23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Obes, Buncit, Gendut atau Edema?

Editor by Editor
01/05/2011
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
 
Oleh : Mohd Syamirulah Rahim
 
Penuntut Tahun 5 Jurusan Perubatan
Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia
 
Isu kegemukan atau obes terutamanya di kalangan murid sekolah menjadi perbincangan hangat masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang positif mungkin boleh dikaitkan dengan perkembangan ini apabila sikap prihatin masyarakat tentang kesihatan dan perubatan semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, sebelum kita melihat isu obes secara objektif dalam rencana akan datang lebih baik kita tinjau sedikit aspek-aspek perubatan lain secara ringkas yang membincangkan perihal penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kegemukan.
Dari gambar di atas mungkin seseorang akan mengenalinya sebagai buncit, boroi atau obes. Sebenarnya  tanggapan ini adalah tidak benar. Hakikatnya ialah keadaan ini dikenali “ascites” dalam istilah perubatan. Ascites merupakan pengumpulan cecair dibahagian abdomen badan, apabila badan kehilangan keupayaan mengawal keseimbangan tekanan cecair (homeostasis) di dalam salur darah badan. Secara umum, atau lebih popular dalam dunia perubatan istilah ini lebih dikenali sebagai “edema“. Dari gambar di atas, jelas edema berlaku di bahagian abdomen.
Edema boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya ia berlaku di bahagian kaki sehingga menyebabkan ianya berlekuk jika ditekan, seperti gambar dibawah, ianya dipanggil “pitting edema”.
Manakala jika edema berlaku di muka, khususnya sekeliling mata, ia dipanggil “periorbital edema“. Contohnya gambar dibawah:
Selain di bahagian tubuh badan, edema juga boleh melibatkan organ-organ dalaman, contohnya seperti cerebral edema (edema di bahagian otak) dan pulmonary edema (edema di paru-paru).
Bagaimana edema boleh berlaku
Seperti yang dinyatakan, edema terjadi apabila terdapat gangguan terhadap kawalan kandungan cecair didalam salur badan. Badan manusia merupakan ciptaan Tuhan yang cukup kompleks, antaranya termasuklah bagaimana badan memastikan keseimbangan kandungan cecair.
Di dalam saluran darah, terdapat dua jenis tekanan yang memainkan peranan dalam proses homeostasis badan. Tekanan tersebut dinamakan tekanan hidrostatik (hydrostatic pressure) dan tekanan onkotik (oncotic pressure). Secara ringkas, kedua-dua tekanan ini berperanan menentukan arah pergerakan cecair plasma didalam darah, sama ada keluar dari saluran darah ke kawasan intrasel (intracellular space), ataupun dari kawasan intrasel ke dalam saluran darah.
Selain dari itu, ketelapan (permeability) dinding saluran darah juga turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan air didalam darah. Keseluruhan faktor-faktor ini memainkan peranan penting yang diformulakan sebagai Persamaan Starling (Starling Equation) bagi menerangkan fenomena edema.
Apakah punca edema?
Pertamanya, antara punca utama terjadinya edema adalah penyakit kegagalan fungsi jantung (heart failure), khususnya bagi bahagian kanan jantung. Bahagian jantung sebelah kanan terdiri daripada atrium dan ventrikel kanan, yang berfungsi menerima darah dari seluruh badan melalui vena, dan menyalurkannya ke paru-paru untuk dioksigenkan.
Dalam kegagalan fungsi ini, darah akan berkumpul di dalam vena kerana tidak dapat disalurkan ke paru-paru dengan baik. Akibatnya, tekanan hidrostatik darah akan meningkat di dalam salur darah vena, menyebabkan cecair plasma darah mengalir keluar dari dalam salur darah, ke kawasan intrasel.
Ia pertama sekali akan membawa kesan kepada bahagian bawah tubuh badan kerana pengaruh graviti ke atas cecair tersebut. Cecair intrasel akan berkumpul di bahagian kaki, menjadikan kaki berubah bentuk menjadi sembab dan besar. Malah jika ditekan pada tulang betis, ia akan meninggalkan kesan lekuk. Keadaan ini dikenali sebagai “Pitting Edema“.
