23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Minum Madu Tapi Penyakit Yang Dapat

Info Perubatan & Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
05/07/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain & Dr Sarah Aqilah Ghazali
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

Masyarakat Malaysia amat sinonim dengan perkataan madu. Secara umumnya, madu ini adalah suatu yang manis, lazat dan menyenangkan. Sebab itulah, bila bercakap berkaitan madu lebah, ianya adalah suatu kelaziman yang menjadi amalan pemakanan biasa dalam masyarakat kita. Apatah lagi dengan lebih 60 peratus penduduk Malaysia beragama Islam yang percaya akan kelebihan madu lebah seperti disebutkan di dalam al-Quran. Dalam surah ke-16 iaitu al-Nahl ayat 68 dan 69 yang menyebut secara jelas madu mengandungi penawar untuk manusia. Oleh sebab itulah, amalan mengambil madu oleh masyarakat kita adalah suatu yang wajar dibanggakan kerana selain dari kepercayaan turun temurun berkaitan kebaikan dari mengambil madu, ianya juga telah dibuktikan secara saintifik akan manfaatnya. Kebaikan madu juga telah diakui dan diamalkan sejak 8000 tahun yang lalu seperti yang tercatat dalam sejarah. Orang Mesir kuno, Rom, Yunani, Asyur dan China telah menggunakan madu untuk terapeutik seperti penyembuhan luka dan penyakit gastrousus.

Namun apa yang berlaku mutakhir ini, madu yang dijual di pasaran bercampur aduk antara madu tulen atau palsu. Madu tulen atau asli dihasilkan daripada nektar tumbuhan atau rembesan bahagian hidup tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah madu. Hasil penelitian sains, madu asli atau tulen mengandungi 80% gula terutama fruktosa dan glukosa dan lebih 200 komponen lain termasuklah antioksidan, air, vitamin, mineral, asid fenolik, protein, dan enzim. Walaupun ramuan penting dalam semua madu hampir sama, namun komposisi madu berbeza berdasarkan jenis tanaman sarang lebah itu berada. Manakala madu palsu yang disebut juga ‘adulterated honey’ adalah madu yang telah dicampur bahan lain yang menurunkan kualiti madu tersebut. Bahan campuran biasa yang dimasukkan adalah larutan gula dari sirap jagung dan sirap gula tebu. Tujuan utama adalah untuk menambah kuantiti madu yang boleh dipasarkan demi keuntungan pengeluar.

Di Malaysia, jenis madu yang paling terkenal ialah Madu Tualang (Koompassia excels), Gelam (Melaleuca Cajuputi), Akasia, Durian, Getah (Hevea brasilinesis) dan Madu Hutan. Madu Tualang adalah sejenis madu hutan multifloral yang dihasilkan oleh lebah batu (Apis dorsata). Akhir-akhir ini Madu Tualang mendapat populariti kerana penemuan manfaat kesihatannya yang dibuktikan secara saintifik. Lebah sering membina sarang tinggi di pohon Tualang, yang dapat mencapai ketinggian hingga 250 kaki, dan pokok-pokok ini biasanya terdapat di Kedah. Madu Tualang telah dibuktikan mempunyai sifat antioksidan, anti-radang, antitumor, dan anti-diabetes lebih baik daripada jenis madu tempatan yang lain. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2013, Madu Tualang mempunyai kesan yang lebih baik untuk penyembuhan luka berbanding dengan madu Manuka, yang merupakan madu monofloral dari New Zealand dan Australia. Hasil dari penemuan inilah maka Madu Tualang lebih diburu oleh pembeli di Malaysia walaupun harganya agak mahal.

Disebabkan kebaikan yang banyak dari pengambilan madu lebah yang ditambah lagi sokongan dari kajian saintifik maka semakin ramai masyarakat menggunakan produk semula jadi. Oleh sebab itulah permintaan terhadap madu telah meningkat dengan pesat sama ada di Malaysia atau global.  Namun, kerana perubahan iklim, penebangan hutan yang makin luas, dan pengurangan koloni lebah maka bekalan madu perlahan-lahan merosot, tidak hanya di pasaran Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Tambahan pula, harga madu telah meningkat, menjadikannya tidak berpatutan bagi sebilangan pengguna madu. Faktor-faktor ini yang mendorong kepada terhasilnya banyak madu tiruan, madu yang tidak tulen dijual di pasaran bagi mengimbangi permintaan yang tinggi.

