23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mutasi D614G COVID-19 – Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada & Mematuhi SOP

Info Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/08/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof. Madya Dr. Firdaus Raih
Institut Biologi Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pada 6 Ogos 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan kemungkinan kluster Sivagangga melibatkan virus COVID-19 yang mempunyai genom dengan mutasi D614G.

Genom merupakan bahan baka keseluruhan semua organisma hidup dan bolehlah dilihat sebagai gedung genetik yang menyimpan maklumat mengenai protein yang akan dihasilkan oleh organisma untuk hidup. Walaupun tidaklah dianggap sesuatu yang hidup, virus juga mempunyai genom. Nama rasmi virus yang menyebabkan penyakit COVID-19 ialah SARS-CoV-2.

SARS-CoV-2 mempunyai genom yang terdiri daripada bahan kimia dinamakan RNA. Ia hampir sama dengan bahan kimia yang kita kenali sebagai DNA yang menjadi bahan baka kebanyakan organisma hidup termasuk manusia.

 

Ilustrasi Penjujukan Genom

 

Maklumat yang terkandung di dalam genom boleh dibaca melalui proses yang dinamakan penjujukan genom. Proses ini menjanakan data dalam bentuk huruf – A, C, G dan T – yang berada dalam jujukan tertentu. Setiap huruf dipanggil satu nukleotida dan nukleotida ini merupakan unit asas sesuatu genom (nukleotida juga dipanggil dengan nama bes atau pasangan bes mengikut keadaan tertentu).

Genom SARS-CoV-2 terdiri daripada hampir 30,000 nukleotida dan jika dibandingkan dengan genom virus lain, ia boleh dikirakan agak besar. Namun demikian, jika dibandingkan dengan organisma hidup lain, genom virus ini agak kecil – sebagai rujukan, genom manusia terdiri daripada lebih 3 bilion nukleotida; genom bakteria pula kebiasaannya mempunyai jutaan nukleotida.

Susun atur nukleotida dalam jujukan menjadi penentu protein yang akan dihasilkan. Maklumat yang terkandung dalam hampir 30,000 nukleotida genom SARS-CoV-2 akan menghasilkan sekitar 30 jenis protein berbeza yang diperlukan untuk kitar hidup virus. Sekadar perbandingan, manusia mempunyai lebih dari 20,000 jenis protein. Antara protein yang dihasilkan untuk dijadikan virus lengkap termasuklah protein yang dinamakan ‘spike’, iaitu protein yang dapat kita lihat seolah berbentuk unjuran atau duri yang terkeluar dari badan utama virus dalam gambar virus yang tersebar di pelbagai media.

Para saintis menganalisis data jujukan genom untuk mengenalpasti perbezaan di antara genom. Perbezaan ini juga disebut sebagai mutasi. Analisis sedemikian membolehkan virus dikesan dan dijejak apabila ia menjangkiti hos-hos lain. Ini adalah antara sebab mengapa para saintis dapat menyatakan asal usul sesuatu jangkitan secara khusus dari tempat atau negara mana. Analisis perbezaan jujukan genom juga dapat memberi maklumat mengenai mutasi yang mungkin mengakibatkan virus menjadi lebih senang berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

 

Antara muka Pengkalan Data GISAID

 

Sehingga masa penulisan, lebih 78,000 virus SARS-CoV-2 telah dijujuk genomnya dan maklumat yang terhasil tersimpan di pangkalan data yang boleh dicapai umum dinamakan GISAID (Global Initiative on Sharing All Influenza Data). Sekitar 100 data genom virus SARS-CoV-2 dari Malaysia juga tersimpan di pangkalan data ini.

Genom D614G yang telah disebut Datuk Dr Noor Hisham merujuk kepada mutasi pada kedudukan 614 dalam jujukan protein spike. Akibat mutasi jujukan nukleotida pada kedudukan tersebut, asid amino asal yang dinamakan asid glutamik (diwakili huruf D) telah berubah menjadi asid amino glisina (diwakili huruf G). Disebabkan perubahan yang berlaku adalah D614 menjadi G614, maka mutasi tersebut ditulis sebagai D614G.

