23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ogos 2009 : Ulangtahun ke-40 Kelahiran UNIX

Editor by Editor
22/08/2009
in Komputer & IT
0 0
0

unix_plate

Oleh : Mohd Faizal Aziz

Kemunculan komputer merupakan salah satu kejayaan yang sangat penting tercatat dalam kalendar sains dan teknologi dunia di abad ke 20. Kita juga perlu berterima kasih kepada pencipta transistor, litar bersepadu (Integrated Circuit),  dan teknologi semikonduktor yang menjadi komponen asas komputer. Kemunculan Hukum Moore juga telah meningkatkan lagi keupayaan komputer disamping sumbangan ribuan pengaturcara komputer yang telah melahirkan komputer dan perisian yang sofistikated untuk dinikmati pengguna pada masa kini.

 

Melihat jauh sejarah awal komputer, 40 tahun dahulu telah muncul satu Sistem Operasi (Operating System) yang dikenali sebagai UNIX. Sehingga kini UNIX masih digunakan dengan meluas sebagai satu Sistem Operasi yang paling kebal dan stabil berbanding sistem operasi yang lain.

 

Hasil penyelidikan dan pembangunan UNIX bermula di Bell Labs yang dimiliki oleh Syarikat AT&T pada waktu itu. Ia bermula apabila gergasi industri teknologi iaitu General Electric (GE) dan Massachusett Institute of Technology (MIT) menarik diri daripada bergabung untuk menghasilkan sistem operasi MULTICS. Menurut Dr Peter Salus, penulis sebuah buku mengenai sejarah awal UNIX, tercetusnya idea untuk membangunkan MULTICS adalah untuk menghasilkan satu sistem operasi yang versatil dan fleksibel yang boleh digunakan dalam pelbagai kerja-kerja perkomputeran.

kd14

 

Denise Richie dan Ken Thompson di Bell Labs pada tahun 1971

Namun begitu, idea tersebut gagal dan terpaksa dihentikan.Pembatalan projek MULTICS memberi kelebihan kepada dua penyelidik Bell Labs iaitu Denise Ritchie dan Ken Thompson. Mereka dilantik sebagai ketua penyelidik untuk meneruskan projek menghasilkan sistem operasi yang lebih mantap, multitasking dan lebih interaktif. Idea-idea yang terkumpul untuk projek MULTICS digunakan semula untuk melahirkan satu sistem komputer yang lebih berkuasa tinggi dan mereka berdua mula menyelesaikan projek yang terbengkalai tersebut sedikit demi sedkit.

 

Komitmen Richie dan Ken Thompson untuk menghasilkan sebuah perisian sistem operasi komputer 'mainframe' semakin meningkat apabila secara kebetulan pada bulan Ogos tahun 1969, isteri Ken Thompson yang baru melahirkan anak berangkat ke West Coast selama hampir sebulan untuk menjenguk saudara maranya. Ketiadaan isterinya memberi peluang terbaik untuk Ken Thompson menumpukan sepenuh tenaga untuk menjayakan projek menulis perisian komputer yang akhirnya dikenali sebagai UNIX.

dennis_ritchie6

 

thompson

 



Mereka berdua membahagikan masa setiap minggu untuk menyelesaikan setiap komponen asas UNIX yang terdiri daripada 4 komponen asas sistem operasi iaitu Shell, Editor, Assembler dan Sistem Operasi itu sendiri. Akhirnya mereka berjaya menjalankan sistem operasi tersebut ke atas sebuah komputer DEC yang juga dikenali sebagai PDP-7 di mana UNIX mula-mula berfungsi.

 

Di awal tahun 70-an, lima individu terlibat di dalam projek menghasilkan UNIX. Selain Richie dan Ken Thompson, kumpulan mereka bertambah dengan kehadiran Brian Kernighan, Dough McIlroy dan Joe Ossanna.

 

Istilah UNIX merupakan idea yang dikemukakan oleh Brian Kernighan, yang pada mulanya menamakannya sebagai UNICS yang tercetus daripada MULTICS pada asalnya dan akhirnya mereka bersepakat menggelarkan ‘brainchild’ mereka sebagai UNIX. Istilah tersebut masih kekal sehingga kini.

 

Kejayaan mereka menjalankan UNIX di atas platform PDP-7 menggunakan baris-baris arahan (command line) merupakan kemuncak kejayaan dan impian sebagai penyelidik dan pengaturcara komputer. Baris-baris arahan UNIX seperti chdir dan cat masih kekal digunakan selepas 40 tahun UNIX tercipta. Untuk rekod, UNIX dihasilkan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C yang dicipta oleh Denise Richie. Antaramuka (interface) Sistem Operasi UNIX pada waktu itu hanyalah terdiri daripada baris-baris arahan untuk menjalankannya dan tidak seperti komputer yang kita dapati pada masa kini.

