23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Minyak Atau Santan Kelapa Dalam Masakan : Adakah Pilihan Sihat

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
07/07/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Venusya Dharmalingam & Prof Madya Dr. Zahara Binti Abdul Manaf
Fakulti Sains Kesihatan UKM

 

 

 

Kelapa lazimnya digunakan dalam kebanyakan masakan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan etnik. Kelapa bermanfaat untuk  pelbagai jenis kegunaan bukan sahaja dalam masakan, malah juga digunakan sebagai produk kesihatan, kecantikan diri dan juga barang keperluan harian. Baru-baru ini, pengunaan minyak atau santan kelapa juga telah menjadi trend dan kini merupakan bahan popular dalam masakan Barat serta seluruh dunia. Dalam kalangan rakyat Malaysia, minyak dan santan kelapa daripada kelapa tua merupakan bahan asas dalam penyediaan makanan harian, baik dalam makanan jenis berkuah, kuih-muih ataupun dalam hidangan pencuci mulut. Namun begitu, masyarakat Malaysia masih mempersoalkan keistimewaan dan juga manfaat penggunaan minyak atau santan kelapa dari segi kesihatan. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bukti kelebihan minyak kelapa dan juga santan kelapa kepada kesihatan manusia.

 

Manfaat Minyak Kelapa Kepada Kesihatan

Minyak kelapa kaya dengan lemak tepu yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Dua pertiga minyak kelapa terdiri daripada asid lemak rantai sederhana (medium-chain fatty acids) (MCFA). Menurut beberapa kajian saintifik, minyak kelapa dapat meningkatkan paras kolesterol-HDL, yang merupakan kolesterol baik justeru dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Selain itu, paras trigliserida dalam darah juga dilaporkan dapat dikawal dengan pengambilan minyak kelapa dalam makanan kerana sifat minyak kelapa yang kardioprotektif, iaitu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Terdapat kajian oleh Feranil et al. (2011) terhadap kalangan wanita dalam fasa menopaus di negara Filipina, membuktikan bahawa pengambilan minyak kelapa sebanyak 10g setiap hari dapat mengawal paras kolesterol darah dalam kalangan wanita yang telah mengalami menopaus (kitaran haid terakhir) disebabkan peningkatan paras kolesterol HDL dalam darah.

 

Diabetes pula berlaku apabila insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tidak berfungsi akibat terlalu cepat makanan berkarbohidrat menjadi glukosa dalam darah dan paras glukosa terlalu tinggi selepas makan. Dengan pengambilan minyak kelapa secara berterusan, kajian menunjukkan bahawa sensitiviti sel kepada insulin dapat ditingkatkan dengan menyeimbangkan reaksi insulin justeru dapat mengawal paras glukosa dalam darah. Disebabkan minyak kelapa kaya dengan asid lemak rantai sederhana (MCFA) dan bahan antioksida, ia dilaporkan dapat meningkatkan tahap memori dan fungsi kognitif otak terutama dalam kalangan warga emas. Asid laurik atau juga dikenali sebagai monolaurin dalam minyak kelapa, bersifat anti kanser dan dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh manusia. Menurut kajian ilmiah oleh Ramesh et al. (2019), pengambilan minyak kelapa setiap hari juga dikatakan dapat membantu dalam peningkatan kadar metabolisma tubuh dan dengan prinsip pemakanan yang seimbang, turut dapat membantu dalam penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, minyak masak tinggi dengan kalori, di mana 1 sudu teh minyak kelapa adalah bersamaan dengan 1 sudu teh minyak masak yang lain. Oleh itu, pengambilan segala jenis minyak masak harus dikawal untuk mengurangkan risiko obesiti.

