23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, March 5, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Manfaat Teknologi Nuklear

Editor by Editor
16/01/2014
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

nuklear

 

Oleh – Laupa Junus

SECARA lazimnya, pelbagai proses digunakan untuk menjamin kualiti makanan seperti rawatan haba, pengeringan, pembekuan dan penggunaan bahan kimia.

 


Rawatan ini diperlukan kerana makanan mudah dicemari mikroorganisma yang mengakibatkan jutaan kes penyakit bawaan makanan seperti cirit-birit dan juga kematian terutama di kalangan kanak-kanak di negara sedang membangun.

Selain itu, banyak hasil pertanian menjadi rosak semasa pengangkutan dan penyimpanan akibat serangga perosak atau kesan biokimia yang mempercepatkan proses pereputan.

 

 


Satu daripada teknik atau teknologi yang digunakan ialah iradiasi atau juga dikenali sebagai penyinaran makanan yang memanfaatkan teknologi nuklear.

 

 


Iradiasi merupakan satu teknologi alternatif yang terbukti berkesan secara saintifik untuk meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan kehilangan lepas-tuai hasil pertanian dan mengatasi halangan perdagangan.

 

 


Proses ini mendedahkan makanan kepada radiasi mengion dalam keadaan terkawal untuk tujuan faedah tertentu.

Radiasi mengion yang digunakan adalah zarah atau gelombang bertenaga tinggi yang boleh melucutkan elektron daripada atom atau molekul makanan untuk menghasilkan partikel bercas iaitu ion.

 

 


Menurut penyelidik Bahagian Agroteknologi dan Biosains, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Dr. Zainon Othman, proses iradiasi makanan dilakukan di dalam premis yang berlesen dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

 


“Bagi tujuan tersebut, punca sinar gama daripada radioisotop Cobalt-60 banyak digunakan untuk iradiasi makanan kerana mempunyai daya tembus yang tinggi berbanding alur elektron, ujarnya.

 

 


Beliau berkata dos atau kuantiti tenaga iradiasi yang terserap bergantung kepada jangkamasa pendedahan dan boleh ditentukan menggunakan meterdos yang diletakkan bersama makanan yang diiradiasi.

 

 


Unit dos untuk makanan adalah Gray (Gy) dan julat dos untuk aplikasi makanan diukur dalam kiloGray (1000 Gy = 1 kGy).

 

 


Makanan yang siap diiradiasi tidak perlu dikuarantin dan boleh terus diedarkan ke pasaran.

 

 


Premis iradiasi yang sama boleh digunakan untuk mensteril produk perubatan atau produk lain.

Seterusnya beliau menerangkan bahawa apabila makanan diiradiasi, tenaga yang terserap akan berinteraksi dengan atom dalam makanan untuk menghasilkan partikel ‘ion’ sebelum menjadi radikal bebas aktif.

 

 


Radikal bebas akan bertindak dengan merosakkan DNA organisma seperti bakteria yang mungkin hadir dalam makanan untuk menghalang pertumbuhan atau mengaruh tindakbalas biokimia dalam tisu makanan untuk mengubah proses fisiologi seperti melewatkan pematangan buah.

Aplikasi iradiasi makanan bergantung kepada dos yang diberi dan dos optimum setiap aplikasi perlu dikaji untuk mempastikan keberkesanan tanpa menjejaskan kualiti makanan terbabit.

Pada dos yang sesuai, teknologi sinaran berkesan untuk menghapuskan kulat dan bakteria dalam bahan mentah kering seperti rempah, sayuran dan herba atau produk basah seperti daging dan makanan laut.

Malah iradiasi digunakan sebagai rawatan kuarantin ke atas buah-buahan dan hasilan pertanian untuk eksport bagi tujuan mengawal kemasukan penyakit atau serangga baru yang boleh mengancam industri pertanian negara pengimport.

Namun, terdapat makanan yang tidak sesuai diiradiasi seperti susu segar dan mentega yang akan menghasilkan perubahan rasa tengik akibat kandungan lemak yang tinggi.