Sekiranya ianya dibiarkan, ia akan semakin bertambah kronik dan meningkat ke bahagian atas tubuh badan, mencecah tulang sakrum (tulang ekor punggung). Dalam keadaan yang lebih serius, edema di bahagian perut dan abdomen akan terjadi, dinamakan “ascites”. Sehinggalah ke peringkat akhir sekiranya tiada rawatan diambil, akan akan menjadi “anasarca“, iaitu keseluruhan badan menjadi sembab dan bengkak disebabkan cecair yang berkumpul di seluruh badan.
Selain dari kegagalan fungsi jantung, penyebab lain berlakunya edema adalah penyakit bengkak hati (liver cirrhosis). Dalam kes ini, dua mekanisma berlaku, pertamanya hati gagal menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia yang mengawal proses badan, menyebabkan berlakunya kekacauan dalam proses mengatur keseimbangan cecair badan. Keduanya, hati menerima darah khusus daripada salur darah usus yang membawa nutrien dari makanan untuk ditapis dan diproses, justeru dalam penyakit ini, hati gagal memproses dengan efisien menyebabkan darah berkumpul di salur-salur darah abdomen. Seperti di atas, tekanan hidrostatik akan meningkat, seterusnya berubah menjadi ascites.
Penyebab utama bengkak hati adalah disebabkan pengambilan alkohol
Dua penyebab di atas merupakan penyebab utama terjadinya edema. Selain itu, penyebab-penyebab lain termasuklah seperti kegagalan buah pinggang, kegagalan fungsi salur darah vena (vein insufficiency) dan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem limfa.
Apakah rawatan bagi edema ?
Secara umumnya, rawatan yang benar-benar berkesan bagi edema adalah dengan merawat penyebab terjadinya edema terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkannya. Antaranya ialah dengan menghadkan pengambilan air minuman, serta mengurangkan pengambilan garam. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan dari jenis diuretik seperti Thiazide, Furosemide dan Spironolactoce boleh membantu mengurangkan edema, namun haruslah diambil hanya dengan preskripsi doktor.
Boroi, buncit atau gendut
Tiga istilah ini secara umumnya bermaksud perut yang besar, namun konotasi boroi itu lebih tepat bermaksud pengumpulan tisu lemak di bahagian abdomen badan. Terdapat tiga jenis lokasi lemak dalam badan manusia, iaitu lemak di kulit (subcutaneous fat), lemak di antara otot (intramuscular fat), dan lemak di dalam badan (visceral fat, juga dikenali sebagai adipose tissue).
Ia biasa berlaku kepada individu yang obes, iaitu mempunyai berat badan berlebihan. Kita boleh mengetahui sama ada seseorang itu obes atau tidak, dengan mengira jumlah Indeks Jisim Badan (Body Mass Index). Bagi mereka yang obes, lemak akan berkumpul di merata tempat di dalam badan, tidak terkecuali di bahagian lemak visceral. Di bahagian abdomen badan, terdapat banyak kawasan lemak visceral, justeru itu ia akan lebih terkesan bagi individu yang obese.
Boroi atau gendut selalunya dikaitkan dengan lelaki kerana perbezaan hormon menyebabkan lemak lebih banyak disimpan di bahagian abdomen. Bagi wanita pula, hormon wanita (estrogen) menyebabkan lemak lebih tertumpu ke bahagian punggung dan paha. Kerana itulah apabila seseorang wanita telah putus haid (menopaus), lapisan lemak secara perlahan-lahan akan beralih tempat ke bahagian perut.
Boroi (abdominal obesity) merupakan satu petanda yang berbahaya. Ia menunjukkan bahawa berat badan sudah melepasi tahap yang normal, maka ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar, berkali-kali ganda. Ia juga meningkatkan risiko penyakit kencing manis, serta 1001 macam lagi jenis penyakit berbahaya.
 
Catatan :// Artikel ini disumbangkan oleh penulis yan kini sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Russia. Blog beliau boleh dilawati di http://me.leokid.my/
Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: boroiedemagendutobes
ShareTweetShare
Previous Post

Ke Arah Teknologi Hijau : Aplikasi Bendalir Genting Lampau

Next Post

Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)

Editor

Editor

Related Posts

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

1 day ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

5 days ago
Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia
Berita & Peristiwa

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

6 days ago
Next Post

Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In