23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Contohi Kecekalan dan Disiplin Saintis Muda ini Mengejar Cita-cita

Editor by Editor
17/12/2015
in Suara Saintis Muda
0 0
0

Tulisan ini dari facebook seorang pelajar dalam bidang antropologi pengkhususan dalam astronomi budaya di USM.
MajalahSains mendapat kebenaran Cik Nurul Fatini Jaafar untuk memuatnaik kembali tulisan ini di sini. Semoga memberi manfaat!


Berbekalkan Sarjana Muda Sains Fizik Tulen (Major) Astronomi (Minor), saya diterima menyambung pengajian dalam bidang Astrofizik. Minat saya ialah dalam Spektroskopi dan Fotometri Bintang, untuk mencari planet baru di luar sistem suria.

Saya gemarkan subjek astrobiologi, menyaksikan manusia berdebat dan berlumba mencari kewujudan hidupan lain di luar Bumi. Namun begitu, jiwa saya amat dekat dengan masyarakat. Saya dan rakan-rakan sentiasa mencari peluang untuk berkongsi apa sahaja dengan umum, khususnya ilmu astronomi. Sehinggalah suatu hari pada penghujung 2013, atas nasihat seorang pegawai mufti, saya diterima berkursus di Institut Latihan Islam Malaysia. Itulah pertama kali saya belajar falak.

Saya amat skeptikal terhadap bidang ini. Sepintas lalu yang saya nampak falak itu sekadar kiblat, waktu solat, anak bulan, dan tokoh-tokoh sejarah. Telahan saya meleset sama sekali apabila Tuan Guru Haji Hanafiah Abdul Razak memulakan kelas. Setiap bait ucapan yang keluar dari mulut beliau seolah-olah mengetuk pintu hati dan akal saya. Segala yang diucapnya mirip apa yang saya pelajari di kelas moden, cuma lenggok gaya bahasanya berbeza, diselitkan banyak perkataan Arab.

Ego saya masih tinggi untuk beberapa hari awal berguru dengannya, saya tanyakan banyak sekali soalan, namun dijawab ustaz penuh makna. Setiap jawapannya disertakan dalil, dimaknakan baik literal mahupun konseptual, sesuatu yang tidak pernah saya dapat semasa pelajaran sains moden melainkan hanya pembuktian saintifik. Ego saya jatuh saat itu, berguru dengan seorang ustaz yang sumber falaknya daripada kitab-kitab pondok Semenanjung hingga ke Tanah Haram. Pendekatannya mudah, segala yang diajar terasa amat dekat kerana dikaitkan dengan kehidupan, baik kesihatan, cuaca, pertanian, penternakan, perikanan.

Saya mula berperang dengan diri sendiri, meneruskan bidang Astrofozik atau mengubah haluan?

Dalam masa yang sama, guru-guru astronomi moden saya juga pernah menyebut tentang cabang ilmu yang satu ini – Astronomi Budaya. Bidang yang lebih berkali-kali dekat dengan jiwa saya yang masa kecilnya amat gemar menonton Majalah 3. Soal saya kepada diri sendiri, kenapa tidak? Inikan ilmu juga? Buat yang kita suka, kelak hasilnya luar biasa.

Ramai memandang ini sebagai bukan sains (tafsiran barat), tidak menyumbang untuk kemajuan, juga disoal kepada Abah dan Mama “Nak kerja apa nanti?”. Saya sematkan dalam hati, “tidak mengapa! Saya akan buktikan, biar perlahan, ini soal kepuasan, saya puas menimba ilmu, dan saya yakin saya akan puas untuk memberi kembali”. Abah, Mama, Cak, Cik amat memahami dan menyokong apa sahaja yang baik untuk saya, baiklah untuk mereka. Merekalah insan yang paling berjasa, redha dan doa merekalah senjata dan perisai terkuat saya.

Sangkaan awal bidang ini mudah (kerana tidak perlu melibatkan pengiraan matematik) Sekali lagi sangkaan saya meleset! Telahan pelajarannya lebih ringan (kerana tidak perlu menghabiskan masa di makmal, menghadap skrin komputer) juga silap! Astronomi budaya menjadi lembaran baru hidup, memberikan tenaga yang lain daripada kebiasaan. Mengkaji objek-objek langit dalam astrofizik itu sememangnya menganalisis sejarah bintang, yang melibatkan aplikasi fizik dan matematik.

