23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Melestarikan Alam untuk Kesejahteraan Masa Depan

Artikel ke-20 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
03/07/2018
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Oleh: Dr. Mohd Bakri Bakar, Ahli Bersekutu YSN-ASM
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia

 

“Berucap dan bercakap sahaja tidak menyelesaikan masalah. Melaksanakan apa yang dicakapkan adalah lebih berkesan. Sistem boleh berubah, manusia boleh berubah, tetapi perubahan iklim akan kekal melainkan kita semua melakukan sesuatu”

Ini antara petikan ucapan Timoci Naulusala, seorang kanak-kanak Fiji berumur 12 tahun yang diberikan penghormatan untuk berucap semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2017. Walaupun ramai pemimpin kanan dunia juga dijemput memberikan ucapan kepada wakil komuniti antarabangsa, berita persidangan yang paling banyak dilaporkan adalah ucapan Timoci di mana kampungnya di Fiji dilanda taufan pada tahun sebelumnya.

Hal ini menggambarkan kepentingan kelestarian alam sedunia dan tindakan penjagaan bersama untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Justeru itu, PBB di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah memperkenalkan sebuah program yang menyatukan saintis dan penyelidik rentas bidang dalam menyelesaikan masalah sejagat, di bawah inisiatif dikenali sebagai Matlamat Pembangunan Lestari, ataupun Sustainable Development Goals (SDGs). Matlamat Pembangunan Lestari PBB merupakan gabungan daripada tujuh belas cabaran global utama pada masa kini dan akan datang, dan sekurang-kurangnya meliputi lapan perkara teras iaitu kehidupan yang sihat dan sejahtera, kebersihan sumber dan rawatan air, tenaga bersih, bandar dan komuniti lestari, tindakan iklim, kehidupan di dasar laut dan kehidupan di atas tanah adalah berkaitan secara langsung dengan alam sekitar. Bagi merealisasikan matlamat kelestarian tersebut, inisiatif yang melibatkan perkongsian pelbagai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran perlu diupayakan.

 

Indeks Prestasi Alam Sekitar

Tindakan berstrategi boleh dimulakan dengan menilai status alam sekitar secara menyeluruh dengan mengenalpasti data semasa, punca pemasalahan dan ruang penambahbaikan yang perlu diberikan keutamaan. Di negara kita, usaha tersebut telah dimulakan dengan memperkenalkan Indeks Prestasi Alam Sekitar (IPA) yang mempunyai tiga objektif iaitu melindungi kesihatan manusia, melindungi eksosistem dan melestarikan sosioekonomi. Sehingga kini, kajian IPA telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2012 dan tahun 2014.

Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar (IPA) Malaysia yang boleh dicapai melalui laman sesawang: http://www.epi.utm.my

Sistem IPA yang sama telah digunapakai secara meluas diperingkat global membolehkan pengukuran pencapaian semasa dapat dibandingkan di antara negara. Selain menjadi medium perkongsian amalan terbaik, data IPA membolehkan setiap negara melakukan penilaian kendiri terhadap perubahan yang telah berlaku mengikut julat masa tertentu. Selain itu, kaedah pengumpulan data IPA yang inklusif membolehkan sistem pengukuran dan pemantauan yang bersistematik dapat dilaksanakan. Misalnya cerapan data boleh diukur dan dipantau mengikut pencapaian negeri-negeri mengikut tiga kriteria utama; kesihatan persekitaran, kemandirian ekosistem dan kelestarian sosioekonomi (Jadual 1).

Jadual 1. Profil pencapaian IPA 2014 mengikut negeri-negeri di Malaysia. Sumber: http://www.epi.utm.my

Berdasarkan data sedia ada, indeks IPA negara secara umumnya mencatatkan peningkatan sejak mula diperkenalkan. Misalnya, majoriti lokaliti negeri mencatatkan markah cemerlang dalam indeks pertanian dan penggunaan tanah yang berkaitan dengan kriteria kemandirian ekosistem. Antara lainnya, hal ini disebabkan oleh pematuhan kepada peraturan seperti melibatkan larangan penggunaan bahan racun perosak tertentu untuk pertanian. Manakala, markah kedua terbaik adalah melibatkan urustadbir serta kecemerlangan pengurusan alam sekitar yang berkaitan dengan kriteria kelestarian sosio-ekonomi. Sememangnya penggunaan teknologi digital seharusnya membantu mewujudkan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.