Bila diteliti, isu madu tiruan sebenarnya telah wujud sejak sekian lama dan telah banyak dijual dalam pasaran seluruh dunia. Disebabkan berlaku kesukaran untuk membezakan antara madu tulen dan tiruan, maka sebilangan rakyat Malaysia mengambil alternatif yang dijangka lebih selamat iaitu dengan membeli madu dari orang asal atau penduduk kampong berdasarkan kepercayaan bahawa madu itu adalah tulen. Walau bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan di Universiti Malaya pada tahun 2006 dengan meneliti 40 sampel madu tempatan  yang dijual di pasaran menyimpulkan hanya 23% adalah madu tulen. Selebihnya iaitu 31 sampel (77%) adalah sama ada madu sintetik atau madu yang telah dicampurkan dengan bahan lain, iaitu madu yang tidak tulen.

Apa yang merungsingkan pengguna adalah kesan kesihatan dari amalan pengambilan madu yang tidak tulen. Madu tiruan atau tidak tulen mengandungi bahan pemanis atau gula yang tinggi, dan rendah kandungan nutrisi madu yang sebenarnya. Pengambilan gula yang tinggi dan kerap menyebabkan tindak balas peningkatan rembesan insulin dalam badan seterusnya kesan jangka panjang adalah kenaikan berat badan, lipid tinggi dalam darah dan tekanan darah tinggi. Ini akan meningkatkan risiko pengguna untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, aterosklerosis, dan penyakit jantung koronari. Dapatan daripada laporan yang dikeluarkan pada tahun 2018 hasil daripada kajian eksperimental di UiTM yang menggunakan tikus makmal menunjukkan tiada kesan jangka pendek (14 hari) dari pengambilan madu tidak asli. Namun, kesan jangka panjang (iaitu dalam tempoh 16 minggu) menunjukkan tikus yang diberi makan madu tiruan meningkat berat badan, tidak normal pada fungsi ginjal dan meningkat paras lemak (trigliserida dab kolesterol) dan glukosa dalam darah. Apa yang lebih mengejutkan, tikus yang diberi madu tiruan ini mati lebih awal.

Pada hakikatnya, rata-rata masyarakat kita masih ramai yang tidak mendapat maklumat yang cukup berkaitan kesan buruk dari pengambilan madu tidak tulen ini. Amat sadis sekali apabila madu yang dijangkakan memberi kesan kebaikan bertukar menjadi racun dalam senyap kepada kesihatan kita gara-gara kesilapan kita dalam memilih dan membeli madu tersebut. Ramai memilih membeli madu yang tidak asli disebabkan harga lebih murah dan mudah didapati di dalam pasaran. Dapatan kajian berkaitan  penipuan makanan di kalangan pengguna Malaysia pada tahun 2020 oleh penyelidik UPM mendapati kesedaran masyarakat sebagai pegguna adalah rendah. Kebanyakan pembeli mengenali keaslian atau kualiti makanan berdasarkan rasa dan pengalaman penggunaan sebelumnya semata-mata.

Langkah segera dan komprehensif amat perlu demi kesejahteraan masyarakat dalam isu berkaitan madu tiruan atau tidak asli ini. Peranan untuk memastikan madu di pasaran adalah madu tulen memerlukan kerjasama banyak pihak. Pihak berkuasa yang berkaitan amat perlu untuk mengambil tindakan mencegah pengeluaran, perdagangan dan pemasaran madu tidak asli ini. Kesedaran pengguna mengenai penipuan makanan juga sangat penting sebagai satu kuasa beli mereka untuk menyatakan hak mereka sebagai pembeli. Tidak keterlaluan untuk mengharapkan pihak yang terlibat dalam bisnes jualan madu agar lebih jujur terhadap kualiti produk makanan yang dijual. Disamping itu, lebih banyak rancangan perlu dibuat untuk meningkatkan pengeluaran madu tulen tempatan bagi memenuhi permintaan yang tinggi sama ada dalam negara atau untuk dieksport ke luar negara. Usaha ini amat wajar bagi memastikan manfaat sebenar madu lebah dapat dinikmati oleh manusia demi kelangssungan kesihatan mereka.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 69 yang bermaksud “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Ayat ini menerangkan tentang penciptaan madu yang begitu rumit dan manfaatnya begitu berguna kepada manusia sebagai penawar berbagai penyakit. Sewajarnya pengambilan madu lebah yang tulen dijadikan amalan rutin dan juga sebagai terapeutik. Justeru, langkah-langkah segera perlu diambil bagi menjamin industri madu yang bebas dari unsur-unsur pemalsuan atau penipuan bagi memastikan kebaikkannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Wallahualam.

 

Penulis,

Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain (MD, MCM, PhD)
Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Dr Sarah Aqilah Ghazali
Calon Sarjana Kesihatan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Kredit Foto  : bakemag

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Sarah Aqilah GhazaliInfo Perubatan & KesihatanMaduProf Madya Dr Nik Rosmawati Nik HusainPusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Next Post

Bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mempengaruhi Corak Pemakanan Kita?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mempengaruhi Corak Pemakanan Kita?

Bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mempengaruhi Corak Pemakanan Kita?

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In