23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mesyuarat Bersejarah Penubuhan ASEAN Federation of Physics Societies (AFPS) di Singapura

Editor by Editor
10/09/2017
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Mohd Faizal Aziz, yang menghadiri meeting on ASEAN Federation of Physics Societies di Singapura baru-baru ini.

Bertempat di Institute of Advanced Studies (IAS), Nanyang Technological University,  satu mesyuarat bersejarah telah diadakan bagi menubuhkan kesatuan fizik peringkat negara-negara ASEAN yang dinamakan ASEAN Federation of Physics Societies (AFPS). AFPS julung kali ditubuhkan bersempena dengan ulangtahun ke 50 kemunculan ASEAN.

Mesyuarat sesi meja bulat penubuhan AFPS yang dipengerusikan oleh Prof. Leong Chuan Kwek, Timbalan Pengarah Institute of Advanced Studies, NTU dan juga penyelidik utama di Center of Quantum Technologies, National University of Singapore (NUS) mencapai kemuncaknya apabila majlis menandatangai Perlembagaan dan Piagam AFPS disertai oleh 10 wakil fizik negara-negara ASEAN. Penubuhan AFPS disokong sepenuhnya oleh Kementerian Hubungan Luar Singapura yang diwakili oleh Mr. Chee King Tan selaku Timbalan Pengarah Asean Socio-Cultural Community dari kementerian tersebut.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 pagi bertarikh 29 Ogos 2017, dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah dan Pengasas IAS-NTU, Profesor Kok Khoo Phua. Ia kemudian disusuli pula oleh wakil Kementerian Hubungan Luar Singapura, Chee King Tan dan Presiden Institute of Physics Singapore, Profesor Rajdeep Singh Rawat.

Dalam ucapan tersebut, ketiga-tiga mereka bersetuju dan menyokong penuh inisiatif penubuhan AFPS selepas 50 tahun tertubuhnya ASEAN. AFPS melalui penubuhannya akan memainkan peranan penting dalam bidang saintifik di ASEAN dan mempunyai suara di peringkat antarabangsa. Langkah pertama ini merupakan satu usaha penting dalam usaha membina dan melahirkan saintis berpengaruh dalam bidang fizik khususnya.

Prof Siaw Kiang Chou, Advisory Board Member dari ASEAN Committee on Science and Technology (COST), melalui ucaptama beliau sempena mesyuarat penubuhan AFPS tersebut telah membentangkan topik bertajuk ‘ASEAN Cooperation on Science Technology’. Dalam pembentangan tersebut, beliau memberikan gambaran menyeluruh tentang usaha-usaha yang telah dijalankan oleh COST.

Beliau berulangkali menyebut tentang keperluan menarik saintis fizik ASEAN bergerak aktif di dalam sembilan sub-komiti di bawah ASEAN COST. Dalam sembilan sub-komiti ini, sekurang-kurangnya tiga sub-komiti utama dibentuk menggabungkan pakar yang terdiri dari kumpulan sains bahan & teknologi, meteorologi & geofizik serta teknologi angkasalepas & aplikasi.

Prof. Chou juga menegaskan tentang kepentingan mengadakan hubungan dan dialog rakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi sepertimana yang digariskan dalam penubuhan ASEAN di peringkat awal. Beliau menggariskan empat strategi utama yang ditelah dibincangkan melalui ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (STI) 2016-2025. Empat strategi utama tersebut mensasarkan galakan kolaborasi inter-sektor; talent mobility, connectivity dan inclusiveness; kesedaran awam kepentingan STI dan perkara-perkara berkaitan serta menubuhkan sistem rakan kerjasama pintar dan relevan bidang STI.

Tahun 2015 merupakan tahun di mana istilah inovasi digabungkan dalam kluster Sains dan teknologi (S&T) menjadikannya (STI). Selain itu, satu dana khas juga telah diwujudkan yang dinamakan sebagai Asean Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) yang menyediakan dana permulaan untuk projek-projek yang diluluskan.