Walau bagaimanapun, skor yang rendah masih dicatat oleh majoriti negeri dalam aspek pemuliharaan hutan simpan dan kawasan hijau yang berkaitan kriteria kemandirian ekosistem. Berdasarkan laporan semasa, markah tersebut dijangkakan masih kekal pada tahap yang sama pada tahun terkini. Difahamkan hal ini berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan, pembalakan tidak terkawal dan pengeluaran hasil hutan secara haram.

Turut membimbangkan, majoriti negeri juga mencatatkan markah rendah dalam indeks pencemaran udara berkaitan kesihatan. Sebaliknya, negeri-negeri tersebut berjaya mencatatkan skor yang baik dalam indeks air berkaitan kesihatan. Dalam konteks ini, perbezaan berkaitan indeks pencemaran udara dan air adalah selari dengan laporan IPA global. Daripada sudut pembangunan, kemajuan industri pembuatan serta peningkatan penggunaan kenderaan yang pesat telah menyumbang kepada penghasilan kualiti udara yang tidak sihat. Pada masa yang sama, pembangunan pelbagai industri tersebut telah berjaya merangsang ekonomi negara. Dengan kepesatan ekonomi, peruntukan dapat diberikan bagi meningkatkan sistem pengurusan dan pembekalan sumber air sesebuah negara.

Skor pencapaian lokaliti Kuala Lumpur mengikut profil IPA 2014 (Sumber: http://www.epi.utm.my)

Langkah Kelestarian Alam Sekitar

Persoalan seterusnya, apakah langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan? Paling nyata pengumpulan data prestasi kelestarian alam sekitar negara seperti melalui sistem IPA perlu diteruskan untuk tahun terkini. Sebelum ini, analisa data IPA telahpun memberikan input berguna kepada kerajaan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekitar. Antara lain pindaan tersebut melibatkan perakuan sumber laporan salah laku alam sekitar daripada ahli komuniti. Selain itu, ruang lingkup laporan berkaitan alam sekitar juga telah diperluaskan daripada pembakaran terbuka sehingga kepada pelupusan sisa toksik.

Daripada perspektif antarabangsa, perjanjian bersama yang telah ditandatangani seperti Protokol Kyoto dan Protokol Montreal telah menyumbang kepada pembangunan polisi negara dalam usaha menangani perubahan iklim dan pemanasan global. Untuk fasa seterusnya, perlaksanaan komitmen yang dinyatakan melalui polisi tersebut harus diberikan perhatian oleh agensi-agensi berkaitan. Dalam hal ini, negara telah menyatakan komitmen untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon negara sebanyak empat puluh peratus menjelang tahun 2020.

Demikian juga agenda pendidikan perlu terus perluaskan dalam memupuk sikap dan keprihatinan pelbagai lapisan komuniti terhadap alam sekitar.  Seruan peningkatan kesedaran sebegini akan mendorong kepada tindakan yang lestari dalam pelbagai skala. Antaranya melalui inisiatif mudah seperti amalan penjimatan elektrik dan air, penggunaan produk hijau ataupun perlaksanaan kitar semula.

Melihat ke hadapan, inisiatif kajian seperti IPA perlu diteruskan bagi memastikan pemantauan status dan pengumpulan data prestasi alam sekitar dapat dilaksanakan secara tersusun. Pengumpulan data melalui IPA juga membantu dalam mengenalpasti fokus utama penjagaan alam sekitar pada masa tertentu. Malah, usaha pemantauan dan pencegahan dapat digerakkan berasaskan petunjuk prestasi bagi melindungi alam sekitar.

Sebagai kesimpulan, Matlamat Pembangunan Lestari diperkenalkan oleh PBB ini menyeru saintis tempatan untuk menumpukan usaha penyelidikan mereka dalam menyelesaikan isu dan cabaran berkaitan kelestarian negara termasuk di peringkat global. Inisiatif sebegini adalah penting bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar terus berkekalan, demi keharmonian dan kesejahteraan masa depan sedunia.

“Ini masa untuk bersatu, dan bergerak ke hadapan bersama. Kita telah mendengar, kita telah melihat, kita adalah mangsa. Sekarang masa untuk kita bertindak” ~ Timoci Naulusala, 2017
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Kelebihan Nanosatelit untuk Industri Angkasa Lepas

Next Post

Pulau Socotra: Pulau Paling Aneh Di Dunia

Adee

Adee

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

10 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Pulau Socotra: Pulau Paling Aneh Di Dunia

Pulau Socotra: Pulau Paling Aneh Di Dunia

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In