23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, December 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengesan Masalah Kesihatan Dengan Teknologi Satelit

Editor by Editor
26/06/2013
in Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0
angkasa

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempah sejarah sains negara apabila berjaya mengesan masalah kesihatan dengan menggunakan teknologi satelit dan pemantauan jauh tanpa wayar.
 
Institut Sains Angkasa (ANGKASA) UKM yakin ia mampu mencipta alat untuk dipasang dalam satelit yang mengandungi perkakasan pemantauan jauh yang boleh mengesan masalah kesihatan sebelum ia menjadi lebih serius.
 
Pengarah ANGKASA, Professor Dr Mohd Alauddin Mohd Ali dan Felo Penyelidik Dr Gan Kok Beng berkata institut itu juga merancang untuk membentuk satelit yang membolehkan pemantauan bagi mereka yang mahu memeriksa kesihatan diri.
 
Bercakap kepada Portal Berita UKM di bengkel mengenai perekaan sains inovasi hari ini, Prof Alauddin berkata alat-alat itu dapat memaklumkan pihak berkuasa mengenai sesuatu gejala yang wujud supaya tindakan wajar boleh diambil.
Bengkel bertajuk Inovasi Biodesign: Bagaimana hendak Pilih dan Berjaya Melaksanakan Projek Sesuai selama empat hari itu dianjurkan bersama oleh Pusat Perubatan UKM, Fakulti Sains Kesihatan, ANGKASA dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
 
Prof Alauddin berkata satelit bersepadu sensor atau deria bio-perubatan telah dibincangkan pada bengkel yang disertai oleh syarikat-syarikat tempatan dan Singapura.
Dr Gan, 35, yang berjaya merekabentuk suatu alat pengesan denyut jantung janin yang inovatif pada tahun 2012, juga bertanggungjawab menjayakan projek perintis yang menggunakan teknologi rangkaian satelit untuk memantau pendengaran kanak-kanak sekolah.
 
Program itu dijalankan di Jinjang, Selangor dan sebuah sekolah di Jalan Pahang berhampiran Hospital Kuala Lumpur dengan penyertaan ketua Program Audiologi Fakulti Sains Kesihatan, Prof Madya Dr Cila Umat.
 
“Menggunakan Tele-Audiology, kita boleh berhubung dengan Humanitarian Satellite atau projek Hum-sat bagi mengenal pasti masalah kesihatan kanak-kanak secara automatik,” katanya.
 
Beliau berkata kanak-kanak sekolah secara sukarela bersetuju menjalankan pemeriksaan kedengaran mereka kerana proses ini tidak membabitkan dicucuk dengan jarum atau pembedahan.
 
Mereka hanya perlu mendengar dan bertindak balas terhadap ujian pendengaran menggunakan headphone yang disambung kepada komputer dengan perisian khas. Tindakbalas mereka diberi markah dan maklumat ini kemudiannya dihantar melalui satelit dan dikesan oleh stesen ANGKASA dalam kampus UKM.
 
Beliau menjelaskan bahawa nasihat yang sesuai untuk setiap kanak-kanak disalurkan balik ke sekolah untuk keluarga masing-masing supaya mereka dimaklumkan mengenai klinik yang paling dekat untuk menerima rawatan yang diperlukan.
 
Dr Gan berkata program itu juga boleh dilaksanakan sebagai satu kaedah saringan kos efektif untuk isu-isu kesihatan menggunakan teknologi yang sedia ada.
 
Beliau menegaskan lebih baik jika mereka boleh menjalankan projek yang sama di kawasan pedalaman di mana satu-satunya kaedah komunikasi adalah dengan satelit. Di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, terdapat banyak kawasan yang tidak mempunyai sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, apatah lagi internet.
 
Terdapat banyak teknik pemantauan tanpa pembedahan yang boleh digunakan untuk pemeriksaan kesihatan selain daripada mengesan kehilangan pendengaran. Beliau berkata pemeriksaan keadaan jantung menggunakan Photoplethysmograph juga sesuai kerana ia murah dan pantas.
 
Ia menggunakan aplikasi Photoplethysmogram (PPG), suatu ukuran cahaya yang diperolehi melalui isipadu organ. PPG diperolehi dengan menggunakan alat Oximeter nadi yang mengukur perubahan cahaya kulit dan penyerapan cahaya pada hujung jari telunjuk. Satu oximeter nadi boleh memantau beberapa banyak saluran darah dalam kulit.
 
Pendek kata, PPG dapat mengesan degupan jantung yang tidak teratur atau kemungkinan wujudnya penyakit jantung dengan mengukur cahaya yang bersinar di dalam arteri di bawah kulit. Data daripada keamatan cahaya diproses dalam komputer dan dihantar kepada rangkaian satelit yang kemudiannya boleh dipantau dari stesen bumi.
 
Walau bagaimanapun, ANGKASA dan pihak berkepentingan yang lain memerlukan lebih banyak pembiayaan atau geran. Projek di Jinjang dan Kuala Lumpur telah ditamatkan baru-baru ini kerana geran daripada Kementerian Pendidikan telah kehabisan. Dr Gan berkata bahawa sektor swasta perlu berperanan lebih besar dalam usaha itu denganmenyediakan geran yang diperlukan.
 
Beliau menjelaskan bahawa alat-alat pemantauan jauh atau remote sensing telah wujud selama beberapa tahun, walaupun sebahagian besar digunakan oleh orang-perseorangan di rumah oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik.
 
Dr Gan  sebelum ini bekerja dengan syarikat multinasional Amerika, Hewlett Parkard. Beliau menerima ijazah doktor falsafahnya dari UKM pada tahun 2009.

Sumber : UKM News Portal

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidikan UKM Mempelopori Penggunaan Percetakan 3-D

Next Post

Sisi Positif Tenaga Nuklear

Editor

Editor

Related Posts

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

1 day ago
Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

1 week ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

1 month ago
Next Post
Sisi Positif Tenaga Nuklear

Sisi Positif Tenaga Nuklear

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In