23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, April 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mayaca fluviatilis: Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Mayaca fluviatilis Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Editor by Editor
23/02/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Rafidah Abdul Rahman & Nik Faizu Nik Hassan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Mayaca fluviatilis dalam keluarga Mayacaceae ialah spesies akuatik hiasan eksotik yang diperkenalkan ke negara ini melalui industri tumbuhan akuatik hiasan. Spesies ini merupakan rekod tumbuhan baharu di Semenanjung Malaysia kerana tidak dinyatakan dalam senarai tumbuhan Semenanjung Malaysia oleh Turner (‘1995’ 1997). Di Singapura, spesies ini mula membiak secara meluas sejak tahun 2014 dan telah direkodkan pada tahun 2019. Tumbuhan akuatik ini tumbuh dalam keadaan separa tenggelam atau terendam sepenuhnya di dalam air atau di tanah basah semasa musim kering dan tumbuh di tepi-tepi tebing berumput yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Ia tumbuh secara merayap dan bahagian hujungnya akan tumbuh menegak, memiliki daun ringkas, halus seakan jarum, tersusun secara berpilin dan di bahagian tepi daun tidak mempunyai gigi. Bunga Mayaca fluviatilis adalah biseksual iaitu mempunyai bunga jantan dan betina pada satu bunga. Saiz bunga adalah kecil dengan tiga kelopak berwarna ungu dan pada bahagian pangkal kelopaknya berwarna putih. Di dalam air, tumbuhan ini secara morfologi sangat menyerupai Hydrilla verticillata (Hydrocharitaceae) iaitu sejenis tumbuhan akuatik tempatan. Sekiranya tidak mempunyai bunga, boleh menyebabkan kekeliruan semasa proses pengecaman spesies. Ciri utama Hydrilla verticillata mempunyai daun bergigi serta bunga jantan dan betina yang berasingan pada pokok sama.

Gambar 1: Bunga Mayaca fluviatilis berwarna ungu yang cantik

Mayaca fluviatilis tumbuh secara semula jadi di Amerika Tengah dan kawasan tropika Amerika Selatan dan dikenali juga sebagai “Bog moss”. Ia biasanya ditemui di kawasan paya, kolam, sungai dan pinggir pantai. Tumbuhan ini diperkenalkan di beberapa negara seperti di Sri Lanka, China, Pulau Jawa serta Australia dan kebanyakkannya tumbuh di tasik atau kolam buatan. Tumbuhan ini mampu tersebar ke dalam ekosistem semula jadi dan ianya dibimbangi memberi kesan negatif kepada kepelbagaian biologi akuatik. Tumbuhan ini juga berpotensi menyekat saluran pengairan yang akan menyebabkan berlakunya banjir, menurunkan kualiti air serta boleh menjejaskan kehidupan organisma akuatik kerana keadaanya beradaptasi dengan cepat pada perairan yang mengandungi bahan organik yang tinggi dan kaya dengan nutrien. Beberapa negara telah mengiktiraf tumbuhan ini sebagai tumbuhan bermasalah kerana ia telah menakluki permukaan air seperti yang telah berlaku di Tasik Florida, Amerika Syarikat dan Sri Lanka menyebabkannya berpotensi menjadi tumbuhan invasif. Kajian berhubung dengan potensi invasif spesies ini adalah masih kurang pada masa kini, dan keperluan untuk mengkaji dengan lebih mendalam akan hal ini amat diperlukan.

Potensi sebagai tumbuhan invasif

Tumbuhan akuatik merupakan salah satu komponen penting dalam ekosistem akuatik. Namun begitu, kehadiran spesies invasif akuatik ke persekitaran akuatik bebas mampu merosakkan keseimbangan ekosistem sesuatu tempat kerana tidak mempunyai pemangsa semulajadi dan mendatangkan risiko kepada kemandiarian biodiversiti tempatan. Spesies invasif merupakan spesies yang mampu berkembang biak dan mendominasi sesuatu kawasan sehingga menjejaskan populasi spesies asal di habitatnya. Ini akan memberi ancaman bukan sahaja kepada persekitaran malahan kepada kesihatan haiwan, manusia dan sistem ekonomi. Spesies invasif akuatik boleh diperkenalkan secara tidak sengaja atau sengaja ke dalam perairan terutamanya disebabkan aktiviti manusia. Spesies ini berada di perairan kita dan merebak dengan cepat apabila tidak menghadapi pemangsa atau pesaing semulajadi.  Sejak kebelakangan ini, pengenalan dan penyebaran spesies invasif akuatik telah menjadi lebih cepat kerana faktor globalisasi, termasuk peningkatan aktiviti perkapalan antarabangsa dan keterujaan membeli-belah dalam talian. Pencegahan kemasukan spesies berpotensi sebagai spesies invasif ke dalam negara dilihat sebagai kaedah terbaik dan efektif bagi menangani masalah spesies invasif akuatik dari terus berkembang biak di perairan kita.