Buah-buahan seperti belimbing juga sensitif dan menunjukkan kesan fitotoksik (cedera) apabila diiradiasi.

Perlu dinyatakan bahawa proses ini tidak boleh memulihkan keadaan makanan yang telah rosak atau pun menghapus toksin dan sisa pestisid yang terdapat dalam makanan.

 

 


Keselamatan makanan diiradiasi telah dikaji dengan amat mendalam oleh penyelidik antarabangsa semenjak tahun 1950an lagi.

 

 


Ujian meliputi keselamatan dari aspek mikrobiologi, perubahan kimia, nilai pemakanan, keradioaktifan dan kajian pemakanan terhadap haiwan dan manusia

 

 


Iradiasi makanan mengikut peraturan yang ditetapkan tidak menjejaskan nilai pemakanan.

Perubahan pada makronutrien yang terkandung di dalamnya seperti karbohidrat, protein dan lemak adalah kecil seperti juga kandungan asid amino, galian dan bahan unsur.

Sebahagian vitamin seperti A, C, B1 dan E sensitif pada iradiasi berbanding D1, B2 and niacin.

Namun, penurunan kandungan vitamin secara amnya kurang berbanding proses pengetinan, pengeringan dan pasteurisasi yang menggunakan haba.

Pada tahun 1980, kumpulan pakar Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan bahawa nilai pemakanan dalam makanan diiradiasi pada dos 10 kGy tidak menjejaskan kesihatan pengguna dan selamat untuk dimakan.

Sehingga kini, iradiasi makanan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan di lebih 60 negara termasuk Malaysia.

Penggunaan iradiasi makanan perlu digandingkan dengan prosedur Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Titik Kawalan Kritikal Bahaya (HACCP) yang menjadi garis panduan kepada industri makanan untuk pengeluaran makanan berkualiti.

Makanan yang dihasilkan tanpa menggunakan GMP akan mengandungi unsur cemaran yang tinggi yang tidak boleh diproses pada dos iradiasi yang disyorkan.

Justeru itu, seperti proses lain, iradiasi makanan bukan untuk mengganti GMP dalam pengeluaran makanan. Makanan diiradiasi juga tidak menjadi radioaktif kerana tenaga sinaran yang digunakan adalah rendah untuk mengaruh keradioaktifan dalam makanan.

 

 


Mengenai isu berbangkit, Dr. Zainon berkata, terdapat kekeliruan atau salahfaham orang ramai yang menyamakannya dengan makanan radioaktif.

 

 


Makanan radioaktif terhasil akibat pencemaran radioisotop apabila berlaku kemalangan loji nuklear seperti kes Chernobyl di Russia pada tahun 1986 dan Fukushima di Jepun pada tahun 2011

Makanan radioaktif menjejaskan kesihatan akibat kesan pancaran radiasi ke atas tisu atau organ badan apabila radioisotop berada di dalam badan.

 

Sumber – Utusan Malaysia

 

 

 
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kebaikan teknologi nukleart
ShareTweetShare
Previous Post

Keupayaan Teknologi Sensor

Next Post

Morfologi Rama-Rama

Editor

Editor

Related Posts

Inovasi TeachConnect: Memperkasa Pengurusan Bahan Kimia Pintar dan Lestari di Institusi Pendidikan
Berita & Peristiwa

Inovasi TeachConnect: Memperkasa Pengurusan Bahan Kimia Pintar dan Lestari di Institusi Pendidikan

6 days ago
Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api
Berita & Peristiwa

Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api

2 weeks ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 weeks ago
Zarah Kecil yang Membantu Pembakaran Bahan Api Penerbangan Lestari
Berita & Peristiwa

Zarah Kecil yang Membantu Pembakaran Bahan Api Penerbangan Lestari

4 weeks ago
Next Post
Morfologi Rama-Rama

Morfologi Rama-Rama

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In