila menatap skrin untuk bacaan yang berat dan mungkin mengambil masa seperti mana kelesuan mata yang dialami apabila menatap skrin komputer dan skrin tablet terlalu lama. Seiring dengan perkembangan teknologi hijau, e-reader juga dipercayai mampu menyelamatkan beribu-ribu pokok yang digunakan bagi tujuan percetakan konvensional.

Namun seperti mana teknologi lain, e-reader juga tidak terlepas daripada beberapa kelemahan. Bagi sesetengah orang, membaca melalui e-reader mungkin bukanlah pengalaman terbaik berbanding membaca buku sebenar. Pengalaman penulis sendiri, walaupun sangat tertarik dengan e-reader kerana mudah dibawa ke mana-mana, namun penulis percaya e-reader masih belum mampu menyaingi keseronokan memegang dan membaca buku sebenar, sekurang-kurang pada masa artikel ini diterbitkan. Namun, seiring dengan perkembangan pesat teknologi, perkara ini mungkin akan menjadi sebaliknya kelak. Berbalik kepada kelemahan e-reader, penulis sendiri mengalami masa-masa sukar apabila beberapa kali kehilangan buku yang dalam e-reader disebabkan kegagalan fungsi kad micro-SD, yang mana mungkin kelihatan remeh untuk memuat naik kembali buku-buku untuk bacaan (penulis bernasib baik kerana masih menyimpan salinan buku-buku asal). Namun tidak dinafikan, apabila pembaca mempunyai akaun dalam talian seperti Kindle, Nook ataupun Kobo, buku-buku yang hilang disebabkan pelbagai masalah seperti yang di alami penulis ataupun mungkin disebabkan kerosakan e-reader, buku-buku tersebut masih boleh di akses di dalam akaun milik pengguna.

Satu lagi kelemahan pada pandangan penulis, e-reader yang berada dalam pasaran pada hari ini dimonopoli oleh syarikat antarabangsa berpangkalan di barat (Amerika Syarikat), maka potensi untuk melihat buku berkualiti dalam Bahasa Melayu sangat terhad. Namun begitu, syarikat besar seperti Amazon, Barnes&Noble dan Kobo yang menjual buku secara dalam talian sebenarnya berhadapan dengan kekangan lesen pengedaran antarabangsa untuk menjual buku-buku termasuk buku bestseller daripada penulis terkenal ke pasaran luar, lantas menjejaskan kerancakan jualan e-book. Ini sedikit sebanyak mengecewakan kerana melalui pembelian secara dalam talian, setiap buku boleh dibaca secara terus selepas memuat turun yang mengambil masa beberapa saat sahaja, satu kelebihan besar. Pembaca tidak perlu lagi mengunjungi kedai-kedai buku untuk membeli buku, juga tidak perlu menunggu berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu kerana kehabisan stok di kedai buku. Namun, oleh kerana kekangan sebegini, mahu atau tidak, sebagai alternatif, pembaca terpaksa membeli atau memuat turun daripada sumber lain sebagai bacaan e-reader. Kekangan untuk pasaran Malaysia pula, setiap e-reader itu sendiri mungkin agak mahal bagi sesetengah pihak, terutama bagi golongan pelajar, kerana harganya ada yang mencecah ribuan ringgit.

Penulis percaya, sekiranya e-reader dan e-book diperluaskan di pasaran Malaysia, banyak kebaikan yang mungkin diperolehi. Membesar sebagai seorang pelajar, penulis memahami kesukaran untuk membawa buku-buku teks yang berat dan tebal semasa di alam persekolahan, juga membawa buku rujukan yang mempunyai beribu-ribu muka surat semasa menghadiri kuliah. Penulis sendiri masih ingat akan peristiwa terpaksa menukar tiga kali beg sekolah pada tahun yang sama kerana rosak dek penangan buku teks dan buku latihan yang berat dan banyak. Bayangkan jika buku-buku tersebut boleh di bawa oleh e-reader yang se-ringan bulu pelepah dan senipis sebatang pensil, namun pada masa yang sama mampu menyimpan seluruh buku dari sekolah rendah sehingga universiti. Mungkin satu pelaburan yang bijak, mungkin juga tidak.

Persoalannya, mampu kah e-reader menjadi pencabar kepada buku sebenar yang mana sudah bertahan lebih daripada 500 tahun? Pada hemat penulis, kaedah penyampaiannya mungkin tidak penting, sama ada melalui buku sebenar ataupun buku elektronik, tetapi selagi mana isi kandungannya berkualiti tinggi dan bermanfaat, ia akan tetap mendapat tempat di hati para pembaca. Dan dengan sedikit inovasi, peningkatan kualiti dan perluasan pasaran di Malaysia terhadap produk e-reader, ianya tidak mustahil untuk menggantikan buku sebenar pada masa akan datang. Namun semuanya bergantung kepada persepsi masing-masing. Suka untuk penulis memetik kata-kata penulis buku terkenal Stephen King; “the future will be what’s the future will be” (masa depan tetap terjadi sebagaimana masa depan akan terjadi).

* Sumber dari Wikipedia.org
Foto – mphdigital.my
Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: ebook atau buku konvensionalteknologi buku elektronikteknologi ebook
ShareTweetShare
Previous Post

11 Bilion Planet Saiz Bumi di kesan

Next Post

Kanak-kanak 10 tahun temui Supernova

Editor

Editor

Related Posts

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
8th International Conference on Fuel Cell & Hydrogen Technology in conjunction with the 3rd Symposium on Fuel Cell and Hydrogen Technology (ICFCHT-SFCHT 2023)
Berita & Peristiwa

8th International Conference on Fuel Cell & Hydrogen Technology in conjunction with the 3rd Symposium on Fuel Cell and Hydrogen Technology (ICFCHT-SFCHT 2023)

3 weeks ago
Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi
Berita & Peristiwa

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

1 month ago
Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi
Berita & Peristiwa

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi

2 months ago
Next Post
Kanak-kanak 10 tahun temui Supernova

Kanak-kanak 10 tahun temui Supernova

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In