23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, March 29, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menghadapi Perubahan Iklim

Menghadapi Perubahan Iklim

Editor by Editor
02/08/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Oleh: Nurulasyiqin Binti Hashim, Mohd Hariri Arifin, PhD
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Beberapa minggu yang lepas, dunia telah digemparkan dengan berita keberanian ahli-ahli sains iklim daripada NASA dalam membangkitkan isu mengenai pemanasan global. Secara amnya, ramai masyarakat yang mengetahui mengenai perihal perubahan iklim ini. Namun ramai yang tidak pasti mengenai cara-cara atau sumbangan yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan kesan perubahan iklim tersebut. Perubahan iklim didefinisikan sebagai perubahan jangka panjang bagi suhu dan corak cuaca, di mana perubahan ini akan mengubah ekosistem dan kehidupan di bumi. Hal ini berlaku apabila sejumlah besar gas-gas rumah hijau terperangkap di atmosfera sekaligus menaikan paras suhu bumi.

Pertama sekali, rumah hijau adalah rumah yang dibina daripada kaca untuk memerangkap haba dengan tujuan penanaman di mana rumah tersebut akan memastikan suhu berada pada tahap  optimum bagi penanaman pada waktu malam atau pada musim sejuk. Secara saintifik pula, bumi mempunyai “rumah hijau” secara semula jadi dan kesan rumah hijau tersebut membuatkan bumi menjadi planet yang selesa untuk didiami. Lapisan atmosfera yang mengelilingi bumi bertindak sebagai gelas yang memerangkap haba pada waktu siang dan sebahagian haba tersebut akan terbebas ke angkasa pada waktu malam untuk proses penyejukan. Gas-gas yang bertanggungjawab dalam menyerap haba tersebut terdiri daripada  gas karbon dioksida (CO2) , nitrus oksida (N2O), kloroflorokarbon (CFCs) dan metana (CH4) atau dikenali sebagai gas rumah hijau. Namun, apakah bukti yang menunjukan bahawa perubahan iklim ini sedang berlaku?.

Dalam laporan tahunan 2020 UNFCC dan  kenyataan akhbar IPCC pada April lalu, menyatakan bahawa gerakan untuk melawan perubahan iklim perlu dilakukan dengan segera berkaitan dengan keadaan bumi yang makin parah akibat dari cuaca yang ekstrem. Paras karbon dioksida di atmosfera meningkat sebanyak 48 peratus dari tahun 1840, kenaikan suhu global sebanyak 1°C sejak tahun 1880, peningkatan paras air laut sebanyak 0.1 meter dari 1993 dan penurunan jisim ais sebanyak 427 bilion tan metrik setiap tahun dari 2002 -NASA. Hal ini disebabkan kerana manusia bergantung sebanyak 80 ke 90 peratus kepada bahan api fosil untuk pengangkutan dan perindustrian. Tambahan lain, terdapat juga penghasilan gas nitrus oksida daripada asap kereta dan gas metana dari penguraian sisa di tapak pelupusan sampah. Secara amnya, gas rumah hijau yang terdapat di atmosfera adalah cukup untuk menghangatkan bumi. Namun, penambahan gas-gas tersebut daripada permukaan bumi(aktiviti manusia) menyebabkan pengumpulan haba berlebihan di lapisan atmosfera bawah. Oleh itu, haba yang diserap bertambah dan mengambil masa yang lebih lama untuk dibebaskan ke angkasa.

Secara keseluruhan, kesan daripada pengumpulan haba yang berlebihan di bawah lapisan atmosfera menyebabkan sebahagian kawasan mengalami fenomena kemarau atau gelombang haba. Gelombang haba yang menyerang barat laut Amerika Syarikat pada Jun lepas telah mencatatkan  hampir 200 kematian. Begitu juga dengan kemarau yang berlaku di Brazil yang menghasilkan ribut pasir yang melampau dari tahun-tahun sebelumnya. Sementara itu, suhu panas dari atmosfera boleh berpindah ke laut sekaligus membuat air laut menjadi lebih panas. Peningkatan suhu air laut akan menambahkan jumlah air yang tersejat kemudian wap air tersebut akan bergerak menuju ke atmosfera  dan mengalami penyejukan. Semasa proses penyejukan itu, terdapat angin yang akan bertiup di sekeliling wap air dan membentuk awan. Proses ini akan berlanjutan sehingga membentuk beberapa awan dan awan-awan tersebut akan bergerak dalam pola bulatan sehingga kelajuan angin mencapai 74 m/j dan terbentuklah puting beliung. Tambahan lain, hujan secara berlebihan boleh juga berlaku dan boleh menjadi salah satu punca berlakunya banyak tanah runtuh. Dalam erti kata lain, semakin panas air laut, semakin rancak puting beliung dan hujan yang melampau akan terbentuk. Kesan lain adalah peningkatan paras air laut. Hal ini berlaku apabila suhu yang tinggi mencairkan  kepingan ais dan glasier. Kesan daripada ini akan menambahkan jumlah ispadu air laut yang sedia ada lalu berkemungkinan akan menenggelamkan beberapa daratan atau pulau jika dibiarkan berlaku secara berterusan. Jadi, mengapakah masyarakat perlu mengambil berat perihal perubahan iklim ini?

