23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Kanser

Info ringkas tentang penyakit kanser

Editor by Editor
11/02/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Dr. Afizah Salleh
Pakar Bedah Am, Hospital Pakar An-nur

SEMPENA HARI KANSER SEDUNIA

 

Kanser adalah pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Dalam keadaan normal sel akan bertambah (replikasi ) mengikut aturan bagi tumbesaran badan dan pemulihan selepas kecederaan.Tiga ciri utama kanser adalah;

  1. Kadar pertumbuhan yang sangat cepat yang boleh menyebabkan nekrosis iskemia ( pertumbuhan yang terlalu cepat melebihi bekalan darah yang ada sehingga tisu tersebut mati kerana tiada bekalan darah ).
  2. Pertumbuhan yang hilang kawalan –autonomous ( terus tumbuh walaupun faktor penyebab sudah tiada ) serta terlalu cepat melebihi pertumbuhan biasa sehingga menyebabkan kesan kepada struktur sekeliling ( local invasion ) dan mampu merebak ke tempat lain ( metastasis ).
  3. Sel kanser dilihat sangat tidak menyerupai sel yang normal termasuk bahagian nukleusnya ( anaplasia ).

Karsinogenesis adalah permulaan kanser terjadi iaitu melibatkan perubahan genetik,sel dan pembahagian sel. Banyak faktor yang menyebabkan kanser berlaku antaranya dinamakan karsinogen. Karsinogen adalah sama ada berbentuk bahan kimia, virus atau radiasi yang menyebakan keradangan dan seterusnya menyebakan karsinogenesis berlaku. Faktor lain adalah  masalah kronik sedia ada ( acquired preneoplastic disorder ) seperti sirosis hati – menyebakan kanser hati ( hepatocellular carcinoma ), keradangan kronik pada usus – ulcerative colitis yang menyebabkan kanser usus ( colorectal carcinoma ) dan gastritis kronik yang menyebabkan kanser perut ( gastric adenocarcinoma ). Selain itu terdapat juga faktor umur – semakin berumur risiko mendapat kanser semakin meningkat, faktor kaum – dipengaruhi oleh faktor genetik, pemakanan dan gaya hidup ( kaum cina berisiko untuk mendapat kanser oral kerana tabiat suka makan makanan yang dibakar ), faktor keturunan- biasanya kerana genetik atau gaya hidup.

Menurut laporan Malaysian Cancer Registry – Turutan jenis  kanser yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia adalah kanser payudara 19%, kanser usus 13.5%, kanser paru-paru dan saluran pernafasan 9.8%, kanser limfoma 5.1% dan lain-lain iaitu kanser nasofaring,leukemia, prostat, hati, servik dan ovari. Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap berlaku kepada wanita diikuti dengan kanser usus, manakala kanser yang paling kerap berlaku pada kaum lelaki adalah kanser usus diikuti dengan kanser paru-paru. Merokok adalah faktor risiko penting untuk kebanyakkan jenis kanser dan juga  kanser jenis squamous yang boleh berlaku pada paru-paru, esofagus dan pundi kencing.

Kanser boleh dikesan dengan gejala klinikal atau melalui saringan. Tidak ada satu saringan yang dapat memastikan bahawa seseorang sudah terselamat daripada semua jenis kanser. Contoh jika MRI atau CT scan seluruh badan dilakukan tidak semestinya dapat memastikan tiadanya kanser secara 100%. Tumour marker pula yang kebiasaannya merupakan enzim atau protein yang dihasilkan oleh sel kanser adalah tidak spesifik. Bermakna jika bacaan tumour marker tersebut rendah tidak bermakna pesakit tiada kanser dan jika meningkat bacaannya sedikit tidak semestinya kerana kanser kerana jika dalam keadaan radang tumour marker juga dihasilkan. Kebiasaanya saringan dilakukan untuk mereka yang mempunyai risiko yang tinggi. Contohnya pemeriksaan mammogram dilakukan untuk mengesan kanser payudara bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga terdekat atau pemeriksaan ultrasound abdomen untuk pesakit yang mempunyai sirosis hati.

Ada jenis kanser yang sangat agresif dan merebak sangat cepat. Dalam masa 1-3 bulan jika tidak dirawat akan pergi ke organ lain atau tumbuh dengan cepat sehingga tidak boleh dibedah lagi contohnya seperti kanser payudara dan kanser usus. Ada juga kanser yang pertumbuhannya lambat dan jarang merebak apabila dikesan contohnya kanser tiroid. Ada juga kanser yang terlalu lambat sehingga kebanyakkan pesakit mati bersamanya kerana usia tua bukan kerana kanser tersebut contohnya kanser prostat. Kanser seperti ini kebiasaannya mempunyai kadar kehidupan yang tinggi. Ada juga kanser yang sukar dilihat pada peringkat awal kerana kedudukannya yang sukar dikesan dan menimbulkan gejala seperti kanser pankreas dan kanser perut. Apabila gejala berlaku , kanser tersebut telah merebak dan tidak boleh disembuhkan lagi.

