23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menelusuri Minda Saintis Nobel

Artikel ke-22 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
19/09/2018
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Artikel ini merupakan temubual atas talian di antara Penasihat MajalahSains merangkap Pengerusi Kumpulan Kerja Komunikasi Sains YSN-ASM, Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin bersama Dr. Mohd Ghows Mohd Azzam, Setiausaha Kanan YSN-ASM.

Dr. Ghows merupakan seorang penyelidik muda daripada Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia. Pada bulan Julai 2018, Dr. Ghows berpeluang menghadiri Mesyuarat Nobel Laureate Lindau Ke-68, sebuah mesyuarat berprestij mengambil tempat di Lindau, Jerman yang menemukan minda-minda hebat di dalam dunia saintifik. Dr. Ghows berpeluang berinteraksi dengan saintis-saintis tersohor, seperti Michael Levitt yang membangunkan model pelbagai skala sistem kimia kompleks (Hadiah Nobel Kimia 2013) dan Peter Doherty (Hadiah Nobel 1996) sepanjang menghadiri mesyuarat ini.

Dr. Ghows bersama Peter Doherty, pemenang Hadiah Nobel 1996 dalam bidang Fisiologi/Perubatan

Dr. Ghows antara yang dipilih oleh Lindau Nobel Laureate Council untuk mewakili Malaysia berdasarkan sumbangan dan kecemerlangan saintifik beliau di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Mesyuarat Nobel Laureate Lindau bertujuan untuk memupuk perkongsian pengalaman, ilmu dan idea saintifik di antara pemenang Hadiah Nobel bersama dengan saintis-saintis muda daripada pelbagai budaya dan generasi berlainan.

Dr. Ghows bersama Shahidee, seorang lagi wakil daripada Malaysia di perlabuhan Lindau

Daripada interaksi dengan penerima-penerima Hadiah Nobel, apakah ciri-ciri ataupun prinsip dipegang dalam menekuni penyelidikan mereka? 

Agak mengejutkan apabila kebanyakan penerima Hadiah Nobel memberitahu saya bahawa “nasib” merupakan faktor utama yang membuatkan mereka memenangi Hadiah Nobel. Namun, hanya bergantung kepada nasib sahaja tidak memadai. Daripada pemerhatian saya, pengetahuan asas (fundamental knowledge) mereka sangat tinggi. Untuk memahami samada keputusan yang diambil itu merupakan sesuatu yang luar biasa, seterusnya mengambil risiko dalam meneruskan penyelidikan di samping mengenalpasti akibat daripada keputusan tersebut, memerlukan pengetahuan yang begitu luas.

Mereka juga mempunyai keazaman dan daya juang yang sangat tinggi kerana mereka tidak mudah berputus asa dalam melakukan penyelidikan mereka, walaupun kadang-kadang mendapat tentangan oleh kerana hasil penyelidikan mereka yang sangat berbeza, unik malahan ada yang menentang arus.

Ramai penerima Hadiah Nobel menyatakan bahawa kita harus melakukan sesuatu kajian itu mengikut minat kita dan tidak mudah berputus asa jika kita menghadapi sesuatu cabaran. Kita harus bijak memikir jalan penyelesaian dan kadang kala, kita perlu dapatkan bantuan daripada penyelidik lain. Semangat berganding atau kolaborasi ini juga sangat ditekankan kerana tiada seorang insan pun di dunia ini mampu melakukan segalanya. Oleh kerana itu juga dapat dilihat kebanyakan Hadiah Nobel dikongsi bersama beberapa penyelidik. Walaupun hadiah tersebut hanya boleh diberikan kepada maksima tiga orang sahaja, hakikatnya ramai lagi yang telah berkolaborasi dan terlibat bersama mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam aktiviti penyelidikan yang mereka lalui.

Ucapan pembukaan oleh Countess Bettina Bernadotte af Wisborg, Pengerusi Majlis Lindau

 

Bagaimana pengalaman dari Lindau ini membantu penyelidikan Dr. Ghows akan datang? 