Walaupun banyak kesan yang dihadapi oleh bumi, manusia turut mendapat tempiasnya. Sebagai contoh, perubahan suhu laut, hujan melampau atau puting beliung akan menjejaskan cara kehidupan seharian dari segi agrikultur, ekosistem, kawasan penempatan, kesihatan dan lain-lain lagi. Rentetan daripada keadaan ini perlu diperhatikan supaya keadaan seperti kekurangan sumber makanan serta kegawatan ekonomi tidak berlaku. Terdapat dua jenis pendekatan yang dicadangkan oleh para penyelidik iaitu “mitigasi” dan “penyesuaian”. Pendekatan “mitigasi” bermaksud mengurangkan aliran gas rumah hijau ke atmosfera manakala “penyesuaian” adalah bersedia untuk menghadapi perubahan iklim pada masa akan datang. Banyak negara yang telah mengambil pendekatan “penyesuaian” untuk mengatasi masalah iklim ini sejak beberapa tahun yang lalu seperti menggunakan cat putih pada jalan kerana warna putih akan memantulkan cahaya berbanding warna tar yang menyerap. Cara ini dikira sebagai salah satu cara yang ideal untuk menghadapi gelombang haba dan suhu tinggi. Cara lain adalah seperti, membina turapan telap air dalam mengatasi banjir, memperbaik cara penyimpanan takungan air, penanaman semula hutan dan banyak lagi. Dengan hanya menggunakan pendekatan ini, kehidupan pada masa akan datang akan menjadi lebih sukar kerana perubahan yang lebih ekstrem pasti akan berlaku. Oleh itu, pendekatan “mitigasi” perlu dijalankan serentak. Dalam pendekatan “mitigasi” seperti perubahan penggunaan bahan bakar fosil kepada tenaga boleh diperbaharui. Sebagai contoh, penggunaan tenaga elektrik bagi kereta atau alat-alat elektronik, penggunaan tenaga solar, angin dan hidro untuk sumber utama dalam menghasilkan elektrik.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia berada di dalam zon hijau daripada bencana alam. Namun berikutan kes puting beliung di Ipoh, banjir besar di pusat bandar dan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir, kepanasan melampau menunjukan bahawa bencana iklim skala sederhana sering berlaku belakangan ini dan berkemungkinan akan menjadi lebih besar. Tindakan perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengesan dan mengawal peristiwa ini bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda pada masa hadapan. Setiap individu juga boleh menyumbang dalam perjalanan untuk mengatasi perubahan iklim ini. Oleh kerana tanggungjawab untuk mengurangkan perubahan iklim ini menyerong lebih kepada kerajaan. Tetapi, masyarakat boleh membantu dalam hal-hal yang kecil, seperti menggunakan pengangkutan awam, berkongsi kenderaan atau menaiki keretapi berbanding kapal terbang. Sumbangan lain, mengurangkan pembelian melampau. Hal ini sebenarnya adalah satu sumbangan besar kerana dengan menggunakan sesuatu barang sehingga usang atau rosak, boleh mengurangkan proses pembuatan, penghasilan serta penghantaran di seluruh dunia sekaligus mengurangkan pembakaran bahan fosil. Seterusnya, cara yang paling mudah adalah dengan tidak melakukan pembaziran dengan mencabut atau menutup suis jika tidak guna atau melakukan pengitaran semula minyak masak . Cara yang baharu dikeluarkan adalah dengan memadamkan e-mel lama yang berada di dalam peti masuk untuk mengurangkan penghasilan karbon dioksida. Hal ini kerana, setiap e-mel yang disimpan menggunakan jumlah elektrik yang banyak dan elektrik dijana dari pembakaran bahan api fosil. Akhir sekali, sekecil-kecil sumbangan yang boleh dilakukan adalah dengan menyebarkan pengetahuan atau kesedaran berkaitan dengan perubahan iklim supaya lebih ramai akan peka dan mengambil tindakan bersama.

Rujukan

Crowley, T. J. 2000. Causes of climate change over the past 1000 years. Science 289(5477): 270–277. doi:10.1126/science.289.5477.270

Haliza. 2011. Global climate change and its effects on human habitat and environment in Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2): 17–32.

Perry, A. 2004. Book Review: Climate change: causes, effects, and solutions. The Holocene 14(6): 954–954. doi:10.1177/095968360401400620

NASA. 1958. Global Climate Change. United State: National Aeronautics and Space Administration: https://climate.nasa.gov/. 19 April 2022

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: cuacapemasan globalperubahan iklim
ShareTweetShare
Previous Post

Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

Next Post

Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In