 

Ilustrasi Mutasi Genom D614G

 

Mutasi ini telah dikesan muncul di Eropah pada Februari 2020. Satu penerbitan dalam jurnal Cell telah melaporkan bahawa kes COVID-19 yang membawa mutasi G614 kini melebihi kes yang melibatkan virus jenis asal D614. Ini menunjukkan bahawa virus yang membawa mutasi ini mempunyai keupayaan menjangkit yang lebih tinggi dan dengan itu menyebabkan penyebaran COVID-19 yang lebih tinggi, iaitu lebih cepat merebak. Laporan tersebut juga telah mengemukakan bukti bahawa virus dengan mutasi G614 berupaya dihasilkan dengan bilangan yang lebih tinggi dan ini juga memberi bayangan bahawa ia berupaya menjangkiti lebih banyak sel dalam tubuh.

Daripada lebih kurang 100 genom virus pencilan Malaysia yang telah dijujuk dan tersimpan di pangkalan data GISAID, 9 daripadanya telah dikesan mempunyai mutasi D614G. Ini bermakna virus dengan mutasi ini telah pun menembusi sempadan negara kita. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia haruslah lebih berwaspada dan mengikuti SOP yang telah sedia ada.

Sikap lambil lewa dan leka mengenai ancaman COVID-19 oleh kerana bilangan kes harian yang dikatakan rendah boleh membawa padah apabila kita dilanda ledakan kes COVID-19 yang boleh melumpuhkan prasarana kesihatan negara. Peningkatan bilangan kes yang mendadak juga mungkin mengakibatkan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan semula dan seterusnya memberi kesan besar kepada ekonomi negara.

Para penyelidik masih tidak mengetahui mengapa mutasi D614G mengakibatkan virus menjadi lebih senang merebak. Namun demikian, tidak semuanya yang berkaitan mutasi D614G merupakan berita buruk. Walaupun G614 didapati merebak dengan lebih cepat dari virus asal D614, virus mutan ini didapati tidak mengakibatkan penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Dua kajian terbaharu yang telah diterbitkan dalam jurnal Nature dan Science mengemukakan bukti bahawa genetik individu memainkan peranan bagaimana seseorang pesakit dapat melawan jangkitan. Kedua-dua kajian tersebut telah mendapati bahawa gerak balas sistem pertahanan tubuh (sistem keimunan) yang berbeza menjadi punca mengapa beberapa pesakit mengalami gejala berlainan dannmungkin terkesan teruk oleh COVID-19.

Bagi pesakit yang mengalami COVID-19 tenat dan memerlukan rawatan rapi, sistem keimunan telah memberi respons yang lampau lalu menyebabkan kerosakan organ dan keradangan yang teruk. Gerak balas sebegini bak kata peribahasa Melayu “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”. Disebabkan sistem keimunan dalam kes COVID-19 teruk seolah tidak tahu kaedah terbaik untuk melawan virus SARS-CoV-2, sistem keimunan telah menyerang virus tersebut dengan kesemua senjata yang dimilikinya lalu menyebabkan kerosakan organ yang teruk. Ini bermakna sistem keimunan pesakit sendiri yang menyebabkan keadaan menjadi tenat.

Masyarakat umum kini mungkin sedia maklum bahawa ada individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang tidak mempunyai sebarang gejala sementara ada yang lain mendapat gejala yang berbeza, yang mana ada juga pesakit yang menjadi tenat dan maut. Buat masa ini, latarbelakang (profil) genetik yang menyebabkan individu berlainan berbeza apabila dijangkiti virus ini masih belum jelas. Oleh yang demikian, pencegahan dan pemutusan rantaian COVID-19 perlulah menjadi tumpuan dan usaha utama kita semua.

 

Penulis adalah penyelidik bioinformatik di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi dan Institut Biologi Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga Presiden Persatuan Bioinformatik dan Pengkomputeran Biologi Malaysia.

 

Kredit Foto :
medium
gisaid
nytimes
Thailandmedical

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: GenomInfo COVID-19Institut Biologi SistemKluster SivaganggaMutasi D614GPenjujukan GenomProf. Madya Dr. Firdaus RaihSARS-CoV-2Universiti Kebangsaan Malaysiavirus
ShareTweetShare
Previous Post

Burung Ciak Urasia Sebagai Biopenunjuk Kualiti Udara

Next Post

Tenggiling Sunda Di Ambang Kepupusan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Tenggiling Sunda Di Ambang Kepupusan

Tenggiling Sunda Di Ambang Kepupusan

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In