23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengembangkan Deria Matematik Bayi Dalam Masa Enam Bulan Pertama

Mengembangkan Deria Matematik Bayi Dalam Masa Enam Bulan Pertama

Editor by Editor
19/01/2022
in Berita & Peristiwa, Matematik, STEM
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah
Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia

 

Tahukah anda, jika bayi berumur enam bulan boleh membezakan antara 20 titik dan 10 titik, mereka lebih berkemungkinan mahir dalam matematik di prasekolah?. Malah deria angka bayi pada usia enam bulan dapat meramalkan kecekapan kanak-kanak itu dalam matematik pada usia tiga tahun. Itulah kesimpulan kajian yang mendapati bahawa sebahagian daripada kecekapan manusia dalam operasi penambahan dan penolakan mungkin sesuatu yang wujud semasa kita dilahirkan. Dalam kajian tersebut, pengkaji telah menguji deria nombor 48 bayi berusia enam bulan. Mereka kemudian membuat susulan dengan kanak-kanak yang sama pada usia tiga setengah tahun. Mereka mengambil ujian kecerdasan umum, ujian matematik piawai dan ujian tentang sejauh mana mereka memahami perkataan untuk nombor. Kanak-kanak berumur tiga tahun itu juga melengkapkan ujian deria nombor versi dewasa yang mereka ambil semasa bayi, kali ini menunjukkan yang mana antara dua pola titik mengandungi lebih banyak titik. Kajian mereka mendapati terdapat korelasi positif antara deria matematik semasa mereka berusia enam bulan dengan kecerdasan matematik mereka semasa mereka berusia tiga tahun. Selain itu, bayi berusia enam bulan sukar membezakan dua kuantiti jika nisbah antara mereka kurang daripada 2 nisbah 1. Dalam erti kata lain, mereka boleh membezakan 8 nisbah 16, tetapi gagal membezakan 8 nisbah 12.

 

Mempelajari konsep asas matematik adalah usaha yang agak kompleks. Kita tidak dilahirkan dengan kebolehan matematik ini, tetapi kita dilahirkan dengan deria rasa umum tentang nombor. Walau bagaimanapun, dalam usaha memahami dunia sekeliling, bayi secara semula jadi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Cabaran untuk ibu bapa adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menarik dan sesuai di mana pembelajaran matematik awal boleh berlaku dalam kalangan bayi. Tahun pertama adalah tahun di mana otak bayi menyerap, memproses dan mentafsir maklumat pada kadar yang luar biasa. Sebagai contoh, bayi berusia tiga bulan tahu bahawa mainan yang tersembunyi di dalam baju mereka masih ada sekiranya ianya tidak dikeluarkan, walaupun mereka tidak dapat melihatnya. Bayi berusia empat bulan pula boleh mengetahui bahawa dua objek serupa yang dibentangkan bersebelahan adalah objek berasingan dan bayi berusia lima bulan menunjukkan kepekaan terhadap perubahan kuantiti barang yang ditunjukkan kepada mereka. Bayi berusia enam bulan itu boleh bermain dengan mainan muzik dengan menekan butang tertentu untuk mengeluarkan bunyi. Bayi berusia enam bulan juga dapat merasa perbezaan puting botol susu yang baru dan jangan terkejut sekiranya mereka tidak menghabiskan susu menggunakan puting botol susu yang baru kerana ia tidak sama dengan puting botol susu yang lama. Ia mempunyai bentuk yang berbeza dan rasanya berbeza dalam mulut mereka. Mereka merasakan sesuatu yang berbeza tentang botol mereka dan memberi kita signal kepada kita untuk kita perasan.

 

Dari usia empat hingga lapan bulan, kita boleh menggunakan bahan dengan tekstur yang berbeza. Gosok kaki dan lengan mereka dengan bahan-bahan tersebut dan bercakap apa yang mereka rasa pada kulit mereka. Kita juga boleh mengisi botol air kosong dengan serbuk tertentu, bebola kapas, klip kertas, dan sebagainya. Tutup penutup dan biarkan mereka meneroka mainan baharu dan mula bereksperimen dengan bunyi dan beratnya. Rasa ingin tahu mereka akan meningkat. Kita juga boleh bermain Peek-a-boo dan menggunakan komunikasi secara matematik dengan frasa seperti “Anda mempunyai dua mata, dua telinga, satu hidung”. Bayi boleh melihat perbezaan antara mangkuk berisi air dan mangkuk separuh penuh. Mereka juga dapat mengenalpasti bahawa terdapat tiga mainan apabila sebelum ini hanya ada dua. Pada tempoh empat hingga lapan bulan, kemahiran analisis dan perbandingan mereka berkembang.

 

Untuk bayi berusia enam bulan pertama atau lebih, kita boleh memberikan interaksi responsif yang konsisten kepada mereka (seperti diberi makan apabila lapar dan ditenangkan apabila menangis). Membaca isyarat bayi dan bertindak balas terhadap isyarat mereka membina rasa percaya mereka kepada kita sebagai ibu bapa. Dari aspek masa, perkara yang konsisten setiap hari (seperti malam kemudian siang dan siang kemudian malam) adalah asas untuk pemahaman bayi tentang masa. Setiap keluarga mempunyai cara mereka sendiri menggunakan masa, dan bayi menyesuaikan diri dengan cara keluarga, sama ada cara sentiasa menepati masa, atau lebih kasual dan kurang fokus pada jam. Walaupun kanak-kanak kecil tidak dapat menentukan masa, mereka mengembangkan rasa teratur melalui rutin yang berulang. Kita sebagai ibu bapa boleh mengekalkan fleksibiliti sambil menghormati keperluan bayi untuk rutin. Jangan biarkan jadual harian menjadi terlalu rigit. Ia boleh diubah untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi kecil yang sedang membesar selagi urutannya kekal sama.

 

Natijahnya, kajian telah menunjukkan bahawa, sejak awal lagi, bayi berfikir tentang objek, peristiwa, dan orang lain terutamanya ibu bapa mengikut cara mereka. Sebelum mereka boleh bercakap, atau memakan makanan pejal, mereka mempunyai deria matematik. Mereka dapat merasakan perubahan dalam bilangan objek. Malah mereka boleh membuat anggaran mudah. Para saintis kognitif terus menunjukkan bahawa otak bayi adalah jauh lebih kompleks daripada apa yang pernah kita fikirkan. Seorang bayi mungkin tidak boleh untuk bersuara, tetapi otak mereka jauh lebih pesat berkembang. Bayi kita mungkin tahu lebih banyak tentang matematik daripada yang kita fikir mereka tahu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:
TIMSS 2019: Bagaimana Pencapaian Matematik Malaysia Berbanding Singapura?
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik
COVID-19 Dan Pemikiran Statistik Pelajar
Pentaksiran PISA: Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Literasi Matematik Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara?
Pendekatan Inkuiri Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Dalam Tragedi “Budak Gua” Thailand

 

Foto kredit- KDNovelties

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ABdul Halim AbdullahMatematikSTEMUTM
ShareTweetShare
Previous Post

Eksplorasi Mineral Nadir Bumi di Malaysia

Next Post

Salah Faham Berkaitan Ergonomi

Editor

Editor

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Salah Faham Berkaitan Ergonomi

Salah Faham Berkaitan Ergonomi

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In