23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Norma Baharu Dalam Menjaga Alam Sekitar

Info Alam Sekitar

Saiful Bahari by Saiful Bahari
28/10/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh :  Dr Zulkhairi Azizi Bin Zainal Abidin
Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar, UPM

 

Sikap dan perilaku membuang sampah di merata tempat adalah salah satu punca pencemaran alam. Sampah boleh mencacatkan keindahan pemandangan bahkan juga boleh mengancam nyawa hidupan liar dan merosakkan ekosistem alam semulajadi (Erren et al., 2009; Wilcox et al., 2015). Sebaran wabak Covid-19 di serata dunia kini pula mendedahkan kita dengan fenomena sosial yang baru iaitu perilaku membuang penutup muka di merata-rata tempat. Kejadian ini dilihat semakin menjadi-jadi baik di kawasan awam terbuka mahupun di premis-premis perniagaan dan komersil. Kejadian ini meningkatkan risiko kesihatan kepada orang awam, khususnya pekerja kebersihan.

 

 

Sebenarnya ini bukanlah permasalahan baharu. Sungguhpun negara kita telah lebih 60 tahun merdeka, dan akses kepada pendidikan semakin meningkat, sikap dan perilaku suka membuang sampah di merata tempat, tidak kira apa bentuk sampah yang dibuang, masih berleluasa. Cuma kerana kali ini ia melibatkan penutup muka di waktu jangkitan wabak Covid-19, isu ini mendapat perhatian sebilangan masyarakat dan pihak berkepentingan. Baru-baru ini, saluran berita media perdana ada melaporkan bahawa harga penutup muka yang murah mempengaruhi sikap dan perilaku tidak bertanggungjawab ini. Hujah ini dilihat kurang tepat dan boleh memberi implikasi sosial yang tinggi kepada masyarakat dan alam sekitar. Jika hujah ini diterima oleh pembuat dasar, ada kemungkinan harga penutup muka akan dinaikkan sebagai salah satu strategi membendung perilaku tidak bertanggungjawab ini. Kenaikan harga penutup muka boleh mengurangkan kemampuan masyarakat berpendapatan rendah membeli penutup muka, sekaligus mendedahkan mereka dengan risiko jangkitan penyakit. Tambahan, kenaikan harga penutup muka mungkin tetap tidak dapat membendung masalah pencemaran penutup muka. Ini kerana faktor harga barangan lebih berkemungkinan mempengaruhi tabiat dan corak membeli dan penggunaan, tetapi bukan perilaku membuang sampah di merata-rata tempat. Jika benar harga mempunyai kesan langsung terhadap perilaku membuang sampah merata tempat, kita mungkin tidak lagi akan menjumpai puntung rokok di jalanan selepas harga rokok dinaikkan. Justeru, apakah punca yang boleh menjelaskan sikap dan perilaku ini, dan apakah pendekatan sains yang wajar diambil kira dalam membantu membendung masalah pembuangan sampah di merata tempat?

 

Penyelidik secara amnya menjelaskan terdapat pelbagai faktor fizikal, sistem, sosial, dan psikologi yang mempengaruhi sikap dan perilaku tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Mengambil kira perspektif psikologi, terdapat beberapa faktor yang menjelaskan masalah ini. Antaranya seperti kecenderungan suka mengabaikan masalah-masalah yang dirasakan kecil, pengaruh ideologi, dan norma (Gifford, 2011). Norma, sebagai contoh, terbahagi kepada dua jenis. Pertama adalah norma sosial, merujuk kepada satu standard yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat dengan status sosial yang sama. Kedua adalah norma peribadi, iaitu jangkaan individu tentang bagaimana dia patut bertindak mengikut penerimaan sekeliling (Manfredo, 2008; Vaske & Manfredo, 2012). Kajian empirikal di Malaysia telah membuktikan aspek psikologi ini mempunyai kesan yang besar dalam mempengaruhi perilaku orang ramai untuk mengutip / membuang sampah di tempat awam (Ajuhari, 2016; Talooki, 2019). Individu akan membuang sampah merata-rata kerana norma sekelilig membenarkannya. Sebaliknya, individu juga akan mengutip sampah / membuang di tempat sepatutnya jika norma sekeliling membenarkannya. Sungguhpun hasil kajian ini tidak mengkhususkan jenis sampah yang terlibat, hasil kajian sesuai untuk pelbagai jenis sampah.

