23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Melegakan Sakit dengan Paracetamol, Selamat atau Mudarat? 

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
03/01/2019
in Berita & Peristiwa, Kimia, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Artikel asal disunting untuk kesesuain pembaca

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Azwani Shah Mat Lazim & Siti Rahimah Mohamad Shafiee
CAMARR, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Ayat di atas merupakan satu contoh cogan kata yang menjadi tular di kalangan rakyat Malaysia disebabkan satu iklan ubat paracetamol suatu jenama popular. Ubat ini dikategorikan dalam kumpulan analgesik dan antipiretik. Paracetamol atau yang juga dikenali dengan asetaminofen adalah ubat penghilang rasa sakit yang terkenal di seluruh dunia kerana tidak mengganggu pencernaan atau merengsakan perut. Umumnya, ubat ini diedarkan di hospital dan klinik sebagai ubat demam dan selesema atau ubat penahan sakit bagi tahap sederhana (sakit kepala contohnya). Selain itu ia turut dijual di hampir kesemua kedai runcit atau farmasi di seluruh negara.

Terdapat pelbagai kegunaan umum bagi paracetamol, seperti sering digunakan bagi meringankan rasa sakit (analgesik), sakit kepala (antipiretik), serta dapat mengurangkan gejala flu dan selsema, sakit gigi, neuralgia, migrain dan sakit belakang. Kajian yang dilakukan University of Essex telah mendapati bahawa paracetamol juga boleh digunakan untuk mengurangkan risiko kegagalan ginjal selepas mengalami kecederaan otot yang parah. Namun begitu, ubat jenis ini tidak berkesan jika digunakan untuk mengurangkan keradangan atau pembengkakan pada kulit dan sendi. Ini kerana paracetamol tidak dilengkapi dengan komponen anti-inflamasi seperti yang terdapat pada aspirin. Walaupun secara asasnya paracetamol adalah selamat untuk diambil bagi setiap orang (ia turut selamat bagi wanita yang sedang hamil), namun begitu ubat ini turut mempunyai kesan sampingan berbahaya jika digunakan dalam keadaan dos yang berlebihan serta tidak dikawal dengan baik.

 

Ilustrasi Kategori Penyakit & Cadangan Ubat

Bagi amalan yang selamat, disarankan berat maksimum paracetamol adalah 2 x 500mg bagi selang masa setiap empat jam. Secara teorinya, paracetamol adalah selamat (jika diambil mengikut preskripsi) kepada semua peringkat umur dengan kesan sampingan yang hampir sifar. Dengan tahap kualiti perubatan pada masa kini, tiada kematian atau keracunan paracetamol dicatatkan semenjak lebih dari 10 tahun yang lalu. Namun begitu bagi langkah keselamatan, pengambilan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) secara kerap adalah wajar dielakkan. Ini adalah kerana penggunaan paracetamol tanpa penjadualan yang tepat akan mengakibatkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan akan menjadi rendah dan lemah. Selain itu semakin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama kerana sistem badan manusia sudah lali dan tepu dengan kadar yang sama. Kajian perubatan telah mengesahkan bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

 

Skema Tindakbalas Penghasilan NAPQI

 

Kerosakan hati dan buah pinggang akibat daripada pengambilan paracetamol yang berlebihan berlaku adalah disebabkan oleh terbitan toksik yang berasal dari pada salah satu metabolitnya, iaitu N-Asetil-P-Benzoquinone Imine (NAPQI). NAPQI merupakan hasil sampingan berbahaya yang dihasilkan semasa metabolisme zenobiotik paracetamol analgesik (acetaminophen). Ia biasa dihasilkan hanya dalam jumlah yang surih, di mana ia akan dinyahtoksik serta-merta di dalam hati. Namun begitu dalam beberapa keadaan tertentu, NAPQI tidak dapat dinyahtoksik secara efektif (biasanya dalam kes Paracetamol berlebihan). Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan kerosakan teruk kepada organ hati. Simpton yang jelas pada pesakit hanya dapat dikesan selepas 3 hingga 4 hari sehingga boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan hati berfungsi.

 

Carta Cadangan Pengambilan Dos Paracetamol

 

Dalam kalangan orang dewasa, pengguna paracetamol yang kerap serta melebihi dos yang dibenarkan adalah berisiko menghidapi serangan asma 3 kali lebih tinggi. Pada tahun 2008, terdapat kajian yang dilakukan di United Kingdom telah mendapati bahawa penggunaan jangka panjang pada kanak-kanak (usia 6 hingga 8 tahun) ketika demam, boleh menimbulkan kesan sampingan berupa peningkatan gejala asma dan rhinoconjunctivitis (keradangan pada mata). Selain itu kanak-kanak terbabit juga didapati mempunyai daya tahan diri yang rendah.

Paracetamol, pada kadar tertentu ia memberi faedah kepada pesakit. Namun begitu terdapat banyak risiko dan kesan sampingan jika tidak diambil pada kadar yang selamat. Oleh kerana paracetamol terlalu mudah didapati, maka ia perlulah diambil pada kadar dos yang betul seperti yang disarankan oleh pakar perubatan, digunakan dengan selamat serta penuh bertanggungjawab.

 

Wise Man Quote

 

Kredit Foto :
dailymail
hsbn
meme
pinimg
theconversation

Kredit Video : Panadol

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FSTkomplikasi dos berlebihanNAPQIparacetamolProf Madya Mohamad Azwani Shah Mat LazimSiti Rahimah Mohamad ShafieeUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Lumba 100 meter: Usain Bolt vs Cheetah vs Burung Falcon

Next Post

Mengantuk Selepas Makan?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

11 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Mengantuk Selepas Makan?

Mengantuk Selepas Makan?

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In