23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan: Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Muzium Sumber Asli UMK

Editor by Editor
12/06/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Nivaarani Arumugam    
Pensyarah Fakulti Sains Bumi
Universiti Malaysia Kelantan

 

‘Muzium’ perkataan yang sering didengari oleh kita semasa zaman kecil dan sentiasa disenaraikan sebagai destinasi yang harus dilawati pada waktu kecil. Apabila disebut perkataan ‘muzium’ antara perkara yang seringkali dibayangkan oleh kita adalah tempat yang mempamerkan artifak, bahan purbakala, duit lama atau tempat yang menceritakan sejarah hidup manusia. Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa terdapat juga muzium yang dibina bagi menceritakan sejarah alam. Contohnya adalah Natural History Museum yang terdapat di kota London. Disamping menjadi destinasi lawatan, muzium ini juga menjadi rujukan utama untuk para penyelidik alam dari pelusuk dunia.

Negara Malaysia juga tidak terkurang dengan para penyelidik yang berkaitan alam. Pelbagai kajian yang melibatkan flora (tumbuhan) dan fauna (haiwan) telah dan sedang diadakan di seluruh Malaysia bagi mengetahui serta mengemas kini nilai kepelbagaian biologi yang terdapat di negara kita. Kajian-kajian yang dijalankan dapat mengenal pasti kepentingan setiap organisma yang terdapat di muka bumi ini kepada ekosistem. Walaubagaimanapun, kepentingan ini hanya diketahui oleh para penyelidik. Apabila maklumat ini diterbitkan dalam jurnal saintifik, ia hanya dibaca oleh segolongan masyarakat sahaja terutamanya, masyarakat yang terlibat dalam bidang sains. Oleh itu, maklumat yang perlu diketahui oleh semua golongan masyarakat bagi menjamin kehidupan manusia yang sejahtera tidak disebarkan secara meluas. Jadi, bagaimanakah caranya untuk menyampikan maklumat ini kepada golongan masyarakat yang bukan saintis atau penyelidik? Salah satu caranya adalah melalui pameran serta maklumat yang diberikan melalui pameran tersebut. Pameran mengenai kepelbagaian biologi ini boleh diadakan dengan adanya sesuatu kawasan khas seperti Muzium Sumber Asli.

Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang tidak terkecuali dengan keindahan alam. Para penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa menerokai keunikan alam di negeri Kelantan. Oleh itu, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli telah menyediakan satu bilik koleksi spesimen khas bagi menyimpan hasil kajian para penyelidik. Bilik koleksi ini telah ditambah baik dan diubahsuai nama sebagai Muzium Sumber Asli (MSA) pada tahun 2017. Pembukaan muzium ini adalah dengan tujuan untuk menjadi bahan rujukan sumber asli utama di Pantai Timur.

Muzium Sumber Asli telah dibuka secara rasminya untuk lawatan pelajar UMK dan orang luar pada 15 Mac 2017. Muzium ini berfungsi sebagai bilik koleksi untuk menyimpan spesimen kajian serta bilik pameran untuk mempamerkan spesimen daripada kajian alam kepada para pelajar, penyelidik dan orang awam. Pada masa kini, fokus utama Muzium Sumber Asli adalah bidang flora dan fauna. Fauna terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu invertebrata (haiwan tidak bertulang belakang) dan vertebrata (haiwan bertulang belakang). MSA mengandungi lebih daripada 500 spesimen flora dan 1100 spesimen fauna. Antara contoh spesimen yang terdapat di MSA adalah herbaria (spesimen kering dan basah), serangga yang diawet kering, invertebrata (spesimen kering dan basah), mamalia kecil yang diawet basah serta tapak kaki tiruan haiwan. Semua spesimen yang terdapat di muzium ini adalah koleksi daripada kajian pelajar prasiswazah, pelajar pascasiswazah serta pensyarah.

Bahagian pameran serangga (gambar oleh: Koh Kay Sam)

Koleksi spesimen yang terdapat di MSA dijaga rapi dan disimpan pada suhu yang sesuai bagi menjamin kualiti spesimen untuk jangka masa yang panjang. Spesimen yang dijaga dan diselenggara dengan kaedah yang betul dapat disimpan beratus tahun di muzium. Spesimen dalam MSA disusun secara sistematik dimana setiap spesimen yang didepositkan di muzium ini diberi kod khas mengikut jenis spesimen. Spesimen pula dipamerkan di bahagian pameran untuk tatapan orang awam. Spesies yang mempunyai lebih daripada satu spesimen, disusun di rak asing di bahagian koleksi. Penyusunan dilakukan mengikut pengelasan order untuk fauna dan famili untuk flora. Cara penyusunan ini dapat menyenangkan para penyelidik untuk mencari semula spesimen yang diperlukan pada masa hadapan. Disamping itu, segala maklumat mengenai spesimen yang didepositkan di MSA juga disimpan dalam pangkalan data dalam talian untuk rujukan pihak muzium.

