23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

Editor by Editor
11/03/2018
in Astronomi & Kosmologi, Fizik
0 0
0

Oleh: Muhammad Musoddiq Jaafar & Mohd Faizal Aziz
MajalahSains.Com

 

Pada 11 Jun 1983, rakyat Indonesia yang marah menggelarkan hari tersebut sebagai Hari Pembodohan Nasional. Ia berikutan larangan Presiden Suharto ketika itu, bahawa sesuatu yang buruk bakal menimpa sekiranya mereka keluar dari rumah, kerana pada hari itu merupakan hari  berlakunya fenomena Gerhana Matahari Penuh di Indonesia.

Mitos-mitos dan tahyul yang dikaitkan dengan gerhana matahari selalu berlegar-legar dalam masyarakat. Naga menelan matahari, kemurkaan dewa, petanda permulaan bencana dan sebagainya.

Di Malaysia kita juga tidak ketinggalan meraikan mitos. Hampir setiap kali berlaku fenomena gerhana! Terbaru seperti yang dilaporkan oleh media, kesan graviti akibat fenomena gerhana matahari mampu menyebabkan telur berdiri jika diletakkan di atas lantai. Ia dilaporkan secara meluas di akhbar-akhbar perdana.

Semalam (9/3/2016), sebahagian besar penduduk bumi telah menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku, iaitu fenomena gerhana matahari. Gerhana matahari terjadi apabila posisi bulan terletak di antara bumi dan matahari sehingga menutup sebahagian atau keseluruhan cahaya matahari (bergantung pada lokasi cerapan).

Walaupun bulan lebih kecil daripada matahari, bayangan bulan mampu melindungi hampir keseluruhan cahaya matahari kerana jaraknya lebih kurang 384,000 kilometer (purata) dari Bumi dan lebih dekat jika dibandingkan dengan Matahari yang mempunyai jarak 149 juta kilometer (purata).

Fenomena Gerhana Matahari

Terdapat empat jenis gerhana matahari iaitu gerhana penuh, gerhana anulus/cincin, gerhana hybrid (gerhana anulus-penuh), dan gerhana separa. Gerhana penuh adalah ketika bebayang bentuk gelap Bulan menutup sepenuhnya cahaya matahari. Gerhana anulus/cincin berlaku apabila bulan sebaris dengan Matahari dan Bumi, tetapi oleh kerana saiz bulan lebih kecil, maka matahari kelihatan berbentuk cincin.

Gerhana hibrid yang juga dikenali dengan gerhana anulus-penuh adalah keadaan apabila gerhana tersebut berubah antara gerhana penuh dan anulus seperti yang dijelaskan di atas. Beberapa lokasi di bumi akan menampakan gerhana anulus, tetapi sebahagian tempat lain pencerap akan dapat melihat gerhana penuh. Analoginya seperti di dua padang yang bersebelahan, di padang A gerhana penuh kelihatan tetapi di padang B gerhana anulus pula yang kelihatan. Gerhana hibrid adalah gerhana yang jarang berlaku.

Yang terakhir adalah gerhana separa iaitu keadaan apabila Matahari, Bulan, dan Bumi tidak tepat sebaris dan meliputi Matahari dengan separa atau tidak meliputi keseluruhan Matahari. Fenomena ini lazimnya dilihat warga Bumi terletak di luar laluan gerhana anulus atau penuh. Inilah yang dapat disaksikan oleh penduduk di Malaysia pada hari Rabu 9/3/2016.


Mitos Telur Berdiri

Dalam keriuhan kita menyaksikan fenomena gerhana matahari, ramai yang teruja dengan ‘pertunjukan’ telur ayam yang dikatakan “boleh berdiri” ketika gerhana. Kejadian itu dikatakan berlaku disebabkan graviti matahari dan bulan yang dalam satu barisan bergabung dan dapat menegakkan telur ayam di atas permukaan rata. Malah, dakwaan itu kononnya dikukuhkan dengan putih telur tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.

Seterusnya, terdapat kenyataan yang mengaitkan dengan garis medan kegravitian antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil seterusnya membolehkannya berdiri tegak.

Selain itu, ada yang mengaitkan dengan kawasan yang mempunyai medan magnetik yang tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah jika ditegakkan.

Banyak gambar berlegar-legar di media sosial yang menyatakan hal ini benar dan reaksi orang awam yang teruja menghangatkan lagi fenomena telur berdiri ini.

Adakah perkara ini sahih dari sudut saintifik?