Saya berasa sangat rendah diri apabila mereka menceritakan pengalaman hidup mereka sebelum dinobatkan Hadiah Nobel ini. Mereka mempunyai masalah yang sama dengan apa yang dihadapi oleh rata-rata penyelidik sekarang, tetapi mereka telah cuba sedaya-upaya untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun telah dinobatkan hadiah terkemuka ini, mereka mengatakan bahawa manuskrip mereka masih lagi ditolak oleh jurnal-jurnal berprestij antarabangsa, tambahan pula permohonan projek penyelidikan mereka juga masih ditolak oleh pemberi dana.

Dapat dilihat bahawa pengalaman mereka pun tidak jauh beza dengan penyelidik lain, walaupun mereka telah dinobatkan Hadiah Nobel. Cuma saya amat mengagumi semangat mereka dalam meneroka ilmu baharu dan juga cara pemikiran mereka. Saya dapat merasai aura berlainan apabila mereka menceritakan mengenai penemuan mereka yang terdahulu dan juga terkini. Mereka sangat tekun dalam melakukan penyelidikan, nama apa yang mengejutkan saya apabila di antara mereka dengan jujurnya mengakui bahawa penerimaan Hadiah Nobel ini sedikit sebanyak menganggu kemajuan penyelidikan mereka.

Mereka juga berkongsi bahawa kebanyakkan masalah di depan mata kita boleh diselesaikan dengan cara pintar tanpa memerlukan peralatan yang sangat canggih dan mahal. Perbincangan saya dengan mereka menunjukkan bahawa dunia penyelidikan ini sebenarnya amatlah luas dan terdapat pelbagai cara dan laluan yang boleh kita terokai.

 

Adakah mustahil untuk rakyat Malaysia memenangi Hadiah Nobel? 

Ramai tidak tahu bahawa Malaysia mempunyai seorang penerima Hadiah Nobel. Hadiah Nobel terdiri daripada pelbagai kategori. Selain daripada bidang sains, terdapat juga Hadiah Nobel untuk keamanan. Nama beliau ialah Nasarudin Mohd Yusof yang telah memenangi Hadiah Nobel, kategori keamanan pada 2013 oleh kerana beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali sebagai “Organisation for the Prohibition of Chemical Weapon” yang terlibat di dalam kempen pembasmian penggunaan senjata kimia. Tidak mustahil untuk saintis Malaysia memenangi Hadiah Nobel secara persendirian oleh kerana kualiti saintis Malaysia kini amatlah tinggi. Saya rasa jika kita dapat melakukan penyelidikan secara menyeluruh (holistik) dan mendapat dana penyelidikan yang mencukupi, tidak mustahil kita bakal menyaksikan saintis tempatan menaiki podium di Stockholm, Sweden pada masa hadapan.

 

Apakah perubahan drastik yang perlu dilakukan untuk merealisasikan impian ini? 

Pemegang Hadiah Nobel, Michael Levitt dalam syarahan beliau sewaktu di Lindau berkongsi enam ‘resepi’ utama untuk mendapatkan Hadiah Nobel. Resepi ini hasil daripada pemerhatian beliau di Makmal Biologi Molekul di Cambridge yang telah menghasilkan ramai pemegang Hadiah Nobel. Resepi tersebut adalah:

  1. Sistem sokongan penyelidikan yang matang dan cekap, antaranya melibatkan pengurusan dana, bantuan teknikal di makmal dan pengurusan dokumen berkaitan perundangan.
  2. Birokrasi yang tidak menganggu fokus penyelidik. Ini supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyelidikan mereka
  3. Bilangan ahli dalam kumpulan penyelidikan yang kecil. Di dalam kes beliau terhad kepada tiga ahli penyelidikan sahaja.
  4. Kolaborasi dan semangat kerja berkumpulan
  5. Tekanan tinggi dan saingan sihat di kalangan rakan sejawat, dan
  6. Tiada hieraki di dalam kumpulan penyelidikan. Ini bermaksud layanan sama rata diberikan kepada pelajar dan penerima Hadiah Nobel.
Forum Agora menampilkan Elizabeth Blackburn (Hadiah Nobel Fisiologi/Perubatan 2009) dan Martin Chalfie (Hadiah Nobel Kimia 2008)

 

Menerbit di jurnal berimpak tinggi ATAU hasil penyelidikan mempunyai potensi komersial jutaan ringgit – pilih satu sahaja dan kenapa? 