 

Berdasarkan hasil dapatan ini, pihak berkuasa dan masyarakat harus berusaha untuk mewujudkan norma yang menggalakkan sikap dan perilaku yang lebih bertanggungjawab. Salah satu strategi yang boleh dibuat adalah dengan meningkatkan persepsi risiko terhadap pencemaran alam sekitar bagi mewujudkan norma yang lebih positif dalam kalangan individu. Sepertimana Covid-19, individu secara amnya lebih mengambil berat akan masalah yang memberi kesan negatif segera dan langsung kepada mereka (Slovic, 1987). Individu cenderung untuk bertindak selari dengan persepsi risiko mereka; jika Covid-19 dinilai sebagai berisiko, individu akan cenderung untuk bertindak supaya kemungkinan dijangkiti penyakit semakin rendah. Tindakan boleh berlaku dalam bentuk memakai topeng muka, menjaga jarak fizikal, atau menghadkan keluar rumah. Mengambil kira teori ini, individu yang mempunyai persepsi risiko pencemaran alam yang lebih tinggi berkemungkinan tinggi akan cenderung untuk menunjukkan perilaku yang positif terhadap alam sekitar.

 

Perilaku membuang penutup muka di merata tempat semasa musim Covid-19 ini sebenarnya hanya sebahagian kecil dari permasalahan alam sekitar yang lebih besar. Tetapi ia adalah simbolik bagaimana risiko alam sekitar sering dipandang sebelah mata berbanding risiko-risiko lain. Sudah tiba masanya masyarakat melihat pencemaran alam dilihat sebagai satu fenomena berisiko yang boleh mendatangkan akibat segera, kesan negatif yang besar, dan impak kehidupan yang jelas, sama seperti mereka melihat ancaman Covid-19. Dan seperti pandemik global itu, pemuliharaan alam sekitar juga memerlukan kita mengamalkan norma baru dalam kehidupan.

 

Rujukan

Ajuhari, Z. (2016). Value-belief-norm approach for determining picking up litter behaviour among visitors at Penang National Park, Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Erren, T., Zeuß, D., Steffany, F., & Meyer-Rochow, B. (2009). Increase of wildlife cancer: An echo of plastic pollution? Nature Reviews Cancer, 9(11), 842. https://doi.org/10.1038/nrc2665-c1

Gifford, R. (2011). The dragons of inaction: Psychological barriers that limit climate change mitigation and adaptation. American Psychologist, 66(4), 290–302. https://doi.org/10.1037/a0023566

Manfredo, M. J. (2008). Who cares about wildlife? Social science concepts for exploring human-wildlife relationships and conservation issues. Springer.

Slovic, P. (1987). Perception of risk. Science, 236(4799), 280–285.

Talooki, K. Y. (2019). A model for predicting anti littering behavioural intention among visitors of Kanching Recreational Forest in Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Vaske, J. J., & Manfredo, M. J. (2012). Social psychological considerations in wildlife management. In D. J. Decker, S. J. Riley, & W. F. Siemer (Eds.), Human dimensions of wildlife management. John Hopkins University Press.

Wilcox, C., Van Sebille, E., Hardesty, B. D., & Estes, J. A. (2015). Threat of plastic pollution to seabirds is global, pervasive, and increasing. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, 112(38), 11899–11904. https://doi.org/10.1073/pnas.1502108112

 

Kredit Foto : Rawpixel.com

 

Biodata ringkas pengarang:

Nama: Zulkhairi Azizi Zainal Abidin

Penulis adalah pensyarah kanan di Jabatan Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. Penulis mempunyai minat yang mendalam dalam isu-isu berkaitan alam sekitar dan psikologi. Kajian semasa penulis banyak bertumpu kepada persepsi risiko dalam interaksi manusia-hidupan liar dan pengurusan risiko dalam aktiviti ekopelancongan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Zulkhairi Azizi Bin Zainal AbidinFakulti Perhutanan Dan Alam SekitarInfo Alam SekitarPenutup MukaUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Peranan Statistik dalam Politik Negara

Next Post

Serangan Jantung

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Serangan Jantung

Serangan Jantung

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In