Antara Mitos dan Realiti

Terdapat banyak persoalan dan fakta meragukan yang telah dikemukakan untuk ujikaji telur tersebut. Pertama kenyataan Matahari dan Bulan dalam keadaan selari telah menyebabkan telur boleh berdiri kerana tarikan graviti yang bergabung, serta putih telur tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat barada di bahagian bawah.

Jika keadaan ini benar, kita bukan sahaja melihat telur berdiri. Malah kita akan melihat banyak objek ringan yang lain akan terapung atau melakukan hal yang sama. Contohnya, kita akan mampu melihat bulu ayam, habuk, benang, dan benda yang lebih ringan akan menegak atau terapung. Selain itu paras air di dalam cawan akan lebih bertindak balas dengan gabungan graviti tersebut kerana cecair putih telur lebih likat. Tetapi semua itu tidak terjadi tetapi hanya terjadi kepada telur sahaja?

Ini adalah suatu fenomena yang tidak relevan sekiranya kita merujuk kepada persamaan graviti antara dua objek, iaitu:

newtons-gravity

dimana, G – nilai pemalar graviti, 6.67 x 10-11 m3 kg-1 s-2

$latex m_{1}$ – jisim objek 1

$latex m_{2}$ – jisim objek 2

d – jarak antara dua objek tersebut.

 

Jika nilai G dan d dibandingkan dengan berat cecair telur putih tersebut, ia langsung tidak akan bertindak balas dengan graviti bulan mahupun graviti matahari secara literal. Malah interaksi tersebut terlalu kecil dan tidak signifikasi sehingga menyebabkan telur tersebut mampu berdiri. Malah graviti bumi tetap dominan kerana jarak antara telur dan bumi adalah lebih dekat.

Malah, beberapa saintis terkemuka seperti Jay Pasachoff,  Profesor Astronomi dari Williams College, Massachusetts, US mengatakan, fenomena telur berdiri adalah sesuatu yang kelakar dan tidak masuk akal. Seterusnya, Govert Schilling juga mempertikaikan fenomena tersebut berdasarkan rumus daya graviti untuk dua objek di atas. Tambah beliau lagi, objek yang berjisim besar seperti bulan, bumi, dan matahari, air laut, gunung, dan lain-lain akan memberikan tindak balas yang lebih ketara berbanding objek kecil seperti telur tersebut.

Bagi kenyataan kedua yang mengatakan elektron dalam telur akan lebih stabil dengan gabungan tarikan graviti matahari dan bumi sebenarnya juga tidak relevan. Kerana tarikan graviti daripada bulan adalah terlalu lemah untuk mempengaruhi elektron. Malah tarikan graviti daripada bulan-bumi tidak mempengaruhi elektron sehingga menstabilkan kedudukan telur tersebut.

Selain itu, kami tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan menstabilkan elektron? Adakah dengan meneutralkan cas elektron? Atau menstabilkan momentum sudut (angular momentum)? Elektron akan bertindak balas dengan daya medan elektromagnetik, daya kuat (strong force) dan daya lemah (weak force), tetapi untuk daya graviti matahari-bulan dan elektron dengan jarak tersebut adalah tidak signifikan dalam realiti.

Menurut Dr. Nazri Halif, pensyarah fizik teori dari UNIMAP yang kami hubungi, kesan graviti (yang dikatakan terhasil dari gerhana) terhadap objek kecil sehingga subatomik MUNGKIN ada. Tetapi ia perlu dibuktikan melalui eksperimen yang lebih kompleks bagi mengesannya (Extreme physics requires extreme experiment & extreme observation). Kesan kegravitian terhadap objek kecil (merujuk kepada objek kuantum) pula merujuk kepada Kuantum Graviti. Sehingga kini belum ada lagi eksperimen yang mampu mengesan kewujudan ‘Kuantum Graviti’. Jika hal ‘telur berdiri’ ini hendak dikaitkan dgn konsep Fizik, ianya perlu merujuk kepada EMPAT konsep utama dalam Fizik: Fizik Klasik, Fizik Relativiti, Fizik Kuantum & Fizik Teori Medan Kuantum. Ia perlu mengikuti disiplin ini.

Medan Magnet

Mitos yang terakhir adalah kawasan yang mempunyai medan magnet yang kuat akan menyebabkan telur berdiri sewaktu gerhana matahari. Medan magnet dan tarikan graviti adalah daya yang berbeza dan bukan benda yang sama. Sebelum penemuan gelombang kegravitian, terdapat empat daya semulajadi iaitu daya elektromagnetik, daya kuat, daya lemah, dan daya graviti. Daya-daya tersebut tidak bercampur aduk dan menyebabkan perubahan terhadap daya yang lain. Jika daya magnet dipengaruhi oleh daya graviti atau sebaliknya, magnet tidak akan berfungsi di angkasa atau tempat yang tiada daya graviti. Selain itu, telur juga tidak mempunyai medan magnet yang dominan atau lebih kepada diamagnetik dan tidak akan bertindak balas dengan medan magnet dalam saiz tersebut. Telur tidak mempunyai sifat paramagnetik mahupun ferromagnetik yang mampu dipengaruhi oleh medan magnet.