Sudah tentu hasil penyelidikan mempunyai potensi komersial jutaan ringgit. Jika kita dapat menghasilkan produk komersial bernilai jutaan ringgit, ianya adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada orang ramai dan seharusnya ini yang harus didahulukan dalam penyelidikan. Tetapi, untuk menghasilkan suatu penyelidikan sehebat ini, kita harus ingat bahawa penyelidikan asas perlu kukuh kerana dengan ini, kita akan dapat menghasilkan pengetahuan yang baharu serta menjadi pelopor utama sesuatu teknologi itu dan tidak bergantung kepada teknologi luar.

Saya dapati ada kalanya para penyelidik terlalu ghairah untuk menghasilkan sesuatu tanpa mempunyai asas kukuh dalam bidang tersebut, dan akhirnya produk yang dihasilkan tidak mendapat sambutan atau tidak dapat menyelesaikan masalah sedia ada. Oleh kerana itu, saya berpendapat bahawa kita tidak terlalu melihat hanya kepada penyelidikan berasaskan translasi yang menjurus kepada penghasilan produk tanpa menghiraukan penyelidikan asas yang diperlukan untuk mencipta sesuatu.

Michael Levitt juga mengatakan bahawa kita seharusnya memikirkan pelan jangka masa panjang dan tidak hanya melihat ganjaran yang boleh diraih pada jangka masa pendek. Penyelidikan translasi dan fundamental seharusnya diberikan penekanan dan tumpuan yang sama rata. Kebanyakan hasil penyelidikan yang memenangi Hadiah Nobel datang daripada penyelidikan asas.

Makan tengah hari bersama dengan saintis-saintis muda pelbagai negara; daripada Oman ke Australia

 

Akhir sekali, apa perancangan Dr. Ghows jika diberi peluang untuk mengetuai projek penyelidikan jutaan ringgit bersifat asasi (fundamental) dan terkehadapan?

Jika diberi penghormatan untuk mengetuai projek penyelidikan asas bernilai jutaan ringgit, saya akan memastikan penyelidikan itu bakal memberi impak besar dalam komuniti penyelidikan saya dan juga ke arah menyelesaikan sesuatu masalah kritikal. Untuk melakukannya, saya akan menubuhkan kumpulan penyelidikan yang akan disertai oleh profesor dan juga para penyelidik muda. Kumpulan ini bermanfaat daripada perkongsian nasihat daripada profesor berpengalaman dalam bidang dan para penyelidik muda yang dapat memberi idea baharu dan juga menyumbang tenaga berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Sewaktu di Lindau, ramai ahli pemegang Hadiah Nobel mengatakan bahawa idea daripada orang muda amatlah penting kerana pemikiran mereka berlainan dan telah diberi nafas baharu, berbanding dengan mereka yang telah berada lama dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, Google dan Facebook dicipta ketika pengasasnya masih lagi sedang belajar di peringkat sarjana muda. Malah, kebanyakan hasil kajian pengiktirafan Hadiah Nobel juga dijumpai oleh penyelidik sewaktu zaman muda mereka, namun ia mengambil masa lama sebelum hasil kajian mereka diiktiraf (diberi Hadiah Nobel), berbanding Google dan Facebook.

 

Akhir sekali, kami daripada Majalah Sains dan YSN-ASM mengakhiri temubual ini dengan ribuan ucapan terima kasih atas perkongsian pengalaman dan pendapat yang sungguh bermakna kepada pembaca, terutamanya penyelidik muda di luar sana. Kami akhiri temubual dengan ucapan selamat maju jaya kepada Dr. Ghows dan kerjaya beliau dalam memajukan penyelidikan di Malaysia.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Transformasi Kanji Ubi Kemili kepada Hidrogel Super Penyerap

Next Post

Projek Pemetaan Otak Manusia

Adee

Adee

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Projek Pemetaan Otak Manusia

Projek Pemetaan Otak Manusia

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In