23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Psikologi Manusia Menerusi Teknologi Robotik Kognitif

Editor by Editor
03/02/2012
in Suara Saintis Muda, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Rencana Oleh Dr. Azizi Abdul Aziz
    Dalam aspek umum, kita lebih mengenali ahli dalam bidang psikologi dalam konteks untuk menyelesaikan masalah mental dan tingkahlaku individu, walaupun sebenarnya fungsi mereka adalah lebih daripada itu. Matlamat asas ahli psikologi adalah untuk mengkaji tingkahlaku dan proses mental individu atau kumpulan melalui pembentukan model dan teori yang umum atau spesifik.

Kebiasaannya, penyelidik dalam bidang psikologi membentuk dan mengkaji persoalan tingkahlaku manusia menerusi pelbagai kaedah penyelidikan (contohnya; menerusi pemerhatian, temu-bual, kajian kes, dan eksperimen terkawal). Kaedah tersebut digarap dengan penuh teliti bagi memastikan isu etika melibatkan manusia dipatuhi sepenuhnya.

Bagaimana pula sekiranya kita menggunakan robot sebagai medium untuk memahami tingkahlaku manusia ? Agak aneh bunyi tapi itu mungkin menjadi realiti dalam perkembangan teknologi robotik kognitif yang giat dijalankan di beberapa makmal dan syarikat termuka di dunia (seperti Phillips, Sony, iRobot, dan Honda).

Bidang robotik kognitif merupakan salah satu cabang teknologi robotik yang menjurus kepada penyelidikan dan pembangunan robot sebagai platform bagi memahami proses pemikiran dan tingkahlaku manusia berdasarkan teori-teori yang diasaskan dalam displin psikologi dan sains kognitif.

Penyelidik dalam bidang ini lebih menumpukan kepada usaha untuk membangunkan perisian, model matematik, rekabentuk, dan perkakasan bagi memastikan robot ini mampu mempamerkan ciri-ciri interaksi sosial, serta memahami dan belajar daripada manusia dan persekitaran.

Antara robotik kognitif yang pertama dan popular di dunia adalah Kismet, merupakan hasil penyelidikan Dr Cynthia Breazeal daripada Makmal Media di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat. Kismet mampu mempamerkan tingkahlaku sosial sebagaimana bayi mampu berinteraksi dengan ibu bapa mereka. Di Eropah, robot bernama iCub (di bawah geran penyelidikan Kesatuan Eropah) telah dibina bagi memahami proses pembelajaran, kordinasi, dan pertuturan manusia.

Dengan adanya teknologi sebegini, dimensi untuk memahami proses minda dan tingkahlaku manusia dapat diperkembangan dalam bentuk simulasi yang lebih berkesan, murah dan cepat. Secara tidak langsung, isu pelanggaran etika dan nilai kemanusiaan dapat dielakkan dan sekaligus membolehkan pengujian yang dianggap bahaya kepada manusia dapat dijalankan. Tambahan pula, penyelidik dalam bidang psikologi dapat menguji teori mereka dalam bentuk proses dan mekanistik berbanding kaedah tradisional yang lebih kepada usaha diskriptif. Penyelidik juga mampu mengawal senario yang mereka inginkan, bagi memastikan sesuatu tingkahlaku itu dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat.

Selain daripada tujuan untuk memahami perkembangan kognitif manusia, robot sebegini turut direka bagi membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kognitif seperti autistik sehinggalah masalah kesihatan mental seperti “dementia” (nyanyuk) dan kemurungan. Contohnya, sebuah robot berbentuk anak anjing laut yang diberi nama Paro, lengkap dengan sensor canggih yang mampu mengenalpasti wajah manusia, memahami suara, dan interaksi sosial melalui sentuhan telah diuji dan didapati berpontensi untuk mengurangkan masalah kemurungan dan juga nyanyuk. 

Kesimpulannya, dengan berkembangnya teknologi robotik kognitif adalah diharap dapat mampu membolehkan manusia lebih memahami rahsia ciptaan Tuhan mengenai minda dan tingkahlaku manusia dengan lebih dinamik dan selamat.


Catatan mengenai penulis://
Dr. Azizi Ab Aziz merupakan bekas penyelidik pasca-kedoktoran yang berkhidmat di Makmal Penyelidikan Sistem Agen dan Kecerdasan Buatan, Vrije Universiteit Amsterdam, Belanda. Tumpuan penyelidikan beliau adalah pemodelan matematik dan simulasi untuk memahami mengenai proses kognitif, tingkahlaku, dan neurobiologi untuk agen pintar dan robotik bagi membantu individu yang mengalami kemurungan.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: agen pintarrobotsimulasi robotikteknologi robot
ShareTweetShare
Previous Post

Sarapan Pagi, Penting atau Tidak

Next Post

Sikap Tidak Sabar Ganggu Siasatan Kejadian Tanah Runtuh, Prof UKM

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

4 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
Sikap Tidak Sabar Ganggu Siasatan Kejadian Tanah Runtuh, Prof UKM

Sikap Tidak Sabar Ganggu Siasatan Kejadian Tanah Runtuh, Prof UKM

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In