23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 6, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menyingkap Senyuman Memukau: Meneroka Keajaiban Pelunturan Gigi Tidak Vital

Menyingkap Senyuman Memukau: Meneroka Keajaiban Pelunturan Gigi Tidak Vital

Editor by Editor
23/04/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Liyana binti Mohd Subri
Pegawai Pergigian, Unit Pakar Restoratif, Klinik Pergigian Putrajaya

“Doktor, kenapa gigi saya berubah warna selepas membuat rawatan akar?”

“Bagaimana gigi saya yang gelap ini dapat dipulihkan?”

Soalan ini sering ditanya oleh pesakit yang datang setelah beberapa tahun menjalankan rawatan akar pada salah satu gigi hadapannya. Hal ini menyebabkan pesakit berasa janggal ketika tersenyum kerana hanya salah satu gigi hadapan yang berubah warna. Seringkali pesakit lebih menyedari hal ini apabila hanya salah satu gigi yang berubah warna berbanding gigi-gigi yang lain.

Gigi berubah warna secara amnya adalah berpunca daripada keadaan gigi yang tidak bersih, penuaan, keturunan, tabiat merokok, konsumsi fluorida yang berlebihan, pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan perubahan warna gigi dan lain-lain.

Tidak ramai yang maklum apakah yang menyebabkan perubahan warna gigi selepas rawatan akar? Gigi manusia mempunyai tiga lapisan utama. Enamel, lapisan paling luar yang bersifat keras, dentin di bahagian tengah dan seterusnya pulpa yang mengandungi salur darah dan saraf.

Kerosakan gigi sering digelar karies gigi, kaviti gigi atau lebih popular di panggil gigi berlubang oleh masyarakat kita. Karies gigi ini menyebabkan kerosakan pada lapisan-lapisan gigi yang seterusnya menyebabkan jangkitan kepada saraf sehingga menyebabkan gigi mulai sakit dan membengkak. Pada ketika inilah gigi perlu dirawat segera. Rawatan yang akan diberikan sama ada rawatan akar atau pun terapi pulpa yang masih vital.

Proses rawatan akar melibatkan pembersihan saluran akar dengan membuang semua tisu-tisu saraf yang tidak sihat atau telah reput di dalam saluran akar. Kemudian, ubat diletak dalam salur akar untuk satu tempoh tertentu bagi tujuan menyahinfeksi. Akhir sekali, salur akar akan ditampal secara kekal. Hal ini bertujuan supaya gigi yang telah rosak akibat jangkitan kuman, tidak perlu dicabut, dan masih boleh digunakan.

Proses akhir rawatan akar melibatkan tampalan akar atau dikenali sebagai ‘root filling’ secara kekal. Bahan umum yang sering digunakan doktor gigi untuk tampalan akar kekal ini dipanggil Gutta Percha (GP). Proses ini dipanggil obturasi. Salur akar akar ditampal dengan gutta percha bersama sealer yang dibancuh seperti pes. Sealer digunakan dengan tujuan untuk mengisi ruang-ruang kecil diantara GP dan dinding salur akar. Terdapat pelbagai jenis sealer yang boleh digunakan, antaranya ialah yang berasaskan Zinc Oxide Eugenol (ZOE), Calcium Hydroxide (CaOH), Glass Ionomer (GI), Resin, Mineral Trioxide Aggregate (MTA) dan Bioceramic.

Tidak semua gigi yang dirawat akar akan mengalami perubahan warna gigi. Sekiranya ia berlaku, pelbagai faktor boleh menjadi puncanya. Kajian menunjukkan perubahan warna gigi berlaku akibat proses pemecahan tisu saraf yang telah mati dan pendarahan dalam ruang pulpa. Selain daripada itu, material yang digunakan ketika prosedur rawatan akar juga boleh menyebabkan perubahan warna pada gigi.

Kajian in vitro sebelum ini telah membuktikan bahawa perubahanan warna gigi yang disebabkan oleh material yang digunakan untuk rawatan akar akan berlaku daripada 10 hari sehingga beberapa bulan selepas tampalan akar. Perbezaan kajian mungkin disebabkan oleh metodologi, prosedur, dan bahan yang berbeza yang digunakan.