Walaubagaimanapun apabila kanser ditemui seseorang perlu mendapatkan rawatan segera kerana kesan kanser kepada setiap individu adalah tidak sama. Doktor akan melakukan pemeriksaan terperinci bermula dari sejarah pesakit termasuk faktor risiko, pemeriksaan fizikal, ujian darah dan imbasan x-ray yang berkaitan untuk mengetahui tahap kanser individu dan seterusnya merancang rawatan.

Secara amnya rawatan kanser boleh dibahagikan kepada rawatan utama  dan rawatan tambahan. Kebanyakkan kanser rawatan utamanya adalah pembedahan, namun bergantung kepada jenis sel kanser, tahap  dan respon kepada rawatan. Contohnya kanser payudara , rawatan utamanya adalah pembedahan dan kemudian dikuti oleh rawatan kimoterapi, radioterapi dan hormonal terapi. Tetapi kanser darah seperti leukemia dan limfoma rawatan utamanya adalah kimoterapi. Begitu juga dengan kanser jenis squamous yang sangat sensitif dengan radioterapi.

Rawatan kimoterapi secara amnya adalah untuk mengawal kanser sel daripada merebak ke organ yang jauh. Namun ianya tidak spesifik dan boleh membunuh sel-sel yang normal terutama sel-sel yang sentiada bereplikasi seperti sel kulit, lidah dan rambut. Rawatan radioterapi pula adalah untuk mengawal kanser secara setempat dan lebih spesifik. Ianya dipancarkan kepada tempat sel itu bermula sama ada sebagai rawatan utama atau mengawalnya daripada terjadi semula atau menghentikan kesan seperti pendarahan atau dipancarkan kepada tempat kanser merebak seperti tulang belakang dan otak. Rawatan hormon pula diberikan untuk kanser yang sensitif dengan hormon tertentu untuk mengurangkan risiko berulang. Contohnya pemberian Tamoxifen ( Spesific Estrogen Receptor Modulator ) kepada pesakit kanser payudara yang sensitif kepada hormon estrogen bagi mengawal kanser daripada berulang.

Terdapat juga rawatan yang lebih spesifik seperti imunoterapi yang menggunakan sistem imun badan untuk mengawal sel kanser. Kebiasaannya rawatan imunoterapi digunakan sebagai rawatan akhir apabila rawatan lain tidak berkesan kosnya yang sangat mahal dan hanya digunakan dalam percubaan klinikal. Terapi sasaran ( targeted therapy ) juga adalah rawatan yang spesifik tetapi kebanyakkannya masih diperingkat percubaan. Dalam terapi ini, rawatan adalah spesifik kepada kanser sel dengan cara menghalang pertumbuhannya ( mensasar kepada spesifik protein pada kanser sel ),menghalang bekalan darah kepada kanser sel, melekat terus kepada  kanser sel dan membunuhnya, memberi signal untuk kanser sel kepada proses kematian ( cell death )dan menghalang pembentukan hormon yang penting untuk pertumbuhan sel seperti sel payudara dan prostat.

Adalah amat penting setiap individu mengetahui faktor risiko setiap kanser terutamanya kanser yang kerap berlaku seperti kanser usus dan kanser payudara. Pengesanan awal kanser boleh memberi peluang kepada individu untuk sembuh sepenuhnya dan rawatan yang akan diterima tidak terlalu sukar dan pelbagai.

ARTIKEL LAIN BERKAITAN;
Batu Hempedu: Komplikasi dan Rawatan
Uluran atau Angin Pasang Pada Kanak-kanak
Sukar Buang Air Besar; Penyebab dan Punca
Bengkak Tiroid; Perlukah dibuang
Beralih Hati;Situs Inversus
Kanser Payudara; Tingkatkan Kesedaran & Saringan Awal
Najis Berdarah; Adakah Buasir?

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Kanser Sedunia 2022kanser hatikanser limfomaKanser Payudarapunca kanserrawatan kanser
ShareTweetShare
Previous Post

Hampas Kelapa Berpotensi Sebagai Sumber Penghasilan Biodiesel

Next Post

Kepentingan Resistograph dalam Penilaian dan Penyelenggaran Dirian Pokok

Editor

Editor

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

50 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

1 hour ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
Kepentingan Resistograph dalam Penilaian dan Penyelenggaran Dirian Pokok

Kepentingan Resistograph dalam Penilaian dan Penyelenggaran Dirian Pokok

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In