 

Namun begitu, menurut Dr. Peter Salus, kehebatan UNIX bukan hanya terdiri daripada arahan-arahan dan fungsi pengaturcaraan sahaja, falsafah di sebalik penciptaan UNIX juga memiliki keistimewaan tersendiri. Ia direka untuk menyelesaikan bebrepa masalah yang dihadapi oleh komputer pada waktu itu. Paling penting ialah ia bertujuan untuk digunapakai oleh komputer yang bersaiz kecil menggantikan komputer 'mainframe' yang saiznya menjadi masalah utama di awal era kemunculan komputer.

 

Kejayaan UNIX menjadi buah mulut di kalangan komuniti akademi dan penyelidik. Apa yang membuatkan UNIX menjadi terkenal dan tersebar dengan cepat di seluruh dunia akademi dan teknologi Amerika pada waktu itu ialah hasrat AT&T untuk mengedarkan secara percuma kepada pengguna. Setelah melalui pelbagai inovasi dan penambahbaikan, UNIX mula dijalankan ke atas komputer yang lebih kecil dan murah.

 

Jelas Dr. Salus lagi, apa yang lebih mengujakan ialah kod-kod Bahasa Pengaturcaraan C dan UNIX sesuai dipasang di mana-mana perkakasan komputer samada yang bersaiz besar atau kecil. Tambahan pula, revolusi teknologi komputer dan litar bersepadu meningkat secara mendadak. Syarikat-syarikat komputer terkenal seperti IBM berlumba-lumba menghasilkan komputer yang lebih kecil dan senang digunakan.

 

Pada bulan Mei 1975, telah muncul satu lagi teknologi yang bertindak sebagai katalis  atau pemangkin kepada kemasyhuran UNIX iaitu teknologi rangkaian yang dikenali sebagai ARPANET. Projek menggabungkan rangkaian komputer ketenteraan Amerika pada mulanya, telah membuat keputusan menggunakan UNIX sebagai sistem operasi utama projek tersebut di bawah satu unit penyelidikan yang dinamakan Internet Engineering Task Force. Unit penyelidikan tersebut melihat potensi UNIX yang mempunyai pelbagai kelebihan untuk digunakan dalam projek yang bakal mengubah landskap kehidupan manusia moden pada harin ini yang dikenali sebagai internet.

 

Tidak terhenti setakat itu, perkembangan UNIX dari semasa ke semasa berterusan seiring dengan revolusi komputer di seluruh dunia. Ia telah digunakan secara meluas daripada ’mainframe sehinggalah komputer dekstop. Tahun-tahun 1980 sehingga 1990, UNIX telah muncul dalam pelbagai versi dan gergasi-gergasi syarikat komputer telah memperkenalkan sistem operasi UNIX mereka tersendiri. Misalnya IBM dengan AIX nya, Hewlett Packard dengan HP-UX dan SUN Microsystem dengan sistem operasi SUN Solaris.

 

Kini UNIX kekal teguh sebagai pemain utama dalam industri komputer dan internet terutamanya untuk kegunaan pelayan (server) dan perkakasan-perkakasan rangkaian yang lain. Falsafah dan teknologi UNIX sendiri telah memberi kesan yang hebat dalam dunia komputer dan perisian sehingga memunculkan Sistem Operasi Sumber Terbuka  (Open Source) seperti Linux dan BSD* (Berkeley Software Distribution). Sistem operasi yang lain seperi Windows juga menggunakan teknologi perisian rangkaian mereka yang berasal dari UNIX ( communication stack ) manakala Sistem Operasi X yang digunakan dalam Komputer Apple juga berasal daripada UNIX. Menurut Salus lagi, sekiranya diteliti perisian yang digunakan dalam sistem operasi terkini seperi Windows dan X, masih terdapat kod-kod sumber sama seperti yang dihasilkan Denise Richie dan kumpulannya pada tahun 1971 dahulu.

 

Selepas 40 tahun kelahirannya, paling menarik untuk menjelaskan UNIX ialah keupayaan penyesuaiannya (adaptability) di mana-mana sistem komputer dan juga fleksibiliti untuk kegunaan multitasking. Ayat terakhir Dr. Peter Salus memperkatakan UNIX ialah ’ UNIX is the best screwdriver ever built’ .

 

 

 

Di terjemah dengan bebas oleh Mohd Faizal Aziz dari sumber : http://news.bbc.co.uk

Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: Komputer & ITSumber Terbuka
ShareTweetShare
Previous Post

Memupuk Budaya Saintifik

Next Post

Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam : Prof Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara
Berita & Peristiwa

Kepentingan Platform Data Terbuka Dalam Sektor Pertanian Negara

2 years ago
Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif
Berita & Peristiwa

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

2 years ago
Teknologi Gentian Optik
Berita & Peristiwa

Teknologi Gentian Optik

2 years ago
Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya
Berita & Peristiwa

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

3 years ago
Next Post
Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam : Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman

Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam : Prof Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In