23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

Editor by Editor
31/10/2024
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Laporan: Mohd Noor Derahman1, Dr. Shafinah Kamarudin1, Prof. Madya Dr. Azizol Abdullah1, Dr. Amir Rizaan Rahiman1

1Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Universiti Putra Malaysia

Revolusi Industri 4.0 memperlihatkan perkembangan teknologi kini melangkah lebih jauh dengan sokongan teknologi-teknologi canggih seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), pembelajaran mesin, kecerdasan buatan, pengkomputeran awan, pengecaman imej, dan rantaian blok. Penyediaan rangkaian yang lebih fleksibel, pintar, dan mudah diurus turut mencerminkan perubahan besar ini. Namun, untuk memanfaatkan kemajuan ini, modal insan yang berfikiran kelas pertama, celik teknologi, dan dilengkapi literasi teknologi yang mantap amat diperlukan untuk mendepani cabaran masa depan.

Seiring dengan keperluan ini, Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia menganjurkan Malaysia Network Idea Competition 2024 (MyNet-IDEA 2024) dengan tujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa mempamerkan idea mereka yang berteraskan kepada bidang rangkaian dan sains komputer. Program ini juga menerima tajaan daripada Peri Technologies Sdn. Bhd. dan 10 Creative Solutions Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Projek, Mohd Noor Derahman, program sebegini membuktikan bahawa mahasiswa universiti berkeupayaan untuk mempersembah dan berkongsi idea berteras teknologi digital terkini bersama pihak industri dan pakar tempatan, sekaligus membantu melahirkan mahasiswa yang berdaya inovatif dan berkemampuan berfikir secara kritis, terutamanya dalam bidang teknologi dan sains komputer.

Juri industri yang hadir terdiri daripada pelbagai individu yang terlibat dalam bidang teknologi. Antara mereka adalah Puan Kenef Low, Pengarah Besar Peri Technologies Sdn. Bhd.; En. Daniel Chong, Pengurus Teknikal Kanan di Peri Technologies Sdn. Bhd.; En. Maszuhairi bin Shafi’i, Pengarah Urusan 10 Creative Solutions Sdn. Bhd.; dan En. Mohd Yusof bin Mohd Khalid, Pengurus Perisian 10 Creative Solutions Sdn. Bhd.

Turut serta ialah En. Ahmad Ramadan bin Mohd Nor, Pengurus di Bahagian Pengurusan Pengalaman Pelanggan Takaful Ikhlas, En. Ahmad Farkhan Zaabah, Perunding Rangkaian Kanan di Mesiniaga Bhd.; En. Wan Zhafri Wan Ahmad Kamal, Jurutera Rangkaian di Mesiniaga Bhd.; serta En. Mohd Fairuz Hamzah, Pengarah Urusan Corrad Software Sdn. Bhd. Tidak ketinggalan, Dr. Hong Siaw Swin, Pengarah Eksekutif U Empower Sdn. Bhd dan En Mohammad Aswad bin Mohammad Allaudin, Penasihat Kanan Infrastruktur/ Kejuruteraan IT, Dell Global Business Center Sdn. Bhd. turut menyertai barisan juri.

Pertandingan MyNet-IDEA 2024 melakar sejarah baru dengan menobatkan Ch’ng Jun Bin, sebagai juara menerusi kajian inovatif bertajuk Optimizing SME Network Performance: Integrating SDN and SD-WAN with Dashboard. Teknologi SDN membolehkan rangkaian diurus dengan lebih cekap melalui perisian, manakala SD-WAN menyambungkan pelbagai lokasi syarikat secara efektif dan menjimatkan kos. Oleh itu, integrasi antara kedua-dua teknologi ini dengan penggunaan akan membantu pihak industri kecil dan sederhana untuk mengurus rangkaian dengan lebih mudah, efisien dan terpusat.

Tempat kedua pula diraih oleh Muhammad Arif bin Zulkifli, yang memanfaatkan kecanggihan pengecaman imej untuk membangunkan sistem pengurusan perpustakaan automatik yang efisien. Tidak ketinggalan, Siti Khadijah binti Mohd Hafiz memperlihatkan potensi besar dalam bidang pertanian pintar apabila projek beliau, Sistem Penjejakan dan Pemantauan Mesin Masa Nyata untuk Ladang Kelapa Sawit, berjaya menduduki tempat ketiga.

Secara keseluruhannya, pertandingan seperti ini wajar dianjurkan secara berterusan di semua peringkat merangkumi sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan generasi muda menerokai dunia teknologi digital, tetapi mempersiapkan mereka untuk mendepani perubahan teknologi yang sangat cepat. Penganjuran pertandingan seperti ini, dengan sokongan dan penglibatan pihak industri akan membina asas kukuh untuk melahirkan dan menggilap bakat baharu yang celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Gambar 1. Sesi Penjurian bersama Pihak Industri
Gambar 2. Barisan Peserta, Juri dan Ahli Jawatankuasa MyNet-IDEA2024 bersama Dekan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam
Gambar 3. Pemenang Tempat Pertama MyNet-IDEA 2024, Ch’ng Jun Bin

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FSKTM UPMMyNet-IDEA 2024
ShareTweetShare
Previous Post

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Next Post

Ringo dan Sarang yang Hilang: Kepentingan Pokok untuk Kelangsungan Hidup Burung Enggang

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

17 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Ringo dan Sarang yang Hilang: Kepentingan Pokok untuk Kelangsungan Hidup Burung Enggang

Ringo dan Sarang yang Hilang: Kepentingan Pokok untuk Kelangsungan Hidup Burung Enggang

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In