23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

Info Zoologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
17/12/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Irham Razak1, Danish Dean2 & Dzulhelmi Nasir3
Wildlife Conservation Society1, SMK Paduka Tuan2 & Lembaga Minyak Sawit Malaysia3

 

Musang Lamri

Berasal daripada keluarga Viverridae, Musang atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai ‘Civet’ adalah binatang yang mempunyai badan dan ekor panjang, berkaki pendek, dan mempunyai bulu bewarna coklat, kelabu atau hitam dengan pelbagai corak berbeza mengikut spesies. Dengan kebanyakan masa hidup bersendirian, spesies musang mempunyai sifat kelakuan kewilayahan, berlegaran di atas tanah, dan juga di atas pokok serta hanya mencari pasangan pada musim mengawan. Kesemua spesies musang adalah nokturnal, iaitu aktif di waktu malam, merayau dalam kawasannya untuk mencari pelbagai jenis makanan. Musang memakan buah-buahan daripada pokok berbuah dan berbunga yang terdapat di hutan. Hal ini mampu membantu penyebaran spesies pokok dan penjanaan semula pokok disebabkan najis musang yang mengandungi benih pokok. Pada masa sama, musang juga memburu haiwan mamalia, burung kecil, dan juga pelbagai jenis artropoda. Proses rantaian makanan musang membantu dalam keseimbangan kepelbagaian dan populasi sesuatu spesies yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Selain itu, kebanyakan spesies musang membiak sepanjang tahun dengan menghasilkan dua hingga lima ekor anak bagi setiap kelahiran. Anak musang dijaga oleh induk sehingga setahun sebelum dibiarkan berdikari sendiri.

 

Musang Akar

 

Daripada 12 spesies musang yang telah direkodkan di negara ini, Senarai Merah Spesies Terancam IUCN menunjukkan status Diplogale hosei dan Arctictis binturong adalah Terdedah, Hemigalus derbyanus adalah Hampir Terancam, Cynogale bennettii dan Viverra megaspila adalah Terancam, manakala spesies lain dikategorikan sebagai Kurang Membimbangkan (Jadual 1). Spesies musang yang terdapat di negara kita bukan jenis yang ganas dan tidak menyerang manusia. Ia hanya akan bertindak agresif seperti mengeluarkan bunyi seperti meludah, ataupun menggigit jika ia dikasari dan rasa terancam. Namun begitu, kebanyakan masa, musang hanya akan bertindak bersembunyi, melarikan diri atau memanjat pokok untuk mengelakkan diri daripada diganggu. Adakalanya, terdapat segelintir di kalangan kita yang gemar memelihara musang sebagai haiwan peliharaan. Hal ini mungkin kerana terdapat spesies musang yang mampu beradaptasi dan hidup di atas pokok, atap bangunan dalam kawasan bandar dan separa bandar. Maka, ada yang berjaya menangkap dan menjinakkan musang ini. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa haiwan liar seperti musang membawa pelbagai jenis virus yang mampu menjangkiti manusia seperti virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang boleh mengancam kesihatan manusia.

 

Jadual 1: Senarai spesies musang yang terdapat di Malaysia

 

Musang juga mengamalkan penandaan bau dengan mengheretkan kelenjar bau di bawah ekornya pada tempat yang ia ingin tanda sebagai kawasannya. Tingkah laku ini memberi bauan yang kurang menyenangkan kepada spesies haiwan lain, dan pada masa yang sama, mampu memberi indikasi dan isyarat kepada spesies musang itu. Terdapat beberapa spesies musang seperti Musang Jebat dan Musang Bulan yang menghasilkan sekitar 4-kilogram minyak musang berbentuk cecair bewarna kuning dan berbau kuat. Ia akan berbau manis dan menarik apabila dicampurkan dengan bahan lain untuk penghasilan minyak wangi. Selain itu, terdapat spesies musang seperti Musang Pulut yang telah terkenal dengan penyediaan Kopi Luwak atau ‘Civet Coffee’. Musang Pulut yang gemar ceri kopi akan memakannya, enzim dan pencernaan tidak sempurna memberi kesan pada bau dan rasa biji kopi apabila ia dikeluarkan melalui najis musang tersebut. Namun begitu, penghasilan biji kopi adalah bergred rendah jika dipelihara di dalam sangkar berbanding dengan biji kopi yang terhasil secara semula jadi oleh Musang Pulut liar. Hal ini kerana Musang Pulut liar boleh mendapat makanan yang seimbang apabila berada di dalam habitat semula jadi. Walau bagaimanapun, pemantauan rapi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana adakalanya pemeliharaan dan penjagaan musang di dalam sangkar tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dan kadang-kala berlaku penderaan secara mental terhadap musang.

 

Musang Pulut

 

Haiwan seperti musang “civet” sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan masyarakat di Asia Tenggara sejak zaman dahulu. Sebagai contoh, menurut kisah orang-orang dahulu Bagobo di Filipina, mereka mempercayai bahawa suatu makhluk yang bernama Lakivot ialah seekor musang “civet” yang besar dan berkuasa serta mampu berbicara. Perkataan musang juga wujud dalam peribahasa Melayu seperti ‘musang berbulu ayam’. Musang dikaitkan dengan perbuatan mencuri kerana sifatnya yang mampu menyelinap dengan senyap selain mencuri ternakan seperti ayam.

 

Kredit Foto : Musang Akar oleh Celine HS Low, Musang Pulut & Musang Lamri oleh Dzulhelmi Nasir

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Danish DeanDzulhelmi NasirInfo ZoologiIrham RazakLembaga Minyak Sawit MalaysiaMusangSMK Paduka TuanWildlife Conservation Society
ShareTweetShare
Previous Post

Kanji Nanopartikel: Alternatif dan Prospek Ekonomi yang Lumayan

Next Post

Kegunaan Kaedah-Kaedah Geofizik Dalam Mengesan Lowong Subpermukaan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Kegunaan Kaedah-Kaedah Geofizik Dalam Mengesan Lowong Subpermukaan

Kegunaan Kaedah-Kaedah Geofizik Dalam Mengesan Lowong Subpermukaan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In