Gambar 2: Mayaca fluviatilis tumbuh seakan-akan permaidani di atas permukaan air
Gambar 3: Mayaca fluviatilis dijumpai secara meluas di beberapa kolam dan tasik buatan sekitar Putrajaya. Kawasan ini mungkin sangat berasid dan mempunyai sejumlah besar bahan organik.
Gambar 4: Spesis Cabomba furcata

Cabomba furcata atau pokok ekor kucing dari keluarga Cabombaceae merupakan tumbuhan akuatik hiasan akuarium yang telah dilepaskan di perairan negara kita. Menurut Chew & Siti-Munirah (2010), spesies ini dikategorikan berbahaya “noxious” dan telah mula tersebar di Tasik Chini, Pahang selepas pembinaan empangan pada tahun 1995 dan menyebabkan spesies asal ekor kucing iaitu Utricularia punctata (Lentibulariaceae) telah terjejas. Cabomba furcata turut dijumpai di Sungai Sedili Kechil menyebabkan aliran air tersekat dan mengganggu pergerakan bot akibat kehadiran tumbuhan terlalu banyak pada permukaan air.  Selain itu, pertumbuhan pokok teratai juga terjejas dan turut memberi ancaman kepada spesies flora dan fauna tempatan yang lain kerana berlakunya persaingan antara mereka.

Tumbuhan akuarium

Tumbuhan hiasan akuarium yang bukan semulajadi berasal dari negara kita perlulah diselenggara dengan baik. Sekiranya tumbuhan tersebut sudah tidak diperlukan, berikanlah kepada rakan atau sebaiknya melupuskan dengan cara yang betul dan janganlah dibuang di habitat semulajadi. Sekiranya anda mempunyai rakan atau melihat orang yang melepaskan atau membuang tumbuhan atau haiwan hiasan ke alam liar, bantulah mereka memahami kerana perbuatan tersebut mampu merosakkan alam semula jadi dan biodiversiti tempatan. Ini kerana tumbuhan hiasan akuarium boleh berkembang biak dengan sangat cepat walaupun hanya daripada anak pokok yang kecil.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, usaha-usaha untuk membanteras spesies asing dari masuk ke sistem perairan utama adalah penting. Kita harus sedar spesies asing ini tidak mempunyai pemangsa semulajadi, maka risiko serangan kepada ekosistem akuatik adalah tinggi. Oleh yang demikian kawalan pencegahan melalui pintu masuk negara perlu diperketatkan. Di samping itu, kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kawalan spesies asing perlu sentiasa diwar-warkan di media massa dan sosial bagi memastikan keselamatan biodiversiti negara kita terus terjamin.

 

Rujukan

Chathurangani, D., Yakandawala, K, & Yakandawala, D. 2016. A study on competition between Hydrilla verticillata and Mayaca fluviatilis. Journal of Environmental Professionals Sri Lanka:  Vol. 5, No. 1: 11–22.

Chew, M.Y. & Siti-Munirah, M.Y. 2012. Ecological implications from the naturalisation of noxious Cabomba waterweeds in Malaysia. Malaysian Naturalist 63: 19–21.

Muhammad Rifqi, H., et al. 2023. Mayacaceae in Indonesia: An alien family escaped from cultivation. Floribunda 7 (3): 139–141.

Niissalo, A.M. & Jana Leong-Škorničková. 2019. Mayaca fluviatilis Aubl. (Mayacaceae), a new record of a naturalised aquatic monocotyledon in Singapore. Nature in Singapore 2019 12: 7–9.

Su, F., Guo, Y.N., Zhou, X.X. & Wang, R.J. 2020. Mayacaceae, a newly naturalized family for the Flora of China. Phytotaxa 447(1): 77–80.

Turner, I.M. (‘1995’ 1997). A catalogue of the vascular plants of Malaya. Gard. Bull. Singapore 47: 1–757.

Yakandawala, K. & Dissanayake, D.M.G.S. 2010. Mayaca fluviatilis Aubl.: An ornamental aquatic with invasive potential in Sri Lanka. Hydrobiologia 656: 199–204.

 

Tags: FRIMInstitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)Mayaca fluviatilisRafidah Abdul Rahmantumbuhan akuatiktumbuhan invasif
ShareTweetShare
Previous Post

Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Next Post

Menilai Potensi Risiko: Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

44 minutes ago
Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

21 hours ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

2 days ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Next Post
Menilai Potensi Risiko: Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Menilai Potensi Risiko: Implan Pergigian Bukan untuk Semua

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In