23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mulut Berbau Ketika Berpuasa. Punca dan Apa Perlu dilakukan?

Mulut Berbau Ketika Berpuasa. Punca dan Apa Perlu dilakukan?

Editor by Editor
10/05/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Dr. Wan Nur Alwani Wan Abdul Aziz
Pakar Pergigan Periodontik USIM

Dr. Zurairah Ibrahim
Pakar Pergigian Ortodontik USIM

 

Banyak kajian tentang faedah-faedah berpuasa yang telah dikemukakan. Untuk umat Islam, puasa sebulan dalam bulan Ramadhan adalah satu ibadat wajib yang mesti dipatuhi melainkan ada keuzuran tertentu yang membolehkan untuk tidak berpuasa.

Selain melatih diri untuk memenuhi tuntutan agama, berpuasa juga diketahui memberikan kesan baik terhadap tubuh badan daripada sudut sains dimana ia dapat memberi peluang kepada sistem pencernaan untuk berehat dan detoksifikasi (nyahtoksik), membantu mengawal tekanan darah dan kadar gula serta manfaat lain termasuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Dari sudut psikologi pula, ia dapat memberikan ketenangan emosi dan mental.

Namun begitu, kekurangan air dalam tempoh berpuasa sedikit sebanyak memberikan impak kepada tubuh badan seseorang dalam tempoh sementara. Antaranya kekurangan air liur akibat tindakan fisiologi semulajadi badan untuk mengurangkan kehilangan air dalam badan (dehidrasi). Kekurangan air liur atau dikenali sebagai Xerostomia seringkali menjadi punca utama masalah mulut berbau. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Air liur berfungsi sebagai mekanisme semulajadi bagi pencernaan makanan dalam mulut dan juga pertahanan mulut. Selain mengandungi enzim penting untuk pencernaan makanan, sifat sedikit beralkali dapat meneutralkan asid yang terbentuk akibat tindakbalas bakteria ke atas sisa makanan. Di samping itu mineral yang terkandung di dalamya seperti fluorida boleh melambatkan proses pembentukan karies gigi. Selain itu, air liur juga mengandungi antibodi semulajadi untuk melawan bakteria di dalam plak gigi (tahi gigi) yang boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. Air liur yang sentiasa dirembeskan dalam keadaan rehat, bercakap mahupun makan secara tidak langsung juga menjadi agen pembasah (hidrasi) dan pembersih semulajadi yang dapat mengawal kesihatan mulut seseorang. Kekurangan air liur ketika berpuasa bukan sekadar disebabkan kekurangan pengambilan air malahan juga adalah disebabkan mekanisme semulajadi badan untuk mengelakkan dehidrasi.

Justeru, apabila kekurangan ini berlaku, fungsi-fungsi air liur seperti di atas akan terjejas. Lebih banyak bakteria melekat pada gigi, gusi dan tisu lembut di dalam mulut termasuk lidah, pipi dan lelangit. Bakteria ini akan aktif mengeluarkan gas mengandungi sulfur yang menyebabkan bau mulut. Keadaan ini sering terjadi kepada orang yang berpuasa dan dianggap sebagai natijah biasa dikalangan umat Islam seperti di dalam sabda nabi S.A.W Dari Abu Hurairah, Bersabda Nabi SAW: “Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi” HR Bukhari No: 1771.

Namun bagi individu yang kerjayanya melibatkan hubungan dengan orang ramai, keadaan ini sedikit sebanyak merungsingkan dan menjejaskan keyakinan diri serta boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kedua-dua pihak. Kaedah terbaik untuk mengawal bau mulut adalah dengan bersugi atau memberus gigi. Umum mengetahui bersugi adalah disunatkan berdasarkan hadis nabi dari riwayat Abu Hurairah RA “Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.” HR Bukhari No: 887. Walau bagaimanapun, untuk orang yang berpuasa jumhur ulamak bersepakat mengatakan hukumnya harus jika ia dilakukan sebelum masuk waktu Zohor. Manakala jika bersugi dilakukan selepas waktu Zohor ulamak berbeza pendapat mengenainya (khilaf) iaitu makruh dan harus.

Berdasarkan fakta di atas, keadaan mulut berbau masih boleh dikawal dengan teknik memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali di siang hari iaitu sekali di awal pagi selepas sahur atau pun sebelum subuh dan sekali lagi sebelum waktu zohor. Frekuensi pemberusan ini boleh ditambah pada waktu malam hari sekurang-kurangnya sekali sebelum tidur. Harus diingat, penekanan harus diberikan kepada teknik memberus gigi yang betul dan sempurna. Sebagai contoh, jika seseorang memberus gigi sebanyak 5 kali sehari tetapi teknik yang digunakan tidak cukup membersihkan plak dan sisa makanan maka ia masih boleh menjadi punca kepada mulut berbau dan masalah gigi yang lain. Sebaliknya jika seseorang memberus gigi sekurang-kurang dua kali, tetapi menggunakan teknik yang betul, ia dapat mengelakkan bau mulut dan penyakit gigi yang lain. Pemberusan gigi seharusnya tidak hanya tertumpu kepada pemberusan gigi semata-mata, sebaliknya harus melingkupi hujung gusi dan lidah. Ini kerana kajian menunjukkan lidah merupakan kawasan paling tinggi pengumpulan bakteria dan pengabaian kebersihan lidah juga menjadi antara penyumbang utama kepada masalah mulut berbau.

Selain kaedah memberus gigi, bau mulut juga boleh dikurangkan dengan menggabungkan pemberusan dan penggunaan ubat kumur. Ubat kumur yang baik adalah yang mengandungi agen antibakteria di mana pengumpulan bakteria dapat dikawal sekaligus mengekang kejadian mulut berbau. Terdapat berbagai jenis ubat kumur di pasaran samada yang mengandungi ekstrak bahan semulajadi seperti herba dan essential oil ataupun ubat kumur formulasi kimia yang mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-plak yang mampu mengawal pembiakan bakteria dalam jangkamasa tertentu. Namun, harus diingat, kaedah utama pengawalan plak dan bau mulut adalah pemberusan gigi. Ubat kumur hanyalah sebagai agen tambahan (adjunctive) kepada pemberusan gigi yang dapat memberikan impak yang lebih berkesan terhadap kawalan kebersihan mulut.

Secara ringkasnya masalah mulut berbau tidaklah hanya berpunca daripada keadaan mulut yang kering (Xerostomia). Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain seperti pemakanan, penyakit gusi, penyakit berkaitan kanser mulut dan hidung, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan faktor usia yang boleh menjadi penyebab semulajadi kekurangan air liur. Jika anda menyedari bau mulut berlanjutan walaupun ketika tidak berpuasa, bersegeralah mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan pakar pergigian atau pun menyatakan masalah ini kepada doktor anda jika terdapat pengambilan ubat-ubatan yang anda sedari menyebabkan masalah kekurangan air liur atau mulut berbau. Apapun penjagaan kesihatan mulut bermula dari teknik pemberusan yang sempurna dan ia dapat dimaksimakan terutama di bulan yang barakhah ini agar kita dapat menjalani ibadah dengan rasa selesa dan penuh tawaduk dan kesyukuran.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kesihatan mulutmulut berbaupuasaUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Katak Sebagai Indikator Ekosistem Alam Yang Sihat

Next Post

Kepupusan Parasit; Baik atau Buruk?

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

7 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kepupusan Parasit; Baik atau Buruk?

Kepupusan Parasit; Baik atau Buruk?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In