 

Bahagian pameran koleksi basah tumbuhan (gambar oleh: Koh Kay Sam)

Muzium ini telah dikunjungi oleh lebih daripada 800 pengunjung dalam negara sejak pembukaannya. Para pelawat terdiri daripada pelajar sekolah rendah sehingga penyelidik alam.  Walaubagaimanapun, pengunjung utama adalah daripada kalangan pelajar sekolah menengah yang terdapat di negeri Kelantan. Pengunjung luar negara ke UMK Kampus Jeli juga tidak terlepas peluang untuk mengunjungi muzium ini bagi memahami kepelbagaian biologi Malaysia terutamanya Kelantan. Antara pengunjung luar negara adalah dari Jerman, Thailand, India dan Singapura.

Bahagian koleksi serangga sedang dilihat oleh seorang pelawat dari Sri Venkateswara University, India (gambar oleh: Manipal)

Semasa lawatan, pelajar diberi peluang untuk mempelajari pelbagai perkara. Aktiviti yang dilakukan semasa lawatan pelajar adalah seperti penerangan mengenai flora dan fauna, sesi soal jawab serta peluang menyentuh dan melihat spesimen di bawah mikroskop. Para pelajar dapat memahami kepentingan flora dan fauna kepada alam serta kenapa kita perlu menjaganya melalui lawatan ini. Pelajar didedahkan dengan kepentingan serta fungsi sesuatu organisma di alam sekitar. Hal ini diterangkan oleh pakar flora dan fauna serta dibantu oleh siswazah dari Program Sains Sumber Asli. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat keunikan organisma di bawah mikroskop. Pelajar dapat melihat dengan mata sendiri ciri-ciri utama flora dan fauna yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan bantuan mikroskop. Hal ini dapat meningkatkan atau melahirkan nilai cinta kepada alam, bah kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Terdapat juga pelbagai poster informatik yang dipamerkan di sekitar MSA untuk memberi maklumat tambahan kepada para pelawat.

Pelajar sekolah diberi penerangan mengenai fauna semasa lawatan (gambar oleh: Nivaarani A.)

 

Pelajar melihat spesimen serangga dengan menggunakan mikroskop (gambar oleh: Nivaarani A.)

Selain menjadi kawasan lawatan, MSA juga berperanan tinggi dalam penyelidikan berkaitan alam. Muzium ini berfungsi sebagai tempat rujukan bagi pelajar prasiswazah, pascasiswazah serta para penyelidik alam. Pelajar prasiswazah terutamanya pelajar yang menjalankan projek penyelidikan tahun akhir sering menjadikan spesimen yang terdapat di MSA sebagai bahan rujukan untuk mengenalpasti nama saintifik sesuatu organisma. Hal ini dapat membantu pelajar untuk mendapatkan data yang betul bagi kajian mereka. MSA juga dapat memberi sumbangan dalam kajian taksonomi. Dengan adanya MSA, para penyelidik taksonomi boleh membandingkan morfologi spesimen yang diperolehi dari kawasan lain dengan spesimen yang terdapat di MSA terutamanya spesimen kawasan Pantai Timur. Perbandingan ini dapat menyelesaikan isu berkaitan taksonomi bagi spesies yang terdapat di kawasan Pantai Timur dan kawasan lain di Malaysia ataupun Asia Tenggara. Penyimpanan spesimen sesuatu spesies untuk jangka masa yang panjang juga dapat menyumbang dalam kajian evolusi spesies tersebut. Oleh itu, penyimpanan koleksi sesuatu spesies di muzium boleh membantu dalam pelbagai jenis kajian mengenai spesies tersebut.

Lawatan ke Muzium Sumber Asli oleh panel penilai akreditasi semasa audit akreditasi penuh Program Sains Sumber Asli (gambar oleh: Abdul Halim)

Muzium Sumber Asli berperanan utama dalam memberi pendedahan mengenai kepentingan flora dan fauna kepada ekosistem serta mencungkil nilai mencintai alam dalam kalangan orang awam. Usaha ini penting bagi menyedarkan rakyat bahawa setiap organisma di ekosistem mempunyai fungsinya tersendiri. Maka, pentingnya bagi umat manusia untuk menjaga serta memelihara setiap organisma yang terdapat di alam ini. Selain menjadi tempat rujukan spesimen, MSA juga dapat melahirkan minat sains dalam diri pelajar dan secara tidak langsung dapat melahirkan ramai graduan sains pada masa hadapan.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiKelantanUMK
ShareTweetShare
Previous Post

Eksplorasi Hidupan Liar & Kepelbagaian Tumbuhan Di Sumatera Barat

Next Post

Lalat Mei, Lalat Batu & Lalat Kantung di Sungai Rekreasi Yang Tidak Dikenali Ramai

Editor

Editor

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Lalat Mei, Lalat Batu & Lalat Kantung di Sungai Rekreasi Yang Tidak Dikenali Ramai

Lalat Mei, Lalat Batu & Lalat Kantung di Sungai Rekreasi Yang Tidak Dikenali Ramai

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In