23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Editor by Editor
17/02/2023
in Berita & Peristiwa, Rencana
0 0
0

Penulis: Dr. Mohamad Ikram bin Zakaria, PhD

Pensyarah Kanan
Department of Science, Mathematics and Creative Multimedia,
School of Education,
Faculty of Social Sciences and Humanities,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

Kebelakangan ini, pelbagai isu pendidikan dibincangkan secara terbuka di pelbagai platform media sosial. Tidak ketinggalan isu silibus pendidikan matematik sekolah rendah yang terlalu berat dan kurang sesuai dengan murid–murid era ini. Sedar ataupun tidak sedar, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula pada tahun 2017. Ini bermakna, pada tahun 2023, kurikulum sedia telah mencecah usia tujuh tahun. Namun begitu, isu silibus matematik masih lagi menjadi suatu isu yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat umum sama ada melibatkan pihak guru, ibu bapa dan juga golongan akademik. Untuk menangani isu ini, para guru perlu memahami semula kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sedia ada bagi merancang dan melaksana Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan di dalam bilik darjah.

Pertama, para guru perlu memahami semula matlamat utama kurikulum sedia ada. Matlamat ini akan membantu para guru untuk membentuk modal insan yang diingini pada sesi akhir persekolahan sekolah rendah. Meneliti matlamat kurikulum sedia ada, terdapat empat perkara asas yang perlu diberi pertimbangan di peringkat rendah iaitu (1) membina pemahaman konsep nombor ; (2) kemahiran asas dalam pengiraan ; (3) memahami idea matematik yang mudah ; dan (4) mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan. Untuk itu, guru perlu kembali kepada keempat – empat perkara asas ini dalam merancang dan melaksana PdPc di dalam bilik darjah.

Kedua, memahami semula objektif kurikulum sedia ada. Objektif ini akan membantu para guru untuk mencapai matlamat kurikulum sedia ada. Seperti mana yang terkandung dalam DSKP, terdapat sebelas objektif yang perlu dicapai murid – murid sekolah rendah. Antaranya, memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian. Ini bermakna, kemahiran asas dalam matematik ini akan dilaksanakan secara berterusan dalam keempat – empat bidang utama matematik. Hasilnya, kemahiran asas ini akan diperkukuhkan secara ansur maju dari satu bidang ke bidang pembelajaran lain. Oleh itu, guru tidak perlu terlalu risau jika murid – murid masih memerlukan bimbingan pada peringkat awal pembelajaran.

Ketiga, memahami semula standard kandungan dan standard pembelajaran yang disediakan. Secara umumnya, kedua – dua organisasi kandungan ini dinyatakan secara umum dalam DSKP. Untuk itu, guru perlu menyesuaikan standard tersebut dengan kumpulan murid di dalam bilik darjah melalui penulisan objektif pembelajaran. Contohnya “Menyatakan kombinasi nombor satu digit”. Antara objektif pembelajaran yang boleh dibina bagi murid lemah adalah “Murid boleh menyatakan secara lisan kombinasi nombor satu digit dengan menggunakan kaedah batang aiskrim”. Penggunaan objek maujud dalam pengajaran tersebut dapat membantu murid lemah meneroka kombinasi nombor dengan lebih jelas dan berkesan. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam membina objektif pembelajaran yang berkesan melalui penyataan umum dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.

Terakhir, memahami semula standard prestasi. Standard prestasi merujuk kepada suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap – tahap prestasi yang perlu dipamerkan murid. Pengukuran prestasi ini dapat dilakukan secara eksplisit melalui objektif pembelajaran yang ditetapkan guru. Dalam satu sesi pengajaran, guru boleh memberi tumpuan kepada beberapa standard prestasi sahaja. Ini dapat membantu guru untuk fokus kepada kemahiran tertentu sahaja. Bahkan, guru juga boleh menyesuaikan standard prestasi tersebut dengan kumpulan murid tertentu. Ini bagi memastikan semua murid berpeluang menguasai standard pembelajaran yang dihasratkan dalam kurikulum sedia ada.

Kesimpulannya, dalam menangani isu silibus sukar, guru memainkan peranan penting untuk memahami semula kandungan kurikulum sedia ada. Ini kerana, DSKP yang dibekalkan guru adalah rujukan utama kepada guru untuk merancang dan melaksana PdPc di dalam bilik darjah. Penggunaan buku teks dan buku aktiviti adalah panduan yang boleh digunakan guru dalam menterjemahkan kefahaman kandungan kurikulum sedia ada.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: isu DSKPKPMPendidikanUTM
ShareTweetShare
Previous Post

Ancaman Parasit Nematod Terhadap Kumbang Pendebunga Kelapa Sawit

Next Post

Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik

Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In