23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 21, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

Nilai ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

Editor by Editor
24/03/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Prof Madya Dr Noraini Talip, Farrah Melissa Moksin, Aizzul Syazani Ibrahim
Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pokok bunga kertas atau nama botaninya Bougainvillea alba ialah daripada famili Nyctaginaceae. Spesies ini berasal dari Amerika Selatan dan menjadi sangat popular di Malaysia sebagai tanaman hiasan dan terdapat lebih daripada 100 varieti dengan pelbagai warna, saiz, bentuk daun dan bunga. Spesies ini mudah untuk dikacukkan yang menyebabkan ia mempunyai pelbagai varieti. Terdapat juga kacukan yang menghasilkan warna bunga berbeza pada pokok yang sama. Pokok bunga kertas mendapat namanya kerana bunganya yang nipis dan mempunyai tekstur seperti kertas. Bunga kertas mempunyai warna yang pelbagai iaitu antaranya ialah warna merah, jingga, ungu, putih, merah jambu, kuning dan sebagainya.

Spesies ini merupakan pokok renek dan mampu mencapai ketinggian sehingga 12.0 meter tinggi. Ia mempunyai daun berbentuk oval, dengan dahan dan ranting berduri. Bunga lazimnya bersaiz kecil, mempunyai tekstur licin dan nipis bak kertas. Biji benih kebiasaannya bersaiz kecil dan berwarna perang hingga perang gelap. Pembiakan spesies ini biasanya ialah melalui keratan batang atau dahan, cantuman tunas dan juga melalui biji benih.

Mengikut kajian oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), terdapat bahan metabolik sekunder yang mempunyai potensi antioksidan pada spesies ini. Bahan antoksidan daripada spesies ini adalah lebih selamat digunakan dan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding antioksidan sintetik. Bahan ini membantu melambatkan proses penuaan dan lebih kekal awet muda lebih lama. Pada bahagian daun tumbuhan ini terdapat komponen steroid dan juga mempunyai anti diarrhea, anti ulser, anti radang dan anti mikrobial.

Daun pokok bunga kertas boleh ditumbuk halus dan dilumatkan serta ditampal pada tempat luka bagi merawat luka. Hal ini membantu mengeringkan darah dan merawat luka besar ataupun kecil, jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan jangkitan kuman. Akar pokok bunga kertas boleh direbus dan diminum sebagai penawar demam panas. Ia membantu merendahkan suhu dan memberi keselesaan yang berpanjangan.

Hasil kajian terdahulu juga membuktikan ekstrak methanol daripada sama ada daripada bunga dan daun spesies tumbuhan menunjukkan persamaan yang besar dalam bilangan dan jenis sebatian melalui ujian kromatogram PC dan plat TLC. Ekstrak metanol daripada bunga spesies ini juga menunjukkan kesan sitotoksik yang lebih tinggi terhadap sel tumor manusia.

Pokok bunga kertas mudah dijaga, tahan lama dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Spesies ini mampu bertahan sehingga lebih daripada 20 tahun. Spesies tumbuhan ini juga memerlukan medium tanah jenis campuran tanah bakar, baja organik dan pasir sungai. Ia bertujuan untuk membuatkan tanah menjadi lebih poros agar air senang mengalir serta mengelakkan air bertakung. Air yang bertakung akan menyebabkan akar menjadi busuk dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan pokok tersebut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Bougainvilleabunga kertasFRIMFSTpenyelidikantumbuhan perubatanUKM
ShareTweetShare
Previous Post

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

Next Post

Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”
Berita & Peristiwa

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”

1 day ago
Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini
Alam Semulajadi

Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini

1 day ago
Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia
Berita & Peristiwa

Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia

1 day ago
Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

4 days ago
Next Post
Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

Kajian: Aktiviti Berjalan 8,000 Langkah Dua Kali Seminggu Kurangkan Risiko Kematian Penyakit Vaskular

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In