Astronomi Budaya juga tak lari daripada mempelajari sejarah. Bukanlah sesuatu yang baru dalam mengkaji etnosains dalam manuskrip dunia Melayu. Cuma pendekatan saya bersifat kualitatif secara menyuluruh, menghabiskan banyak masa untuk menelaah buku dan lain-lain hasil tulisan, juga memerlukan pengkaji turun ke lapangan bertemu pemain utama dan watak tambahan. Kadangkala yang dikongsi di laman sosial hanya momen indah, banyak di belakangnya kesukaran yang tidak dipertontonkan, namun itukan rencah hidup, tiada yang datang bergolek mudah, peluang dan petunjuk selalu menjengah untuk setiap sangkaan baik dan doa.

Fokus kajian saya kini ialah pada etno-astronomi iaitu mengkaji aplikasi ilmu perbintangan berkait pengetahuan, tafsiran dan amalan masyarakat. Walau banyak perdebatan yang memerihalkan astronomi, astrologi dan ilmu perbintangan (yang saling bersifat kritik mahu menjatuhkan), bidang ini telah membawa saya menemui ramai guru dan pengamal, di ruang formal, di jalanan, di laut malah di tengah belantara hutan. Bidang yang mahu atau tidak menyematkan slogan “Perlu jadi serba tahu”, memaksa saya untuk mengambil setiap peluang mengejar ilmu. Astronomi, arkeologi, sejarah, genetik, linguistik, antropologi, kebudayaan, geologi, meteorologi, teologi, agrikultur, ekologi, tiada satupun yang tidak memberi peluang saya lebih mengenal diri, menghargai persekitaran, memperbaiki diri untuk belajar mensyukuri setiap penciptaan.

Amat jauh beza membandingkan saya yang dulu dengan saya yang kini. Peluang hidup bersama di lapangan mengajar banyak perkara. Erti tidak sombong dan tamak, praktikal, simple bersahaja, syukur seadanya. Guru-guru yang amat besar jasa kepada saya amat tidak lokek ilmu. Tidak sombong, mesra, tidak prejudis menilai luaran semata. Kadang-kadang yang kita nampak buruk dan hina itulah yang tinggi ilmu di dada. Dalam setiap perbahasan demi perbahasan tentang alam semesta, baik dari segi sains mahupun agama, hanya akan menjadikan penghayatinya semakin merasa kerdil, tidak akan pernah boleh menguasai ilmu tuhannya.

Kerja ini saya dedikasikan untuk seluruh hidupan, kerana saya temui banyak makhluk yang baik hatinya dalam kembara ilmu ini. Saya juga berperang dengan masa, adakala manis, ada masa berair mata, ada ketika berdosa. Saya juga masih sentiasa memperbaiki diri, maka tegurlah jika ada yang terkhilaf. Ditebak soalan “Bila nak kahwin?”, “Bila nak habis belajar?”, cukup biasa. Saya hambakan diri mencari ilmu, jangan risau, sampai masa, kahwinlah saya, yang penting saya bahagia bersama penyokong-penyokong terkuat saya, saya doakan kalian juga BAHAGIA.

Diberi peluang mengecap cita-cita berastronomi ketika saya di bangku tadika (walau terputus sebentar di tengah jalan) besar tanggungjawabnya, kerana ramai punya harapan yang sama, maka perlu saya kongsi dan kembalikan ilmu pinjaman ini semampu saya.

Bidang ini sudah lama sebati bersama kita tanpa kita sedar, cuma mungkin kita tidak tahu kemana mahu kita halakan layarnya. Sains sosial dan sains moden saling memerlukan, tidak perlu diukur siapa yang handal, kerana langit itu untuk dikongsi, bukakan hati, bersama kita menyebarkan kasih sayang melalui astronomi. Saya pohon doa dari semua. Semoga kita sentiasa dalam rahmat, berkat dan redha Allah S.W.T.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Lampu Jalan Perangkap Nyamuk Ciptaan Saintis Malaysia

Next Post

Filem Sains Fiksyen: Dari Fantasi Ke Realiti

Editor

Editor

Related Posts

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris
Berita & Peristiwa

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris

2 years ago
Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun
Berita & Peristiwa

Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun

2 years ago
Kredit Gambar: Medium
Suara Saintis Muda

Vesikel Luar Sel – Aplikasi dalam Kanser

3 years ago
Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia
Suara Saintis Muda

Jangkitan Virus Korona pada Haiwan dan Manusia

3 years ago
Next Post
Filem Sains Fiksyen: Dari Fantasi Ke Realiti

Filem Sains Fiksyen: Dari Fantasi Ke Realiti

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In