23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Covid19 & Langkah-Langkah Penting Pencegahan

Info Pencegahan Jangkitan Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
06/09/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Dr Kwan Shwu Shyan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Seluruh rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac 2020 sehingga kini. Penularan pandemik COVID-19 setakat bulan Ogos 2021 telah mencecah angka kematian harian sebanyak 360 orang dan kes positif melebihi 21,000 sehari. Ini ditambah lagi dengan varian Delta yang mempengaruhi kes kematian harian kerana keadaan pesakit pada tahap ringan boleh berubah ke tahap kritikal dengan cepat.

Kawasan kependudukan padat dan tumpuan perindustrian atau perkilangan merupakan tempat penularan COVID-19 yang tinggi. Berdasarkan ramalan dan kajian, jumlah jangkitan dalam komuniti sebenarnya jauh lebih besar banbanding angka yang dilaporkan pada setiap hari. Adalah dijangkakan 10,000 kes yang dilaporkan sehari, mungkin ada 20,000 hingga 30,000 kes dalam komuniti yang tidak dilaporkan. Ini adalah kerana mereka tidak menunjukkan simptom dan akan terus menularkan virus ini ke dalam komuniti.

Walaupun setakat sekarang, 40.7 peratus individu daripada jumlah populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi, golongan remaja dan kanak-kanak masih belum lagi menerima dos pertama. Ini sebenarnya sesuatu yang membimbangkan kerana penularan pandemik ini masih boleh melalui individu yang sudah divaksin dan tanpa gejala. Maka, mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka berisiko untuk menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Penerima vaksin masih berisiko mendapat virus COVID-19 dan menyebarkannya kepada orang lain termasuk kepada golongan yang belum divaksin. Pakar kesihatan sependapat bahawa mereka yang sudah divaksin perlu terus memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal pada setiap masa terutamanya dengan kehadiran varian Delta yang lebih ‘kuat’ pada masa ini.

Ini bermakna, semua rakyat Malaysia sama ada yang telah divaksin atau yang masih belum divaksin perlu mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Tambahan pula, kita tidak boleh mengambil mudah dengan kelonggaran yang diberikan untuk merentas daerah dan negeri, menghadiri rumah ibadat serta dine-in di restoran untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap. Kelonggaran ini tidak seharusnya menjadi punca bahana dan peningkatan kes pada masa hadapan.

Di peringkat individu, kita perlu selalu berwaspada dan mengambil langkah yang proaktif untuk mengenal pasti sama ada kita dijangkiti penyakit ini. Langkah yang boleh diambil oleh orang ramai adalah memperoleh kit ujian kendiri COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya boleh didapati di klinik kerajaan, farmasi berdaftar atau dalam talian. Kit ini mudah digunakan kerana hanya memerlukan sampel air liur dan melakukan ujian ini sendiri di rumah. Keputusan boleh diperoleh dengan cepat selepas 10 hingga 15 minit sahaja.

Ia boleh digunakan untuk menyemak sama ada diri dijangkiti virus COVID-19, termasuk sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu kes positif. Pengguna perlu mengikuti garis panduan dan proses pengendalian kit yang disediakan untuk mengelak dari berlakunya kutipan data yang tidak tepat. Pengguna juga perlu melaporkan keputusan yang diterima sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) dengan mengemas kini data dalam aplikasi MySejahtera.

Kit ini boleh dijadikan langkah persediaan awal untuk membuat ujian kendiri tanpa perlu keluar ke klinik atau hospital untuk melakukan ujian. Jika didapati ujian adalah positif, maka langkah seterusnya yang perlu diambil termasuklah menjalani rawatan yang diperlukan. Beritahu kontak rapat anda bahawa mereka mungkin terdedah dengan COVID-19. Mereka juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindari atau mencegah penyakit ini. Ini adalah kerana seseorang boleh menyebarkan virus ini dalam masa 48 jam sebelum individu itu mempunyai sebarang simptom atau mendapat keputusan ujian yang positif.

Statistik jangkitan terkini menunjukkan Malaysia berada di tangga teratas yang mempunyai paling banyak kes positif COVID-19 di Asia Tenggara. Kita perlu bertindak sekarang untuk membanteras COVID-19 yang telah berada pada paras yang sangat berbahaya ini. Dapatkan vaksinasi secepatnya merupakan langkah yang paling baik untuk mencegah pandemik ini dari terus merebak.

Selaras dengan itu, bermula 1 Ogos 2021, orang ramai yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh berjumpa terus (walk-in) ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendapatkan dos vaksin pertama mereka. Tarikh temu janji bagi dos kedua akan diberikan setelah suntikan dos pertama selesai. Dengan kemudahan ini, kita perlu bersatu hati untuk membantu kerajaan dan diri sendiri untuk melandaikan lengkung COVID-19 yang semakin meruncing di negara kita ini.

 

Kredit Foto : astroawani

Tags: Dr Kwan Shwu ShyanInfo Pencegahan Jangkitan Covid-19Kawalan Jangkitan Covid-19
ShareTweetShare
Previous Post

Kenali Bahan Pencemar Kimia Dalam Sungai

Next Post

Dadah Merbahaya di dalam Produk Melangsingkan Badan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

2 hours ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

22 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Next Post
Dadah Merbahaya di dalam Produk Melangsingkan Badan

Dadah Merbahaya di dalam Produk Melangsingkan Badan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In