23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menekuni Ilmu Kimia Keadaan Pepejal di Universiti Terindah di Australia

Artikel ke-28 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
31/05/2019
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Oleh: Dr. Lee Hooi Ling, Ahli YSN-ASM
Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM)

Catatan: Artikel asal telah diterbitkan di Buletin Kimia, Pusat Pengajian Sains Kimia, USM pada 14hb Disember, 2018. Penghargaan kepada Nazmi Lao dari Akademi Sains Malaysia (ASM) atas penterjemahan artikel.

Pelbagai kenangan manis dan pengalaman berguna telah saya perolehi sepanjang tempoh cuti sabatikal selama empat bulan pada 1 Jun hingga 6 Oktober 2018 di Pusat Pengajian Sains Kimia, The University of Sydney (USyd) di Australia sebagai seorang Penyelidik Bersekutu (Research Affiliate). Cuti sabatikal ini telah menjadi kenyataan apabila saya menerima anugerah Endeavour Research Fellowship di bawah tajaan Bahagian Pendidikan dan Latihan Kerajaan Australia.

USyd merupakan salah satu universiti yang tertua di Australia. Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1850 dan ia juga merupakan salah satu universiti yang terindah di dunia. Pusat Pengajian Sains Kimia merupakan salah satu fakulti yang terawal ditubuhkan di USyd. Selain daripada kursus kesihatan dan perubatan, kursus sains tulen seperti sains kimia, merupakan kursus siswazah yang paling mendapat sambutan. Dua pemenang anugerah Nobel dalam bidang kimia adalah graduan daripada Pusat Pengajian Sains Kimia, USyd iaitu Sir Robert Robinson (1947) dan Sir John Cornforth (1975).

The Quadrangle, bangunan utama di USyd yang mengambil tempoh 100 tahun untuk dibina

Saya telah diberi peluang untuk menjalani kajian di bawah penyeliaan Profesor Dr. Brendan Kennedy yang merupakan ahli penyelidik terulung dalam bidang kimia keadaan pepejal. Kami terlibat dalam penghasilan nanozarah titanium oksinitrida untuk merawat air kumbahan. Titanium oksinitrida sering digunakan sebagai fotopemangkin. Fotopemangkin akan menghasilkan tindak balas pemangkinan apabila terdedah kepada cahaya. Titanium oksinitrida dipilih dalam kajian ini kerana jurang jalur (band gap) asal sebanyak 3.2 eV yang aktif di bawah cahaya ultralembayung telah dikurangkan kepada jurang jalur yang lebih rendah daripada 3.2 eV yang bakal aktif di bawah cahaya tampak. Disebabkan cahaya matahari mempunyai sebanyak 42-43% cahaya tampak, maka ia dapat dimanipulasikan untuk aplikasi fotopemangkin tersebut. Oleh itu, tenaga yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari dapat digunakan untuk rawatan air kumbahan melalui fotopemangkin tersebut.

Sebagai seorang saintis dalam bidang nanoteknologi, kumpulan penyelidikan saya di Universiti Sains Malaysia (USM) telah berusaha menghasilkan bahan nano secara lestari, terutamanya dengan kaedah hidrotermal. Dengan penglibatan saya di bawah kumpulan kimia keadaan pepejal, saya telah mempelajari kaedah ball-milling yang berbeza dengan kaedah bottoms-up. Kaedah bottom–up merupakan teknik mensintesis zarah daripada atom atau molekul melalui tindak balas kimia dan seterusnya membolehkan zarah prekursor bertambah besar. Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menghasilkan bahan nano.

Penulis sewaktu di Makmal Kimia Keadaan Pepejal Profesor Kennedy

Saya telah melaporkan diri di Usyd pada 1 Jun 2018, yang secara kebetulannya jatuh pada hari pertama musim sejuk. Apa yang dapat saya perhatikan, USyd amat menekankan aspek keselamatan semasa menjalankan kerja di dalam makmal. Setiap pengguna makmal diwajibkan untuk menjalani kursus induksi dan keselamatan sebelum mereka diberikan kunci dan kad capaian, serta kebenaran untuk menjalankan ujikaji di makmal. Syarat yang sama juga dikenakan ke atas pengguna yang ingin mengendalikan peralatan seperti spektrometer ultra lembayung tampak (UV-vis), pembelauan sinar-X, dan sebagainya.

Sepanjang tempoh sabatikal ini, saya telah menggunakan kaedah ball-milling dan hidrotermal dalam penghasilan bahan nano, selain daripada latihan penggunaan pembelauan sinar-X. Saya telah dijemput oleh Profesor Kennedy untuk melawat kemudahan penyelidikan Sinkrotron Australia (Australian Synchrotron) di Clayton, Melbourne, untuk membantu pelajar PhD beliau dalam aspek pembelauan serbuk. Kemudahan di Australian Synchrotron adalah sangat canggih dan teknologi tersebut telah digunakan dalam kajian asas dan gunaan. Walaupun kami terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkan eksperimen yang dirancang, ia merupakan satu pengalaman baharu untuk saya. Harapan saya adalah semoga dapat kembali ke USyd untuk menyambung ujikaji dengan bahan kajian yang lain pada masa akan datang.