Beberapa kajian in vitro lain juga melaporkan bahawa bahan berasaskan Mineral Trioxide Aggregate (MTA) yang mengandungi bismuth oxide sebagai radiopacifier boleh menyebabkan perubahan warna gigi. Bismuth trioksida (Bismuth trioxide) bertindak balas dengan kolagen dalam matriks dentin yang mengakibatkan perubahan warna kekelabuan.

Bahan ZOE telah dikaitkan dengan ikatan kimia yang tidak stabil antara zink oksida dan eugenol. Walaupun ZOE sebati, eugenol masih boleh terbebas, menyebabkan proses oksidasi berlaku dan penggelapan dari masa ke semasa.

Salah satu rawatan bagi memulihkan warna gigi yang telah berubah menjadi gelap selepas rawatan akar adalah pelunturan gigi tidak vital. Nama lain bagi prosedur ini adalah pelunturan dalaman (Internal bleaching). Gigi vital merujuk kepada gigi yang masih hidup, manakala gigi tidak vital merujuk kepada gigi yang telah mati dan tidak lagi mempunyai salur darah atau saraf. Gigi yang telah menjalani rawatan akar kehilangan saraf dan salur darah kerana salur akar telah dibersihkan dan dicuci. Oleh itu, gigi yang telah dirawat akar diklasifikasikan sebagai gigi tidak vital.

Proses rawatan pelunturan bagi gigi tidak vital melibatkan pembersihkan bahagian dalam kebuk pulpa gigi dan penggunaan agen peluntur seperti Hydrogen peroxide 35% untuk satu jangka masa tertentu. Sekiranya pesakit berpuas hati dengan perubahan warna gigi mereka, doktor gigi akan membersihkan agen peluntur yang digunakan sebelum ini dan meletakkan tampalan kekal dalam ruang kebuk pulpa gigi tersebut.

Semasa prosedur ini dijalankan, penggunaan empangan getah (rubber dam) adalah wajib. Penggunaan empangan getah ini bertujuan untuk mengelakkan daripada bahan peluntur ini terkena gusi disekeliling gigi, dan mencegah pesakit dari tertelan bahan kimia yang digunakan. Selain daripada itu, empangan getah ini juga boleh menghindarkan daripada air liur yang mengandungi kuman masuk ke dalam salur akar yang telah disteril.

Prosedur ini dapat menambah baik warna gigi yang telah berubah warna kepada warna yang sama atau seakan sama seperti warna gigi yang asal. Pesakit akan lebih yakin untuk tersenyum manis selepas rawatan.

Rujukan:

  1. Harsh Priyank, Dr. V Mahalakshmi, Dr. Ankita Verma, Dr. Shweta Tekriwal, Dr. Saurav Purbey. Tooth discoloration caused by endodontic treatment: A cross sectional study. Int J Appl Dent Sci 2021;7(4):233-237. DOI: https://doi.org/10.22271/oral.2021.v7.i4d.1376
  2. Gasner NS, Brizuela M. Endodontic Materials Used To Fill Root Canals. [Updated 2023 Mar 19]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2024 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK587367/
  3. Rajah 1: https://cdn.hellosehat.com/wp-content/uploads/2018/05/anatomi-gigi-2-2-700×467.jpg
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Klinik GigiLiyana Mohd Subripakar restoratifpelunturan gigipemutihan gigirawatan gigi
ShareTweetShare
Previous Post

Perkasa Ilmu Geosains; Lahirkan Masyarakat Madani

Next Post

Mesyuarat Negara-negara ASEAN dalam Bidang Sains dan Teknologi Kuantum

Editor

Editor

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

11 hours ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

11 hours ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

3 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

6 days ago
Next Post
Mesyuarat Negara-negara ASEAN dalam Bidang Sains dan Teknologi Kuantum

Mesyuarat Negara-negara ASEAN dalam Bidang Sains dan Teknologi Kuantum

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In