 

Khasiat dan Manfat Sebenar Santan Kelapa

Santan kelapa lazimnya digunakan sebagai pelengkap masakan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, cecair berkrim ini sering dipersoalkan dari segi kesihatan dan menjadi stigma bahawa makanan yang berlemak dan dimasak menggunakan santan mengandungi kolesterol yang tinggi dan hanya memudaratkan kesihatan. Tahukah anda bahawa santan kelapa juga mengandungi asid lemak rantaian sederhana (MCFA) serta tahap asid laurik yang tinggi seperti dalam minyak kelapa? Santan kelapa juga mengandungi bahan antioksida yang tinggi dan dapat melindungi tubuh dari gangguan radikal bebas serta dapat mengjadi salah satu faktor melambatkan proses tanda penuaan menurut beberapa kajian.

Walau bagaimanapun, kandungan lemak tepu dalam santan kelapa adalah sangat tinggi. Oleh sebab itu, anda juga harus memahami fakta pemakanan serta kalori santan kelapa untuk mengetahui had pengambilannya. Kalori dan kandungan lemak dalam santan kelapa adalah tergantung kepada pelbagai jenama yang dijual di pasaran. Misalnya, jumlah kalori dalam santan kelapa yang disediakan sendiri di rumah dari parut kelapa adalah sebanyak 560 kalori dengan 58g lemak (51g daripadanya adalah lemak tepu). Oleh itu, anda harus peka dengan nilai kalori yang diambil dan dapat memilih alternatif lain di pasaran seperti jenama santan kelapa yang rendah kalori dan juga rendah lemak terutamanya lemak tepu. Kedua-dua minyak kelapa dan santan kelapa mempunyai nilai kalori yang tinggi dan harus diambil secara terkawal untuk mencegah obesiti.

 

Rujukan

Alyaqoubi, S., Abdullah, A., Samudi, M., Abdullah, N., Addai, Z. R. &  Musa, K.C. 2015. Study      of Antioxidant Activity and Physicochemical Properties of Coconut Milk (Pati Santan) in Malaysia. 7(4): 967-973.

Arunima, S., Rajamohan, T. J. F. & Function. 2013. Effect of Virgin Coconut Oil Enriched Diet on the Antioxidant Status and Paraoxonase 1 Activity in Ameliorating the Oxidative Stress in Rats–a Comparative Study. 4(9): 1402-1409.

Chinwong, S., Chinwong, D., Mangklabruks, A. C. & Medicine, A. 2017. Daily Consumption of Virgin Coconut Oil Increases High-Density Lipoprotein Cholesterol Levels in Healthy Volunteers: A Randomized Crossover Trial.

Feranil, A. B., Duazo, P. L., Kuzawa, C. W. & Adair, L.N. 2011. Coconut Oil Predicts a Beneficial Lipid Profile in Pre-Menopausal Women in the Philippines. 20(2): 190.

Ramesh, S., Krishnan, V., Praveen, S. & Hebbar, K. 2019. Coconut Oil–Scientific Facts, Indian Acad Sciences Cv Raman Avenue, Sadashivanagar, Pb# 8005, Bangalore.

Narayanankutty, A., Mukesh, R. K., Ayoob, S. K., Ramavarma, S. K., Suseela, I. M., Manalil, J. J., Kuzhivelil, B. T. & Raghavamenon, A.S. 2016. Virgin Coconut Oil Maintains Redox Status and Improves Glycemic Conditions in High Fructose Fed Rats. 53(1): 895-901.

 

Kredit Foto : thehealthsite

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains KesihatanInfo KesihatanMinyak KelapaProf Madya Dr. Zahara Binti Abdul ManafSantan KelapaUniversiti Kebangsaan MalaysiaVenusya Dharmalingam
ShareTweetShare
Previous Post

Bahayanya Penggunaan Ubat Kuat Terlarang Untuk Mengatasi Masalah Mati Pucuk

Next Post

Pemakanan & Pereputan Gigi

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik
Alam Semulajadi

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik

1 day ago
Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk
Berita & Peristiwa

Pterigium : Masalah Mata Kering dan Berhabuk

2 weeks ago
Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan
Astronomi & Kosmologi

Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan

4 weeks ago
MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Astronomi & Kosmologi

MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka

1 month ago
Next Post
Pemakanan & Pereputan Gigi

Pemakanan & Pereputan Gigi

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In