23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, April 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Masalah Yang Menimpa Para Pengembara Masa: Bahagian Ketiga (Akhir)

Taza Aznam by Taza Aznam
30/05/2018
in Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh: Admin Fiziklah!

Pada bahagian ketiga dan terakhir (akhirnya!), kita akan menyambung dengan peraturan/jenis pengembaraan masa (time travel) yang terakhir. Bahagian 1 dan 2 di sini dan sini! Ayuh baca, sedikit sahaja lagi ni!

Oleh: Jurik Peter / Shutterstock.com

3) Multimesta selari (parallel multiverse) – seorang pengembara masa yang kembali ke zaman lampau dan mengubah sejarah yang tidak pernah berlaku (bukan seperti jenis garis masa tetap), tidak mengganggu masa kini atau masa hadapan si pengembara masa. Sebaliknya, tatkala dia berbuat demikian, sebuah alam semesta baharu diwujudkan dan alam semesta ini serta alam semesta milik pengembara masa wujud serentak (co-exist), maka disebut sebagai selari (parallel). Secara asasnya, begitulah bagaimana pengembaraan masa jenis multimesta selari berfungsi – atau sekurang-sekurangnya itulah yang dimanifestasikan di dalam filem-filem sains fiksyen.

Star Trek Beyond / Paramount Pictures

Namun, fizikawan seperti Jim Al-Khalili mempunyai gambaran yang berbeza terhadap kewujudan multimesta selari. Menurut Jim dalam bukunya Black Holes, Wormholes and Time Machine, alam semesta baharu diwujudkan secara spontan apabila seseorang di atas muka Bumi ini cuba untuk membuat satu keputusan; misalnya, hidungnya terasa gatal, maka tatkala dia berfikir sama ada mahu menggarunya atau tidak, alam semesta yang didiaminya sekarang bercabang kepada dua, satu di mana dia menggaru dan satu lagi di mana dia tak menggaru – gila bukan? Dan proses percabangan alam semesta ini sentiasa berlaku apabila sesuatu, tak kira manusia, objek, haiwan atau apa jua objek di alam semesta ini berhadapan dengan dua atau lebih pilihan takdir – lagi gila!

Jim Al-Khalili / TED talk

Disebabkan ini, menurut Jim wujudnya alam semesta yang banyak tak terhingga (infinitely many) dan semua alam semesta wujud secara serentak dan selari, dikenali secara kolektif sebagai multimesta. Sedar atau tidak, solusi multimesta selari mengatasi semua paradoks yang disebutkan dalam dua artikel sebelum ini.

Oleh: Lee Davy/Flickr (CC BY 2.0)

Pertama, Paradoks Kewujudan-daripada-Ketiadaan (baca di bahagian 1); apabila seseorang, kita namakan Aiman, kembali ke masa silam dan bertemu dengan dirinya (yang lebih muda), wujud dua orang Aiman yang sama di satu alam semesta. Ia tidak melanggar Hukum Keabadian Tenaga dan Jisim kerana kedua-dua Aiman sudah pun wujud di multimesta dari awal lagi. Meskipun wujud 10 Aiman di dalam satu alam semesta, ia tetap tidak melanggar hukum ini kerana 9 orang Aiman telah lenyap dari alam semesta masing-masing dan kesemua 10 Aiman berkumpul di satu alam semesta. Jumlah Aiman di dalam keseluruhan multimesta bermula dengan 10 dan masih menjadi 10.

Kedua, Paradoks Datuk (baca di bahagian 1 juga); apabila Aiman kembali ke masa lampau (iaitu merentas ke alam semesta selari yang lain) dan membunuh datuknya, ia hanya melenyapkan Aiman di alam semesta selari itu tetapi Aiman yang asal masih hidup dan tidak diganggugugat kewujudannya.

Ketiga, Paradoks Ketiadaan Pilihan (baca di bahagian 2) juga tidak berlaku kerana jika Aiman masa kini kembali ke masa lampau untuk berjumpa dengan dirinya sendiri (Aiman lampau), dia telah merentas ke alam semesta selari lain dan mendatangi Aiman lampau di sana, bukan Aiman lampau di alam semestanya sendiri. Jadi, Aiman sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk kembali atau tidak kembali ke masa lampau, kerana dia tidak pernah mempunyai memori didatangi oleh dirinya dari masa hadapan.

Hatta, dek kemampuan solusi multimesta selari ini mengatasi kesemua paradoks dan konflik yang diutarakan sebelum ini, Jim berpendapat bahawa, jika pengembaraan masa adalah berkemungkinan, maka manusia perlu mematuhi peraturan multimesta selari ini. Namun, hal ini tidak memberi keyakinan sepenuhnya bahawa manusia mampu kembali ke masa lampau atau masa hadapan. Terlalu banyak misteri alam semesta yang belum diterokai dan dijawab oleh umat manusia.

Doctor Strange /Marvel Studios

Tetapi, jangan sesekali membuat ia menghalang kita untuk sentiasa berimaginasi dan memikirkan sesuatu yang tak terjangkau.

Sementara kembara masa menanti kemungkinannya dibuktikan, ayuh kita mengembara diri, meneroka alam dan menjelajah dunia!

Kongsikan artikel ini!
Dipetik dari laman Fiziklah! dengan izin penulis.
ShareTweetShare
Previous Post

Selamat Tinggal Majlis Profesor Negara - Pengajaran & Iktibar

Next Post

Ada Apa Dengan Matahari Yang Besar Di Angkasa Kita Itu?

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

2 years ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 years ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 years ago
Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

3 years ago
Next Post
Ada Apa Dengan Matahari Yang Besar Di Angkasa Kita Itu?

Ada Apa Dengan Matahari Yang Besar Di Angkasa Kita Itu?

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In