Dalam Proceeding of the IEEE International Conference on Space Science and Communication hasil kajian dari Universiti Malaya (UM) yang bertajuk Acceleration due to Gravity Changes during SolarEclipse Phases juga mengatakan telur tersebut berdiri dengan bantuan tangan, walaupun kesimpulan hasil kajian tersebut juga diragui kesahihannya.

Malah tanpa gerhana matahari pun, telur tersebut mampu didirikan dengan menguasai teknik mengimbangi telur dengan tangan. Juga, selepas gerhana matahari, telur tersebut akan kekal berdiri. Maka dengan mengaitkan tarikan graviti dari bulan-matahari adalah tidak relevan.

Fenomena Air Pasang Surut

Seperti kenyataan di atas oleh Govert Schilling, objek yang besar seperti air laut atau gunung akan memberikan tindak balas yang signifikan terhadap tarikan graviti oleh bulan. Kerana itu, paras air di dalam baldi atau gelas tidak akan menunjukkan perubahan walaupun ketika air pasang di laut.


Merungkai Mitos Telur Berdiri

Mitos telur berdiri disebabkan oleh tarikan graviti bulan atau bulan-matahari bukanlah sesuatu yang baru, ianya telah lama menjadi tradisi dalam budaya Cina dan turut popular di barat.

Ukichiro Nakaya, ahli fizik dari Jepun telah menjalankan eksperimen dan membuktikan bahawa telur mampu ditegakkan bila-bila masa sahaja. Beliau juga mendapati yang kulit telur mempunyai banyak bonggol serta rongga dan sekiranya menjumpai tiga titik keseimbangan yang bersentuh dengan permukaan rata, telur mampu ditegakkan.

Malah, ahli astronomi Frank D. Ghigo daripada Universiti Minessota juga telah menjalankan eksperimen yang berlainan untuk mengukuhkan penemuan Ukichiro Nakaya. Termasuk, Philip Plait yang bertugas di Jabatan Fizik dan Astronomi di Sanoma State University – California State University juga menyangkal dakwaan yang telur berdiri disebabkan oleh tarikan graviti bulan atau bulan-matahari.


KESIMPULAN

Kebanyakan bukti bergambar yang berlegar-legar di ruang maya banyak menunjukkan keadaan matahari yang cerah dan bukan keadaan gelap ketika gerhana matahari. Kesahihan gambar tesebut boleh dipertikaikan kerana sudah pasti gambar itu adalah sebelum atau selepas gerhana matahari. Serta, ianya boleh menjadi bukti yang telur tetap dapat ditegakkan ketika bukan fenomena gerhana matahari berlaku.

Dan ketahuilah bahawa untuk meletakkan telur dalam keadaan berdiri, kita tidak perlu menunggu ketibaan gerhana matahari atau bulan dan yang berkaitan dengannya. Semoga dengan penjelasan ini, kita tidak terjebak dengan situasi Pembodohan Nasional seperti yang berlaku di Indonesia pada Jun 1983. Gerhana bukanlah masa untuk bermain telur!


RUJUKAN

  1. Schmid, Randolph. “Equinox Returns and Eggs Keep Balancing”. Associated Press, 20 September 1987.
  2. Philip Plait, Egg Balancing at the Equinox: Good or Bad Astronomy?, Astrosociety, 2003.
  3. Bernama, Fenomena telur berdiri ketika gerhana matahari jadi tarikan. AstroAwani 9 Mac 2016.
  4. Prof Jay Pasachoff and Govert Schilling, SE Newsletter December 1998, MRECPLISE, 1998.
  5. www.infoastronomy.org, Pembodohan Jangan Terulang!

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Sihat Sejahtera Melalui Analitis Data Raya

Next Post

Iklan: Penganjuran AIREX2018 UNIKL-MIMET

Editor

Editor

Related Posts

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022
Berita & Peristiwa

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

8 months ago
Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar
Berita & Peristiwa

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

9 months ago
Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang  “Tidak Dingin”
Astronomi & Kosmologi

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang “Tidak Dingin”

9 months ago
Next Post
Iklan: Penganjuran AIREX2018 UNIKL-MIMET

Iklan: Penganjuran AIREX2018 UNIKL-MIMET

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In