Di Sinkrotron Australia, Melbourne

Terdapat beberapa amalan lazim di makmal yang telah dapat saya perhatikan sepanjang tempoh saya berada di USyd. Misalnya, peralatan keselamatan peribadi (PPE) seperti kot makmal, pelindung mata dan sarung tangan adalah perlu dipakai semasa berada di dalam makmal. Namun begitu, kot makmal dan sarung tangan perlu ditanggalkan sebaik sahaja penyelidik menjejak keluar dari makmal untuk mengelakkan pencemaran kimia. Kelibat penyelidik dengan pelindung mata di sepanjang koridor merupakan suatu pemandangan yang lumrah di sini. Tambahan pula, setiap penyelidik juga perlu mendapat pengesahan Hazard Identification, Risk Assessment and Control (HIRAC) sebelum memulakan sebarang kerja makmal. Setiap ahli makmal perlu mengisi dengan lengkap halaman pengesahan HIRAC di dalam buku log. Tambahan pula, kad penanda tindak balas (reaction card) perlu dipaparkan setiap kali eksperimen sedang dijalankan. Amalan kerja seperti ini akan menyatakan jenis eksperimen yang dijalankan serta risiko yang akan dihadapi agar ahli makmal lain boleh mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Saya berpendapat bahawa tatacara ini adalah sangat berkesan dan berharap agar ianya boleh dijalankan di semua makmal penyelidikan di Malaysia.

Kad Penanda Tindak Balas (Reaction Card)

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya telah berjaya mengurangkan tenaga jurang jalur untuk titanium dioksida dengan menggunakan kaedah ball-milling. Keputusan awal untuk kajian fotopemangkinan menunjukkan bahawa bahan tersebut boleh digunakan dalam lingkungan cahaya tampak. Namun begitu, terdapat banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk memahami mekanisma dan ciri-ciri bahan tersebut. Profesor Kennedy dan saya telah berjaya memenuhi objektif seperti yang telah dinyatakan dalam kertas kerja Endeavour Research Fellowship. Sangkutan penyelidikan ini tyurut berjaya membuka peluang kedua kepada kami untuk kerjasama penyelidikan. Oleh itu, tempoh lantikan saya telah dilanjutkan selama setahun dan melalui lantikan sebagai Ahli Bersekutu Kehormat untuk meneruskan kajian dalam projek tersebut.

Penulis bersama Kumpulan Penyelidikan Kennedy

Tempoh sabatikal saya di USyd telah mengimbas kembali memori saya sewaktu melanjutkan pengajian saya di peringkat kedoktoran (PhD) di Dublin City University, Dublin, Republik Ireland (Disember 2008 – Jun 2012). Sepanjang tempoh tersebut, saya perlu mempelajari banyak perkara dalam masa yang sangat singkat. Saya juga berasa bertuah kerana dapat bekerja dengan kumpulan ahli kimia keadaan pepejal yang dinamik dan aktif. Walaupun menghadapi musim sejuk dan perlu membiasakan diri dengan kehidupan dalam suasana baharu yang mencabar, namun saya berpendapat bahawa pengalaman ini adalah amat berguna untuk kerjaya saya sebagai seorang penyelidik.

Peluang penyelidikan ini memerlukan usaha yang lebih dan hanya dapat diperolehi dengan merujuk kepada nasihat pemegang fellowship yang lepas. Saya berpendapat bahawa setiap penyelidik muda harus menjalankan cuti penyelidikan seperti ini dalam tempoh masa setiap tiga hingga lima tahun. Hal ini adalah penting untuk menimba pengalaman, mempertingkatkan kemahiran serta teknik kajian yang baharu di makmal penyelidikan di luar negara supaya kita akan sentiasa mendapat maklumat terkini. Tambahan pula, tugas hakiki sebagai pensyarah pada masa kini adalah semakin membebankan dengan pelbagai tanggungjawab yang dipikul sehingga kekurangan masa untuk melakukan penyelidikan sendiri. Oleh itu, saya amat menggalakkan dan menyeru penyelidik muda di Malaysia untuk merebut peluang sedemikian.

Tidak lengkap pengalaman saya di Australia sekiranya tidak bergambar bersama kanggaru, walabi dan koala. Oleh itu, saya sudahi perkongsian pengalaman sabatikal saya dengan gambar bersama seekor walabi yang liar tetapi comel di Taman Morisset, New South Wales.

Penulis bersama dengan seekor walabi

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Nanoselulosa Peria Katak Pencuci Luka Pesakit Diabetes

Next Post

Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai dan Kelawar?

Adee

Adee

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai dan Kelawar?

Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai dan Kelawar?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In