Majlis bersejarah menandatangani MoU piagam dan perlembagaan AFPS oleh wakil-wakil dari 10 negara ASEAN disaksikan oleh saintis fizik tersohor yang didatangkan khas dari CERN iaitu Profesor John Ellis, Profesor Emmanuel Tsesmelis, Prof Albert De Roeck. Selain itu, ia turut disaksikan oleh pengarah High Energy Physics China, Profesor Yifang Wang, Profesor Di Li dari National Astronomical Observatories, China, Profesor Shangjr Gwo, dari National Synchrotron Radiation Research Centre, Taiwan. Turut bertindak sebagai pemerhati bebas antarabangsa ialah delegasi dari Sakha Republic of the Russian Federation mewakili Kementerian Sains dan Teknologi republik tersebut.

Sebelum upacara menandatangani piagam AFPS yang bersejarah dilakukan di sebelah petang, setiap wakil dari negara-negara ASEAN membentangkan cadangan dan idea-idea bagi memantapkan perjalanan AFPS di masa hadapan. Pembentangan dari Malaysia diwakili oleh Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) UPM Profesor Madya Dr Hishamuddin Zainuddin.

10 wakil delegasi fizik negara-negara Asean yang yang hadir dalam mesyuarat penubuhan bersejarah tersebut ialah;

1. Prof. Kurunathan Ratnavelu (Presiden Institut Fizik Malaysia)

2. Prof. Rajdeep Sing Rawat (Institut of Physics Singapore)

3. Dr. Mohammad d. Khairul Zarifi Bin Haji Masri (Universiti Brunei Darussalam, Brunei)

4. Prof Mitra Djamal (Pengerusi, Indonesian Physical Societies, Indonesia)

5. Prof Chan Oeurn Chey (Royal University of Phnom Penh, Cambodia)

6. Prof Pho Kaung (University of Yangon, Myanmar

7. Prof Boonrucksar Soonthornthum (Siam Physics Society, Thailand

8. Prof Nguyen Dai Hung (Vietnam Physical Society,Vietnam)

9. Prof Khamphouth Phommasone (University of Laos, Laos)

10. Prof Cristine Villagonzalo (Samahang Pisika ng Pilipinas, Filipina)

Mengakhiri mesyuarat tersebut, Profesor Phua dilantik sebagai Presiden Sementara AFPS dan IAS NTU bertindak sebagai sekretariat AFPS selama satu penggal (3 tahun). Pemilihan jawatan-jawatan utama akan diadakan pada bulan Oktober dan pemilihan dalam talian diadakan pada November. Keputusan pemilihan akan diumumkan pada bulan Disember 2017.

Nota: Foto-foto sekitar mensyuarat penubuhan AFPS

 

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Kurunathan Ratnavelu, Presiden Institut Fizik Malaysia (2 dari kanan) bergambar bersama Prof John Ellis Kiri-kanan; Prof Madya Dr Hishamuddin Zainuddin (UPM), Dr Clarissa Lee (Sunway University), Dr. Nurisya Mohd Shah (UPM), Prof. John Ellis (CERN), Prof. Kurunathan Ratnavelu(UM), Dr. Chan Kar Tim (UPM)

 

Prof Leong Chuan Kwek mempengerusikan sesi meja bulat membincangkan piagam dan perlembagaan AFPS
Wakil fizik ASEAN bersama piagam AFPS yang ditandatangani
Prof Kurunathan, Presiden Institut Fizik Malaysia
Majlis menandatangani poagam dan perlembagaan AFPS oleh 10 wakil negara-negara ASEAN

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Saintis ini Menggunakan Darah Sendiri Untuk Kajian Beliau

Next Post

Bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics dengan kerjasama CERN

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

4 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics dengan kerjasama CERN

Bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics dengan kerjasama CERN

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In