23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mimpi, mengapa kita tidak mampu mengingatinya?

Info Sains

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/11/2018
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan, Rencana
0 0
0

Oleh : Saiful Bahari

Artikel ini merupakan terjemahan dan ringkasan daripada video informasi yang diterbitkan oleh laman sesawang everything explained. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan fakta, mohon maklumkan kepada pihak MajalahSains.com di alamat email editormajalahsains@gmail.com

MIMPI
Sedetik selepas terjaga dari tidur, kita tidak mampu mengingati apa yang berlaku dalam mimpi kita. Kebanyakkan orang sebenarnya tidak dapat mengingati hampir 90 % mengenai mimpi mereka sebaik sahaja terjaga dari tidur.

Mengapa ini terjadi? 
Mengapa kita lupa mengenai mimpi kita?
Apa gunanya bermimpi, sekiranya kita tidak mampu mengingatinya?
Adakah cara agar kita mampu mengingati mimpi?

 

Bagamaina cara untuk mengingati mimpi?

Kitaran Fasa Tidur


Mimpi biasanya berlaku semasa Fasa Tidur yang dikenali sebagai Pergerakan Mata Pantas (Rapid-Eye Movement) atau REM. REM merupakan Fasa Keempat dan Fasa Akhir Tidur. Semasa dalam tiga fasa sebelum REM, badan kita berada dalam keadaaan relaks dan gelombang otak adalah perlahan. Tetapi semasa Fasa REM, keadaan otak seakan-akan aktif seperti ketika kita sedar. Pada Fasa REM ini juga mata didapati bergerak dengan cepat dalam pelbagai arah dan pernafasan menjadi semakin laju serta tidak teratur. REM boleh berlaku beberapa kali sepanjang malam yang merangkumi hampir 20-25 % daripada kitaran tidur orang dewasa dan hampir 50 % kitaran tidur bayi. Jadi, jika REM dan mimpi yang kita alami semasa itu, adalah sebahagian besar kitaran tidur, mengapa kita masih lagi tidak mampu mengingati mengenainya? Tiada siapa yang boleh menerangkan mengenai perkara ini dengan tepat. Malah, tidak salah jika saya katakan banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai tidur. Namun demikian, terdapat juga beberapa teori yang membicarakan mengenai kesukaran untuk mengingati mimpi.

Teori Struktur Mimpi
Kebiasaannya, cara kita mengingati sesuatu perkara ialah secara kronologi atau secara sebab dan akibat. Tetapi mimpi tidak mematuhi cara ini !. Satu ketika, kamu mungkin bermimpi sedang menyediakan sarapan, dalam sejenak kemudian, kamu dapati diri kamu sedang terbang di atas ladang jagung. Kekurangan struktur koheren ini merupakan halangan terbesar sekali untuk mengingati mimpi kerana kronologi mimpi tidak seperti cara yang biasa (kronologi / sebab & akibat) kita gunakan untuk mengingati sesuatu perkara atau peristiwa.

Teori Evolusi
Kecenderungan untuk lupa mengenai mimpi mungkin boleh dikaitkan dengan faktor evolusi. Dari perspektif evolusi, mimpi boleh menjadi tidak berguna apabila dikaitkan dengan pembelajaran dan kelangsungan hidup. Ini kerana kita tidak dapat menerapkan apa yang berlaku dalam mimpi untuk senario kehidupan sebenar. Contohnya, Seorang primitif bermimpi bahawa dia dapat menewaskan haiwan pemangsa jenis karnivor hanya dengan menyanyi kepada haiwan itu. Kemudiannya setelah sedar dari mimpi, orang primitif itu cuba melakukan perkara yang sama dalam kehidupan sebenar, saya yakin orang primitif itu pasti akan sangat menyesal !. Jadi, mungkin kecenderungan untuk lupa mengenai mimpi adalah satu proses evolusi otak manusia untuk menyingkirkan maklumat yang tidak berguna.

Pemangsa mengejar mangsa yang menyesal

 

Ilustrasi Kawasan Dorsolateral prefrontal cortex pada otak manusia

Secara normal, mimpi yang tidak penting biasanya akan dilupakan, namun terdapat mimpi yang kekal dalam ingatan untuk sepanjang hayat. Kebiasaannya mimpi seperti ini mempunyai kaitan dengan emosi dan kehidupan peribadi seseorang. Misalannya, temujanji romantik, pertemuan penting, ataupun pencapaian peribadi. Berfikir tentang perkara ini boleh mengaktifkan Dorsolateral Prefrontal Cortex atau DLPFC iaitu suatu bahagian pada otak yang dikaitkan dengan Memori Kerja (Working Memory).  Bermimpi sesuatu yang sangat aneh atau signifikan didapati meningkatkan aktiviti di dalam DLPFC dan seterusnya membolehkan kita mengingati mimpi itu. Ini terbukti benar kerana penulis sendiri berjaya mengingati mimpinya sejurus tersedar dari tidur akibat keletihan menyiapkan artikel ini.

 

Jurnal mimpi

Jurnal mimpi didapati terbukti mampu meningkatkan ingatan mengenai mimpi yang kita alami. Caranya amat mudah, cuma sediakan pen dan kertas di sebelah katil, tuliskan semuanya yang anda mampu ingat dengan segera sejurus terjaga dari tidur. Sudah tentu anda juga boleh lakukan kaedah ini dengan menggunakan telefon pintar, akan tetapi kebarangkalian untuk anda terganggu dari matlamat asal adalah amat tinggi.

 

Mimpi Indah ya!!!!!

 

Kredit Foto :

medicalnewstoday
kidspot
sleepjunkies
wikipedia
neurosciencemarketing
luciddreamsociety

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: DLPFCDorsolateral Prefrontal CortexmimpiRapid-Eye MovementWorking Memory
ShareTweetShare
Previous Post

Hasil Inovasi Pelajar Sekolah Tinggi Fukui telah memperoleh Persijilan Makanan Patuh Angkasa

Next Post

Nanotomografi Pendarfluor Sinar-X

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

16 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Nanotomografi Pendarfluor Sinar-X

Nanotomografi Pendarfluor Sinar-X

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In